Jelasnya, tindakan memburukkan saingan mereka tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang calon wakil rakyat.
"Saya kira politik kebencian ini satu budaya tidak sihat, sepatutnya kita sebagai pemimpin, kawan kita pun sebagai pemimpin, kita patut perkenalkan dan timbulkan tentang apa yang kita nak bawa dalam pembangunan setempat.
"Biar pertandingan sihat... tidak perlu usik peribadi seseorang," jelasnya ketika ditemui Astro AWANI.
Tambah Ismail, pendekatan calon seharusnya lebih berhemat dan tidak mengusik peribadi saingannya.
"Saya memang tak minat amalan kempen mengusik peribadi seseorang," katanya lagi.
Ismail turut mengulas mengenai luahan masyarakat Orang Asli di Kampung Berdut yang inginkan pencawang telekomunikasi untuk menyelesaikan isu terputus hubungan komunikasi dengan dunia luar,
Jelas beliau, perbincangan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah dibuat untuk pembinaan pencawang di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti.
"Memang kita sedar, kita tak dapat lagi 100 peratus rangkaian telekomunikasi di Kuala Krau.
"Tapi kita dah bincang dengan, ketika itu, Menterinya Tan Sri Annuar Musa, dan kita dah dapat kenal pasti spot untuk kita bina menara yang baharu," katanya.