PAGOH: Bukan usia yang menjadi ukuran, tetapi siapa yang mampu melawan arus dan status quo, demikian tegas calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Afiqah Zulkifli.
Bertitik tolak pada hasrat itu, Afiqah yang berusia 31 tahun tekad membawa perubahan di kawasan tersebut meskipun berdepan dengan saingan empat penjuru termasuk dua nama besar dalam landskap politik Johor iaitu bekas Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamad.
Menurut aktivis itu lagi, fokusnya di DUN Bukit Kepong adalah untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar serta memastikan negeri Johor bersedia menghadapi cabaran semasa dan akan datang.
"Kita bukan nak cakap pasal pembangunan yang besar-besar atau pembangunan mega, kita cuma cakap pasal keperluan asas yang masih belum selesai... pembangunan di negeri Johor ini sangat tertumpu kepada Johor Bahru.
"Sebagai seorang yang berasal dari wilayah Johor Utara, ini tidak adil. Kami tidak menikmati pembangunan yang diuar-uarkan. Apakah yang dimaksudkan dengan kemakmuran bersama? Sedangkan kekayaan negara (atau) kekayaan negeri itu tidak sampai kepada mereka di luar bandar?
"Tetapi apabila kami keluar dari alam persekolahan dan ketika di alam persekolahan pun... kami terpaksa bersaing dengan mereka-mereka yang berada di bandar. Jadi kesenjangan ini patut kita selesaikan," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di sini, baru-baru ini.
BACA: PRN Johor: 'Jangan takut tukar pemimpin, 'ajar' mereka yang mainkan demokrasi' - Afiqah
Katanya lagi, walaupun Bukit Kepong berada di bawah Parlimen Pagoh yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi DUN tersebut masih tercicir dari segi kemudahan asas seperti jaringan telekomunikasi dan pengurusan sampah.
Penduduk juga, ujarnya, terpaksa melakukan perjalanan ke pekan Labis, Segamat atau Pagoh untuk menikmati perkhidmatan yang lebih baik seperti perbankan.
"Jadi sangat tidak patut dengan demografi DUN Bukit Kepong ini, 26 peratus merupakan mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Jadi, sepatutnya dalam radius 10 minit atau dekat di DUN Bukit Kepong, sudah ada bermacam-macam (kemudahan).
"Mereka orang tua, tidak sepatutnya mereka dibebankan untuk 'travel' jauh bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan asas," tambah beliau.
Saingan empat penjuru
Mengulas mengenai saingan di DUN Bukit Kepong pula, Afiqah berkata, pengalaman berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membantunya membina keyakinan dan pembuatan polisi.
Mengakui berdepan kekangan dari segi sumber, Afiqah bagaimanapun menegaskan, beliau akan bekerja 10 kali ganda bagi memastikan dirinya lebih dikenali dan diterima penduduk di DUN Bukit Kepong.
Berdiri sebagai calon wanita tunggal di DUN berkenaan, Afiqh tidak gentar untuk memberikan saingan pada PRN kali ini.
"Dr Sahruddin juga bekas MB, kalau di DUN Bukti Kepong ini billboard beliau merata. Mungkin kekurangan daripada sudut saya ialah sumber, saya tidak mempunyai dana sebanyak itu.
"Tetapi saya mempunyai semangat, idealisme dan saya faham kerencaman isu rakyat di bawah, saya menjiwai apa permasalahan yang berlaku sehari-hari dan saya sangat sensitif," katanya.
Selain Afiqah, Dr Sahruddin mewakili Perikatan Nasional (PN); Ismail (BN) dan Md Taib Md Suhut daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan berentap di kerusi DUN Bukit Kepong pada PRN Johor 12 Mac ini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 2018, Dr Sahruddin yang ketika itu Setiausaha Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Johor memenangi DUN Bukit Kepong atas tiket Pakatan Harapan (PH), mengalahkan calon BN, Mohd Noor Taib dan Pas, Muhamad Nur Iqbal Abd Razak.
Hasimi Muhamad
Mon Feb 28 2022
Afiqah menegaskan beliau akan bekerja 10 kali ganda bagi memastikan dirinya lebih dikenali dan diterima penduduk di DUN Bukit Kepong. - Gambar Twitter Afiqah Zulkifli
Semua peraturan perang dilanggar di Gaza - UNRWA
Gaza mengalami genosid berterusan oleh Israel selama lebih 14 bulan.
Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.
AWANI Ringkas: Baiki tebing Sungai Kelantan bermula hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
GV: 'Niat kami bukan untuk memalukan' - Syafinaz Selamat jelaskan tugas juri menilai, beri input
Menurut Syafinaz, komen-komen diberikan itu adalah untuk memperbaiki mutu persembahan setiap bintang yang bertanding selain memberikan input berguna kepada mereka.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara.
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.