KUCHING: "Saya pun tidak tahu kenapa Asajaya begitu penting bagi mereka (PKR) kerana ramai yang melobi dan sedang berjalan di kawasan itu sekarang untuk bertanding kelak,".
Demikian maklum balas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika diminta mengulas mengenai jangkaan calon pembangkang yang akan bertanding di kawasan tersebut.
Kata Abdul Karim ia termasuk seorang yang turut dinamakan sebagai calon ketua menteri daripada PKR akan bertanding di DUN berkenaan.
“Saya pun dapat makluman bahawa ada calon ketua menteri daripada PKR akan bertanding di Asajaya malah daripada maklumat yang saya terima bukannya seorang calon daripada PKR tetapi ada tiga orang pada masa ini.
“Dari mula lagi sudah ada kelam kabut sedikit... tiga orang dari parti yang sama melobi untuk bertanding di Asajaya, tetapi apa-apa pun saya mengalu-alukan seramai mungkin bertanding di sana biar jadi seperti festival,” katanya.
Beliau yang juga penyandang kerusi DUN Asajaya berkata semakin banyak penjuru pertandingan akan memberi kelebihan kepada parti kerajaan.
Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak tahun 2001 itu, katanya ia terpulang kepada keputusan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menentukan.
“Ia terpulang kepada Ketua Menteri dan parti (PBB), jika saya diberi peluang saya akan bertanding, tetapi jika tidak, saya akan akur dan sokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon,” katanya.
Untuk rekod Abdul Karim telah memenangi kerusi DUN Asajaya selama empat penggal berturut-turut dalam pilihan raya negeri pada 2001, 2006, 2011 dan 2016.
Shafik Ahmad
Mon Nov 15 2021

Beliau yang juga penyandang kerusi DUN Asajaya berkata semakin banyak penjuru pertandingan akan memberi kelebihan kepada parti kerajaan. - Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap

PRN: Tiga ADUN PKR gugur, Aminuddin kekal
Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Negeri Sembilan digugurkan sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

PRU15: PKR pertaruh Hasni calon di Parlimen Sembrong
Hasni merupakan aktivis Bahasa Melayu dan pendidikan dengan latar belakang sastera dan sains politik.

Menang dua kerusi Parlimen dorong Anwar lebarkan rentak tawan Tambun
Kata Anwar, beliau telah meninggalkan gelanggang yang kukuh di Permatang Pauh dan Port Dickson.

PRU15: Calon 'payung terjun', Adam Adli yakin diterima akar umbi
Kurang 24 jam selepas diumumkan sebagai calon Parlimen Hang Tuah Jaya bagi PRU15 19 November ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli Abdul Halim mula turun padang dan mendekati pengundi di sini.

PRU15: Husam 'dipinang'; Johari Abdul, Sivarasa digugurkan, ini senarai penuh calon PKR
Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu, Datuk Husam Musa diumumkan akan bertanding mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-15.

PRU15: PKR umum tujuh calon Parlimen Pahang
Tumpuan terarah di Pekan apabila PKR meletakkan Mohd Naim Zainal Abidin sebagai calon bagi merampas kerusi disandang Najib.

PRU15: Rafizi kembali ke Pandan
PKR malam ini mengumumkan Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli kembali bertanding di Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Amirudin Shari sah bertanding di Gombak
Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari sah bakal bertanding di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dari bekas Ketua Setiausaha kepada lulusan Al-Azhar, PKR kemuka tujuh tokoh calon PRU15
PKR memperkenalkan calon-calon yang merentasi latar belakang dari akademik, pegawai kanan kerajaan, golongan mahasiswa, sehinggalah ke tokoh agama.