PADANG SERAI: Calon kerusi Parlimen P.017 dari PKR, M Karupaiya meninggal dunia di Hospital Kulim, pukul 2.27 petang ini.

Berita sedih mengenai pemergian mendiang yang juga penyandang kerusi Parlimen Padang Serai itu disahkan oleh anak perempuan beliau, Dippah ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Difahamkan mendiang dimasukkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sakit perut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung.



Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),  Karupaiya menang bergaya dengan majoriti 8,813 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini,  kerusi Parlimen Padang Serai menyaksikan persaingan enam penjuru dengan calon dari Barisan Nasional, Datuk Sivaraj Chandran, Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (Warisan) dan Amanda AK dari bebas.

[TERKINI] Calon Pakatan Harapan Padang Serai M Karupaiya meninggal dunia