19 November ini, rakyat Malaysia akan membuat pilihan siapa bakal memimpin negara dalam Pilihan Raya Umum 15 (PRU15).
Menjelang hari-hari terakhir sebelum PRU15, pastinya banyak yang bersarang dalam minda Ismail Sabri, termasuk aspirasi dan visinya untuk Keluarga Malaysia pasca-PRU15, juga harapan UMNO dan Barisan Nasional secara keseluruhannya.
Program Bual Bicara Khas Bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob: Kestabilan dan Kemakmuran akan bersiaran di Astro AWANI pada 15 November, jam 9.35 malam, bakal merungkaikan banyak persoalan yang mungkin bermain di fikiran anda.
Jadi pastikan temu janji anda bersama Astro AWANI malam ini.