Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata, mereka amat kesal dengan perkara itu, lebih-lebih video mengenainya tular di media sosial.
Menurutnya, kempen-kempen berbaur fitnah wajar dihentikan dan agama Islam turut melarangnya kerana kesan kepada masyarakat cukup besar.
“Pihak kami meminta SPR dan PDRM menyiasat dan meneliti ucapan Razman tersebut yang mencemar perjalanan Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Asmuni, sepatutnya calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol itu memberi fokus kepada isu-isu rakyat seperti isu ekonomi, harga barang serta kemiskinan di dalam kempen-kempennya, bukannya fitnah dan adu domba.
Jesteru, beliau mengajak rakyat menolak calon-calon yang mengamalkan politik fitnah dan kebencian kerana ianya tidak membawa apa-apa manfaat dan kebaikan kepada rakyat dan negara.
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial video kempen Razman yang mendakwa UMNO / Barisan Nasional (PH) telah membuat jajaran dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahin dan DAP.