BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) berhasrat menamakan semula penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar sekiranya parti itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri itu.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak itu berjaya menunjukkan prestasi cemerlang ketika mentadbir Perak.
Walau bagaimanapun katanya kuasa melantik Menteri Besar tertakluk kepada bidang kuasa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
“(Jika BN menang PRU15 di Perak) kita doakan untuk Sultan Perak memperkenankan melantik Saarani sebagai Menteri Besar Perak semula.
“Saya ulangi, mohon perkenan Tuanku Sultan Perak untuk Saarani dilantik semula. Setakat ini beliau antara Menteri Besar yang cemerlang di Perak.
“Pada zaman Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Setiausaha Agung BN) menjadi Menteri Besar Perak dahulu pun cemerlang juga dan BN kuat pada masa itu, namun kita kecundang akibat tsunami politik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran BN di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk, pada Isnin.
Hadir sama pada majlis itu Saarani; Zambry; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; serta Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Minggu lalu, media melaporkan Saarani mengesahkan dirinya hanya mahu kekal di kerusi DUN sekali gus enggan namanya dicalonkan bertanding kerusi Parlimen.
Saarani dilaporkan berkata demikian susulan beliau sendiri sebelum itu memberi bayangan supaya rakyat terus memilihnya untuk menjadi Menteri Besar selepas PRU15 bagi menjayakan agenda Perak Sejahtera 2030.
Saarani mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-14 pada Disember 2020 selepas penyandang terdahulu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletakkan jawatan.
DUN Perak mempunyai 59 kerusi dan daripada jumlah itu, 25 disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN, DAP (15), Amanah (lima), Bersatu (empat), masing-masing tiga Pas, PKR dan PBM manakala satu Bebas.
Amirrul Rabbani
Mon Oct 17 2022

Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak disifatkan berjaya menunjukkan prestasi cemerlang ketika mentadbir Perak. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

PRK DUN Ayer Kuning: Pemuda UMNO ada calon, serah keputusan kepada pucuk pimpinan
Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan untuk melobi calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.