JOHOR BAHRU: Pertukaran saat akhir calon Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan atas semangat parti gabungan itu, kata Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad.
Katanya tindakan itu setelah BN mengambil kira beberapa perkara termasuk representasi wanita, orang muda serta kelulusan akademik yang merupakan antara komponen penting dalam membuat keputusan pemilihan calon.
"Pertukaran saat akhir adalah di atas semangat BN. Parti-parti seperti MCA juga mengubah senarai calon mereka, MIC juga berbuat yang sama.
"Tentunya UMNO perlu membuat penyesuaian apabila kita telah memuktamadkan pengagihan kerusi-kerusi antara parti-parti dalam BN," katanya pada sidang media selepas melancarkan Bengkel Kepimpinan Pusat Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Senai di sini, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertukaran calon BN yang dilaksanakan pada saat akhir.
BN melakukan pertukaran calon pada saat-saat akhir melibatkan kerusi DUN Sungai Balang dan DUN Tanjung Surat.
Sebelum ini BN mengumumkan Mohd Helmi Abdul Latif sebagai calon bagi DUN Sungai Balang sebelum menukarnya kepada Selamat Takim, manakala bagi DUN Tanjung Surat, Aznan Tamim diumumkan sebagai calon menggantikan Datuk Syed Sis Abd Rahman.
Aznan merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang.
BN meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN yang dipertandingkan, dengan 37 daripada calon itu adalah dari UMNO, MCA (15) dan MIC (empat).
Mengenai kempen BN pada PRN Johor ini, Hasni berkata jentera parti masih belum bergerak sepenuhnya ketika ini dan mereka akan mendekati pengundi secara berperingkat berdasarkan kajian di lapangan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Johor adalah 12 Mac manakala pengundian awal pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022
Hasni berkata, tindakan itu setelah BN mengambil kira beberapa perkara termasuk representasi wanita, orang muda serta kelulusan akademik yang merupakan antara komponen penting dalam membuat keputusan pemilihan calon. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
PRN: Pertukaran calon saat akhir perkara biasa - Anwar
Pertukaran saat akhir calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah proses biasa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRN Johor: Pertukaran calon BN saat akhir atas semangat BN - Hasni
Pertukaran saat akhir calon Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan atas semangat parti gabungan itu, kata Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad.