Hasni bakal berentap dengan penyandang kerusi tersebut yang juga merupakan bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik (PKR).
Pencalonan Hasni diumumkan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pengumuman senarai calon BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam tadi.
BACA: PRU15: Senarai calon BN diumum Zahid Hamidi
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN
Sebelum ini, kedudukan Hasni yang juga bekas Menteri Besar Johor itu diperkatakan banyak pihak, dengan ada yang menjangkakan beliau bakal kembali ke Pontian yang kini dipertahankan penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Selain Pontian, desas desus sebelum ini turut mengatakan beliau mungkin akan ke Simpang Renggam.
Sebelum ini, Hasni turut menyatakan kesediaan sekiranya pucuk pimpinan menempatkan beliau bertanding di luar kawasan.
Selain Maszlee, Hasni juga bakal bertemu dengan calon dari Perikatan Nasional (PN), Mohd Fazrul Kamat di Simpang Renggam.