KUALA LUMPUR: Keputusan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mungkin tidak bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak memberi kesan negatif kepada gabungan itu.
Sebaliknya, Ketua Penerangan Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri, berkata keputusan itu mampu memperkukuh kekuatan jentera parti bagi menewaskan Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor kali ini.
“Apabila tidak lagi terikat sebagai calon pilihan raya, Muhyiddin mempunyai lebih banyak masa untuk fokus kepada perancangan strategi dan tindakan-tindakan untuk memperkukuhkan peluang calon PN memenangi PRN Johor.
“Bersatu Johor yakin, sebagai ahli politik dan pemimpin parti yang berpengalaman mengarahkan pengurusan pilihan raya kecil, PRN serta PRU, Muhyiddin mampu memberi kemenangan kepada calon-calon PN dalam PRN ini,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: PRN Johor: PN sudah bersedia - Muhyiddin
Tambah beliau, Ahli Parlimen Pagoh itu turut berpendirian, dominasi kerajaan BN mesti ditamatkan dan UMNO yang menjadi teras gabungan itu tidak lagi mampu bangkit selama-lamanya selepas PRU15 akan datang.
“Keputusan Muhyiddin untuk tidak bertanding mempertahankan kerusi DUN Gambir pada PRN Johor adalah kerana beliau mahu fokus dan memberi komitmen untuk memperkasakan jentera parti bagi menewaskan BN kali ini.
“Tanpa terikat sebagai calon, bekas Perdana Menteri ke-8 itu boleh memberi fokus sepenuhnya tugas pengurusan dan operasi jentera PN di seluruh Johor,” tambah Solihan.
Mengenai DUN Gambir, Muhyiddin telah meminta kepemimpinan Bahagian Bersatu Ledang menyerahkan senarai calon yang berkelayakan kepada beliau kerana DUN Gambir terletak di kawasan itu.
Solihan yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ledang telah mengenal pasti calon yang sesuai untuk menggantikan Muhyiddin di DUN Gambir, kerana calon ini mempunyai kelayakan selain mendapat sokongan dan diterima akar umbi.
Astro Awani
Wed Jan 26 2022
Solihan yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ledang telah mengenal pasti calon yang sesuai untuk menggantikan Muhyiddin di DUN Gambir. - Gambar fail
Daerah terjejas naik kepada tujuh, lebih 3,000 mangsa
Setakat pukul 10.20 malam Rabu, jumlah keseluruhan mangsa banjir di tujuh daerah di Kedah mencecah 3,045 orang membabitkan 856 keluarga.
[TERKINI] Polis tahan lima individu, rampas dua kenderaan ada lambang GISBH
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) dan merampas dua kenderaan rekreasi (motorhome) yang mempunyai lambang syarikat itu di Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand, kira-kira 6 petang tadi.
Air naik dengan cepat' - Mangsa banjir Pokok Sena
Menurut Md Zahari Ramli, 56, membawa isterinya, Junaidah Mohd Zuli, 53, yang mengalami patah tulang belakang ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau bagi memastikan keselamatannya susulan paras air yang semakin naik.
Peniaga wanita maut dihempap pokok tumbang di pantai
Peniaga itu, seorang wanita dikenali sebagai Saleha Ashaari, 49, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dua pelancong warga China maut dihempap pokok, runtuhan konkrit
Dalam kejadian kira-kira jam 2.19 minit petang itu, kedua-dua mangsa, seorang lelaki berusia 50-an yang belum dikenalpasti dan wanita dikenali Liu Xin Xin berusia 36 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Tumpuan Rabu – 19 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 September 2024.
Pelantar ikan dan restoran rosak akibat ombak besar - APM
Kejadian hujan lebat berterusan lebih dua jam berserta angin kencang telah mengakibatkan sebuah restoran dan pelantar ikan di Bagan Sungai Burung, Bagan Datuk mengalami kerosakan teruk.
Isu pencemaran di Telok Gong: SPRM beri jaminan akan ambil tindakan terhadap pihak berkuasa
Puluhan kilang haram kitar semula di Telok Gong berhampiran Pelabuhan Klang didakwa menjalankan operasi tanpa diganggu pihak berkuasa.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.
Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam diiringi ahli keluarga yang lain.
Keputusan semakan Muhyiddin lepas bebas hari ini
Panel lima hakim dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi dijangka memutuskan perkara terbabit pada jam 9 pagi.
MoU peruntukan pembangkang diputuskan Isnin ini - Takiyuddin
Memorandum persefahaman (MoU) berkait peruntukan pembangkang berkemungkinan besar diputuskan Isnin ini.
Isu 1BestariNet: 'Wallahi, saya tidak ambil satu sen pun' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dirinya terlibat dalam pemberian tender perkhidmatan 1BestariNet ketika menjadi Menteri Pendidikan.
Jana Wibawa: 27 Sept sebutan semula kes salah guna kedudukan Muhyiddin
Mahkamah Sesyen menetapkan 27 Sept ini bagi sebutan semula kes salah guna kedudukan untuk suapan RM232.5 juta projek Jana Wibawa.
Akta Hasutan: Usah jadikan isu Muhyiddin sebagai sentimen politik - Anwar
Kes pendakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Hasutan, tidak seharusnya dijadikan sentimen politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kes Muhyiddin: Laporan polis dibuat Istana Pahang, Kerajaan tidak masuk campur - Fahmi
Pertuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Hasutan di mahkamah baru-baru ini bukan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pihak kerajaan sebaliknya.