KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menegaskan gabungan itu akan bergerak sendirian dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Belum sempat PRU-15 mengetuk pintu demokrasi negara, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pula membuka tirai dengan BN tetap memutuskan untuk bergerak secara solo.
Keputusan itu pada awalnya diragui namun ia diakhiri dengan kejayaan, menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya tersebut.
Kejayaan itu pantas membangkitkan spekulasi adakah BN akan kekal dengan keputusan bergerak solo pada PRU-15?
Berdasarkan kenyataan pemimpin terutamanya daripada UMNO, isu tersebut tidak begitu berbangkit namun yang banyak diingatkan adalah BN tidak boleh angkuh dengan kemenangan itu.
BACA: Masih terlalu awal bagi BN putuskan untuk bergerak solo pada PRU akan datang - Khairy
BACA: PRN Melaka: 'Katak-katak politik tidak diterima sama sekali' - Najib
BACA: PRN Melaka: Semua calon Bebas, Putra, Iman hilang wang deposit
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dalam kenyataannya berkata, ahli parti diingatkan supaya tidak riak atau mendongak dengan kemenangan, terutamanya dalam kenyataan dan tindakan mereka di mata rakyat.
“Analisa mendalam juga perlu dibuat melibatkan semua aspek yang berlaku di Melaka di pihak kita, pihak lawan dan pihak pengundi.
“Post-mortem bukan hanya penting sewaktu keputusan tidak berpihak kepada kita. Tetapi ia sama penting sewaktu menang, supaya kita tidak tersilap membuat kesimpulan meluas,” katanya.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam kenyataannya juga berharap agar kemenangan itu tidak akan menjadikan BN terjerumus dalam keangkuhan kuasa.
“Rakyat menghantar berbagai mesej untuk kita melakukan muhasabah dan membetulkan diri. Rakyat sudah muak dengan politik maki hamun dan fitnah.
“Rakyat mahukan kestabilan yang berpanjangan agar dapat mengeluarkan kita daripada kesusahan dan kemelaratan ekonomi,” katanya menerusi laman Facebooknya pada Ahad.
Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, kemenangan itu juga memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat Melaka sudah kembali yakin kepada gabungan itu.
Beliau juga berharap momentum kepercayaan rakyat kepada BN akan berterusan sehingga ke peringkat nasional bagi menghadapi PRU-15 tidak lama lagi.
“BN adalah sebuah parti yang sentiasa membawa suara rakyat dan menunjukkan prestasi urus tadbir yang baik selain berjaya memakmurkan Melaka berdekad lamanya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Seorang lagi Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, kejayaan itu memberi semangat kepada BN dan UMNO untuk bekerja lebih kuat dan memastikan parti itu terus memberi khidmat kepada rakyat di Melaka dan negara.
“Kepada wakil rakyat baharu yang dipilih, laksana tanggungjawab yang diamanahkan rakyat itu dengan baik.
“Apa yang penting, tunaikan segala ikrar atau janji yang laungkan sepanjang tempoh kempen. Ia sebagai bukti bahawa BN masih pentadbir terbaik untuk semua,” ujarnya.
Dalam PRN Melaka yang diadakan pada 20 November lalu, BN berjaya membentuk kerajaan setelah memperolehi majoriti selesa dengan kemenangan 21 daripada 28 kerusi Dun Melaka.
Pakatan Harapan (PH) pula hanya memperolehi lima kerusi sementara Perikatan Nasional (PN) mendapat dua kerusi.
BN juga berjaya merampas beberapa kerusi yang sebelum ini dimenangi PH antaranya DUN Machap Jaya, Gadek, Pengkalan Batu dan Paya Rumput.
Astro Awani
Sun Nov 21 2021
Dalam PRN Melaka yang diadakan pada 20 November lalu, BN berjaya membentuk kerajaan setelah memperolehi majoriti selesa dengan kemenangan 21 daripada 28 kerusi Dun Melaka. - Foto BERNAMA
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
AWANI Ringkas: Daerah Miri, Subis, Beluru dan Marudi antara kawasan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Manmohan Singh, Arkitek ekonomi India, meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Hukuman sebat: Terengganu laksana hukuman pertama hari ini
Terengganu bakal laksana hukuman sebatan luar penjara pertama terhadap seorang pesalah khalwat berulang di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang selepas solat Jumaat hari ini.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.