Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiba di pusat pembuangan undi itu kira-kira jam 10.40 pagi bersempena dengan hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Setibanya beliau di situ, dua tokoh politik itu bersapa mesra sebelum kedua-duanya berpelukan antara satu sama lain.
Asmuni yang sudah berada di lokasi lebih awal turut sempat bergurau dengan Ahmad Faizal tentang penampilannya dengan menyatakan 'badannya sudah naik’.
Ahmad Faizal dan Asmuni sebelum ini pernah bersama-sama dalam pentadbiran ketika PH berjaya membentuk kerajaan di Perak pada 2018.
Ketika itu Ahmad Faizal merupakan Menteri Besar Perak sementara Asmuni adalah Exco Kanan Kerajaan Negeri.
Asmuni telah membuang undi di SK Jelapang Meru sementara Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Ihtidaiyah Tambun pagi tadi.
Ahmad Faizal, yang juga penyandang kerusi Parlimen Tambun menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Pengerusi PH Anwar, Datuk Aminuddin Md Hanafiah (Barisan Nasional) dan Abdul Rahim Tahir (Pejuang).
Sementara Asmuni berdepan saingan tiga penjuru antara Datuk Azizul Kama Abd. Aziz (Barisan Nasional) dan Hafez Sabri (Perikatan Nasional) di DUN Manjoi yang telah dimenanginya pada PRU14.