KUALA LUMPUR: Pas akan meletakkan calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan, namun mereka dilihat bukanlah sebuah parti yang kuat dan mampu memberi tentangan.
Penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Ahmad Marthada Mohamed sebaliknya berpendapat, peranan Pas lebih terarah kepada bagaimana mereka mahu memastikan tiadanya perpecahan undian pengundi Melayu.
"Pas ada hubungan baik dengan Bersatu melalui Perikatan Nasional (PN) dan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN), jadi peranan mereka sebenarnya ialah untuk memastikan kedua-dua parti ini boleh bekerjasama kerana kedua-duanya saling mengharapkan sumbangan Pas juga.
"Jika Pas boleh menjadi orang tengah dan terjalinnya kerjasama sudah pasti ia boleh membawa kemenangan tetapi jika tiada kerjasama, kedudukan Pas juga sukar sebenarnya kerana hubungan baiknya dengan kedua-dua parti berkenaan.
"Setakat ini, belum ada kepastian kerjasama itu akan dilakukan kerana tugas meletakkan calon, khususnya di 20 kerusi yang majoritinya pengundi Melayu, bukan perkara mudah," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Sabtu.
Tambahnya, seandainya berlaku pertembungan, Pakatan Harapan dilihat mempunyai peluang lebih besar untuk menang kerana perpecahan undi akan memihak kepada mereka.
Beliau juga tidak melihat adanya impak kemunculan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang akan bertanding buat kali pertama dalam PRN Melaka nanti.
"Kalau kita lihat sejarah lanskap politik negara, parti politik kecil selalunya tiada peluang dan tidak akan beri impak. Ini kerana parti-parti kecil ini tidak mempunyai sokongan grassroot jadi sukar untuk mereka tarik pengundi," jelasnya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka, dengan hari penamaan calon pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November.
DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu susulan tindakan empat Ahli DUN (ADUN) iaitu Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Madiha Abdullah
Sat Oct 23 2021

Peranan Pas dikatana lebih terarah kepada bagaimana mahu memastikan tiadanya perpecahan undian pengundi Melayu dalam PRN Melaka. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pas akan bertanding sekiranya PRN Melaka diadakan
Pas akan meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Krisis Melaka: Tidak wajar PRN, Sulaiman tiada kedudukan nasihat bubar DUN - DAP
Pilihan raya hanya akan menjejaskan proses pemulihan COVID-19 yang dilihat sedang beransur pulih ketika ini.