KANGAR: Barisan Nasional (BN) Perlis menampilkan lima muka baharu untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mereka ialah Saiful Daniel Mohd Yusof bagi kerusi DUN Sena, Lim Weng Khee (Indera Kayangan), Kamarudin Malek (Kuala Perlis), Syed Atif Syed Abu Bakar (Pauh) dan Sharifudin Ahmad (Sanglang).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata perubahan yang dilakukan itu bersifat evolusi tanpa menganggu-gugat perjalanan parti di negeri berkenaan.

Berikut senarai calon BN bagi kerusi DUN Perlis:



N01 Titi Tinggi - Teh Chai Aan

N02 Beseri - Ruzaini Rais

N03 Chuping - Asmaiza Ahmad

N04 Mata Ayer - Siti Berenee Yahaya

N05 Santan - Azizan Sulaiman

N06 Bintong - Datuk Seri Azlan Man

N07 Sena - Saiful Daniel Mohd Yusof

N08 Indera Kayangan - Lim Weng Khee

N09 Kuala Perlis - Kamarudin Malek

N10 Kayang - Hamizan Hassan

N11 Pauh - Syed Atif Syed Abu Bakar

N12 Tambun Tulang - Datuk Ismail Kassim

N13 Guar Sanji - Rozieana Ahmad

N14 Simpang Empat - Nurulhisham Yaakob

N15 Sanglang - Sharifudin Ahmad



-- BERNAMA