KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergerak ke Astana Negeri bagi upacara mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Selepas membuat ucapan sempena kemenangan mudah 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Abang Johari sempat memberi ucapan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Dengan berbaju Melayu hitam lengkap bersongkok dan songket, Abang Johari dilihat meninggalkan BCCK pada pukul 9.20 malam.

Abang Johari angkat mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Ini merupakan penggal kedua Abang Johari memegang jawatan nombor satu Sarawak selepas kematian Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pada 2017.