KUALA LUMPUR: Penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu 'Bossku' sah menyatakan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, sebagai ahli UMNO, pihaknya telah hilang kepercayaan terhadap Presiden parti Melayu itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ini kerana Ahmad Zahid, katanya menjadikan seolah-olah UMNO sebagai milik individu, selain sesiapa sahaja yang menyuarakan pendapat bertentangan akan dipecat atau digantung.
"Kami dengan ini menzahirkan sokongan kepada PN dan menyeru semua ahli di bawah naungan kami untuk bersama kami menyokong PN.
"Mari kita jadikan PRN ini sebagai referendum dan pungutan suara tidak percaya kepada Ahmad Zahid.
"Kami berharap sokongan kepada PN akan membangkitkan semula keadilan kepada Najib dengan menurut lunas undang-undang," katanya dalam sidang media di ibu negara pada Khamis malam.
Mengulas lanjut, Syed Muhammad Imran berkata, selama ini pihaknya mengambil sikap bersangka baik kepada Ahmad Zahid berkenaan keadilan terhadap Najib.
Begitupun, tegasnya Ahmad Zahid disifatkan diam menikus apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup pintu keadilan, walaupun ada kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya boleh mencetus perbicaraan semula yang lebih adil kepada bekas Presiden UMNO itu.
"Nyata sekali Ahmad Zahid tiada keinginan untuk memberi keadilan kepada Najib.
"Kami sudah tidak selesa lagi apabila Ahmad Zahid terus menerus mempergunakan kami untuk menyokong beliau dengan menunggang nama Najib.
"Kami harap PN akan dapat membawa balik kesatuan ummah dan menolak penguasaan DAP yang merupakan musuh tradisi UMNO," ujarnya lagi.
Menegaskan masih belum berjumpa dengan mana-mana pemimpin PN setakat ini, Syed Muhammad Imran berharap kepimpinan parti itu akan menyambut tangan mereka untuk bersama.
Sementara itu, Syed Muhammad Imran berkata wakil peguamnya telah menghantar surat saman terhadap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam susulan dakwaan memfitnahnya sebagai 'budak Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainudin)'.
"Kita telah hantar surat saman kepada beliau untuk jawab dalam masa tujuh hari, saya tak pasti beliau sudah terima atau belum surat saman berkenaan untuk permohonan maaf.
"Jika beliau tidak membuat permohonan maaf ini, kita jumpa di mahkamah kerana apa yang dia cakap semuanya fitnah," katanya.
Sebelum ini, Syed Muhammad Imran yang juga Ketua Cawangan UMNO Kampung Melayu Batu Caves Selatan itu berkata dianggarkan seramai 300,000 penyokong Najib di peringkat akar umbi akan beralih sokongan kepada PN dalam PRN di enam negeri.
Syed Muhammad Imran menambah, jika keadaan itu berlaku, ia akan memberi kesan kepada kemenangan BN dan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya tersebut.
Hasimi Muhamad
Thu Jul 27 2023

Syed Muhammad Imran (tengah) berkata, sebagai ahli UMNO pihaknya telah hilang kepercayaan terhadap Presiden parti Melayu itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PRN: Penyokong 'Bossku' sah sokong PN, hilang kepercayaan terhadap Ahmad Zahid
Ini kerana Ahmad Zahid, katanya menjadikan seolah-olah UMNO sebagai milik individu, selain sesiapa sahaja yang menyuarakan pendapat bertentangan akan dipecat atau digantung.