GEORGE TOWN: Kerajaan Perpaduan iaitu gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka kekal mentadbir di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada 12 Ogos.
Penganalisis politik Prof P. Sivamurugan berkata Perikatan Nasional (PN) pula akan terus mentadbir di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
"Status quo mungkin berlaku di enam negeri yang terlibat dalam PRN itu cuma dengan majoriti undi akan menurun dan nampaknya kerusi-kerusi (Dewan Undangan Negeri) Melayu lebih goyah.
''Sekiranya tidak ada sabotaj dalaman, gabungan parti-parti sedia ada boleh menang, namun setiap parti perlu juga melihat soal pemilihan calon dan isu-isu dalaman parti dalam masa sama tidak memainkan isu 3R iaitu bangsa, agama serta institusi diraja.
"Ia adalah untuk memastikan negara ini dapat bergerak ke depan, setiap gabungan politik perlu mengelak daripada terus memainkan isu-isu sensitif bagi memastikan keharmonian politik itu dipertahan, barulah generasi akan datang melihat dan inilah bentuk acuan yang bersesuaian dengan keadaan semasa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Syarahan Umum Pelantikan Profesor bertajuk: Persetujuan Dan Percanggahan Dalam Arena Politik Malaysia, di Universiti Sains Malaysia di sini pada Rabu.
Sementara itu, Sivamurugan berkata gabungan Kerajaan Perpaduan antara PH dan BN perlu memberi penerangan kepada pengundi pada masa ini yang berada dalam kekeliruan kerana dua parti tersebut bergabung secara tiba-tiba selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Beliau berkata penjelasan itu penting bagi memaklumkan kenapa kerjasama itu dibentuk dan ia sebenarnya adalah untuk kestabilan politik, kerajaan yang lebih ampuh dan kukuh serta kerajaan yang stabil bagi mentadbir negara.
''Ini kerana mereka (parti politik) yang bergaduh sebelum ini tiba-tiba bergabung, tetapi ini bukan baharu, sejak tahun 1969 lagi, perkara ini sudah berlaku dan pentingnya pimpinan atasan parti menerangkan kepada setiap peringkat tentang kepentingan kerjasama ini dibentuk.
"Ia bagi memastikan kestabilan politik, kerajaan yang lebih kukuh ampuh dan dengan majoriti yang lebih besar dan jika ia tidak dilakukan keadaan akan jadi tidak menentu,'' katanya.
Katanya jentera PH dan BH juga perlu turun padang untuk terus turun bagi penjelasan bagi mengelak pengundi yang memang menyokong parti mereka sebelum ini, beralih arah dan dalam masa sama menarik sokongan pengundi lain mengundi parti politik tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023

P. Sivamurugan berkata setiap parti perlu juga melihat soal pemilihan calon dan isu-isu dalaman parti dalam masa sama tidak memainkan isu 3R iaitu bangsa, agama serta institusi diraja. - Foto Facebook/Sivamurugan Pandian

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula - Fahmi
Mesyuarat Kabinet bersetuju supaya agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan juga berpeluang terus mengekalkan kemenangan jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberi keutamaan.

‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.

Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.

Belanjawan 2025: Sabah terima peruntukan pembangunan terbesar, bukti gabungan BN-PH tepat
Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga berjaya memberi anugerah kepada semua projek Pan Borneo untuk dimulakan di Sabah.