KOTA KINABALU:Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor enggan mengulas lanjut mengenai siapa calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu hanya tersenyum ketika ditanya berhubung perkata itu.

Hajiji turut memaklumkan ‘perbincangan’ telah pun selesai.

Katanya, kenyataan lanjut berhubung perkara itu akan dimaklumkan hari ini.

“Sudah habis bincang, nanti saya beri kenyataan (siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu),” katanya ringkas.

Dalam pada itu, ditanya sama ada istiadat angkat sumpah akan diadakan hari ini, Hajiji hanya meminta pihak media menunggu.

BACA: LAPOR LANGSUNG: GRS menang majoriti 38 kerusi

BACA: LAPOR LANGSUNG: Sehari selepas PRN Sabah - Apa seterusnya?

BACA: LAPORAN KOMPREHENSIF PRN SABAH, KLIK DI SINI


Terdahulu, Hajiji dilihat meninggalkan The Magellen Sutera, di sini ketika mesyuarat pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GBS) masih lagi berlangsung.

GRS mengadakan mesyurat bersama yang dihadiri Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Zainuddin Hamzah; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16, GRS memperoleh 38 kerusi DUN daripada 73 yang dipertandingkan.