KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat untuk memuktamadkan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Sambil memaklumkan GRS bersedia menghadapi PRU15, Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, parti komponen gabungan itu telah mencapai beberapa persetujuan termasuk menggunakan lambang bersama.
Dalam masa sama Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah mengulangi pendirian bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak akan dibubarkan.
"Jentera pilihan raya GRS di peringkat negeri dan kawasan Parlimen bersedia diaktifkan semula dan semua parti komponen telah membuat persiapan masing-masing," katanya dalam kenyataan pada Ahad
PRU15 diadakan susulan pembubaran parlimen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri pada petang Ahad (10 Oktober 2022).
Ismail Sabri juga berkata semua negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing supaya pilihan raya negeri mereka dapat diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15.
Sementara itu, Ketua Menteri telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jawatankuasa bantuan bencana untuk turun padang bagi mengurus dan menilai kerosakan akibat banjir yang melanda beberapa kawasan di Kota Kinabalu dan beberapa kawasan lain.
Beliau telah mengarahkan semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah (JPBD) supaya sentiasa berwaspada dalam menghadapi cuaca buruk yang berkemungkinan akan menyebabkan banjir dan mengingatkan rakyat supaya lebih berhati-hati.
Abdul Hafiz Mustadi
Mon Oct 10 2022

Jentera pilihan raya GRS di peringkat negeri dan kawasan Parlimen bersedia diaktifkan semula dan semua parti komponen telah membuat persiapan masing-masing.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia. #AWANInews
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam. #AWANInews
Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pilihan Raja Charles III
Lagu Anta Permana yang diluncurkan pada tahun 2018 membuat kemunculan pada minit ke-43 dalam 17 senarai lagu yang dipilih sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel. #AWANI745 #AWANInews

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 2,655 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini.

Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan
Kubur bayi itu telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

ACLE: JDT tidak bernasib baik - TMJ
Usai tamat cabaran JDT, Tunku Ismail, meluahkan pencapaian yang cukup membangga ini menerusi laman X.

Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R).

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Zii Jia tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.
![[KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan [KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-03/41741733462_KakitanganPlazaTol.jpg)
[KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan
Setakat Mei tahun lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan SPT.

Fokus selesai masalah rakyat sebelum fikir PRN Sabah - Armizan
Armizan berkata, tempoh kira-kira setahun ini akan digunakan sebaik mungkin bagi menyelesaikan masalah serta isu yang menjadi keutamaan rakyat.

PRN Sabah: Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan Ahli Parlimen - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.
![[KOLUMNIS] Peranan parti politik Borneo dalam menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan [KOLUMNIS] Peranan parti politik Borneo dalam menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671183791_ANWAR.jpg)
[KOLUMNIS] Peranan parti politik Borneo dalam menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melakar satu sejarah buat Malaysia apabila tidak ada mana-mana parti yang bertanding berjaya mencapai majoriti mudah dengan 112 kerusi di Dewan Rakyat.

Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan pada PRN Sabah - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali mahu perpaduan sedia ada antara gabungan berkenaan dengan PH diteruskan dalam PRN.

GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

MA63: Tuntutan Sabah demi kesejahteraan negara - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata tuntutan berkenaan adalah berlandaskan komitmen menjunjung Perlembagaan Persekutuan.

ADUN di Sabah memang suka lompat parti untuk dapatkan kuasa - Bung Moktar
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menyifatkan ADUN di Sabah sememangnya suka melompat parti bagi mendapatkan kuasa atau kedudukan.

Armizan sah tidak sertai Parti Gagasan Rakyat Sabah, kekal ahli langsung GRS
Selain Armizan, tiga lagi Ahli Dewan Rakyat yang kekal sebagai ahli langsung GRS ialah Datuk Matbali Musah (Sipitang); Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi) dan Datuk Jonathan Yassin (Ranau).

Politik Sabah: Rombakan kabinet selepas Hajiji berjumpa PM?
Pertemuan berkenaan dijangka berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah sekembalinya Anwar dari lawatan rasminya ke Jakarta.