PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) membuka permohonan kepada orang ramai yang berminat menjadi calon di semua enam negeri pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.
Pengarah Pilihan Raya MUDA, Luqman Long berkata, pihaknya sedang mencari calon berpotensi dari semua lapisan masyarakat untuk menjadi 'calon rakyat' yang mampu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.
"Kita buka permohonan secara dalam talian menerusi Google Form. Calon ini perlu memenuhi kriteria penting dan asas iaitu calon yang rencam dan pelbagai dari segi latar belakang, komposisi antara lelaki serta wanita dan profesion.
"Keduanya tidak boleh sekadar jadi calon hanya suarakan isu-isu berlaku pada masa ini tapi mereka mempunyai kebolehan untuk berhadapan masalah rakyat selain menjadi penyelesai masalah yang terbaik.
"Selain itu, calon yang mempunyai nilai integriti bukan sahaja mewakili MUDA tetapi rakyat dalam pentas pembuatan polisi," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar pada Rabu yang turut dihadiri Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sebelum ini Presiden MUDA, Syed Saddiq menegaskan niat parti itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar tidak dilayan malah diperlekehkan.
Justeru, Ahli Parlimen Muar itu mengumumkan MUDA akan bergerak secara solo dengan kekuatan sendiri dalam PRN akan datang.
Sementara itu, Luqman yang juga Ketua Penerangan Muda berkata, parti itu berhasrat meletakkan sekurang-kurangnya 50 peratus calon wanita pada PRN.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak mendedahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi MUDA tetapi perkara tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.
Jelas Luqman, MUDA juga berhasrat untuk menjelajah ke enam negeri bagi mencari calon berpotensi untuk pilihan raya.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 28 2023

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) membuka permohonan kepada orang ramai yang berminat menjadi calon di semua enam negeri pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi. - Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PRN: MUDA lebih takut hilang prinsip berbanding deposit
Syed Saddiq mendakwa, tindakan membenarkan sogokan wang dalam pilihan raya negeri (PRN) adalah perbuatan yang teruk.

PRN: MUDA isytihar harta calon bertanding dalam masa terdekat
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan mengisytiharkan harta calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dalam masa terdekat.

PRU15: MUDA ajak parti politik cari solusi masalah rakyat dalam 'pertandingan idea'
Mereka boleh membentangkan idea antaranya cara untuk menambah baik sistem pengangkutan awam, pendidikan negara dan gaji pekerja.

PRN Johor: Afiqah akan bekerja 10 kali ganda, mahu rapatkan jurang pembangunan di DUN Bukit Kepong
Fokus Afiqah di DUN Bukit Kepong adalah merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar, serta memastikan Johor bersedia menghadapi cabatran semasa dan akan datang.

PRN Johor: 'Jangan takut tukar pemimpin, 'ajar' mereka yang mainkan demokrasi' - Afiqah
Afiqah berharap para pengundi tidak putus asa untuk membawa perubahan dalam sistem demokrasi negara.

Parti MUDA: Ujikaji politik atau klon PKR 2.0?
MUDA harus bijak memilih agenda untuk menyakinkan semua peringkat usia pengundi merentasi pelbagai etnik tanpa memilih hanya belia.

Sidang Parlimen: 'Tidak perlu tunggu sehingga September' - MUDA
Parti Ikatan Demokratik Malaysia sekali lagi menegaskan sidang Parlimen perlu diadakan segera, sekiranya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya beliau masih mempunyai sokongan majoriti.

Syed Saddiq daftar parti Muda hari ini
Kata Syed Saddiq, beliau ingin mewujudkan parti politik tempatan pertama yang digerakkan anak muda serta berbilang kaum dan agama.