JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diyakini boleh menjadi picu kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dipercayai akan turut dilaksanakan tahun ini.
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Isham Jalil berkata, perkara itu melihat kepada asas melaksanakan PRN sendiri yang mana tuntutan kepada kestabilan politik adalah perkara utama.
Justeru, katanya, sekiranya Johor menjadi salah satu lagi negeri melaksanakan PRN atas dasar berkenaan mengapa pula negara perlu menangguhkan lagi perkara seperti ini.
“Terdapat kepentingan untuk melaksanakan PRU dengan segera bukan kerana BN mahu sangat berkuasa, tetapi kestabilan politik itu sendiri yang boleh memberi impak dalam pelbagai sudut.
“Kita sudah lihat beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK), kemudian PRN di Melaka dan Sarawak. Jika benar selepas ini Johor, adakah kita perlu menunggu ada lagi PRN lain. Di peringkat pusat sekarang juga bukan mempunyai majoriti besar dan kestabilan itu masih belum dijamin.
"Kerajaan yang menerima mandat daripada rakyat akan lebih stabil sekali gus mampu membawa masuk pelaburan asing yang akan turut membawa masuk pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Tautan Kasih Eratkan Silaturahim Veteran UMNO Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini pada Rabu.
Sebelum ini, khabar angin mulai tersebar luas mendakwa PRN Johor akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat selepas kerajaan negeri kini hanya mempunyai majoriti kelebihan satu kerusi iaitu 28 berbanding pembangkang 27.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad bagaimanapun tidak menyatakan sebarang pendirian khusus ketika ditanya sama ada khabar angin berhubung PRN itu benar atau sebaliknya.
Katanya, meskipun tidak selesa dengan keadaan terkini Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hanya mempunyai kelebihan satu kerusi, tiada sebarang isu yang berbangkit melibatkan kedua-dua pihak.
Mengulas lanjut Isham berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) Johor mempunyai peluang besar dalam PRN jika ia dilaksanakan dengan jumlah kemenangan majoriti sekurang-kurangnya 32 ke 42 kerusi DUN.
Dalam pada itu, mengulas mengenai perkembangan politik di Selangor, beliau yang juga Penasihat Komunikasi BN ketika PRN Melaka berkata, parti masih mempunyai peluang sekiranya polemik politik negara kekal berlarutan seperti ini.
Katanya, BN Selangor mempunyai keupayaan dan kaedahnya yang tersendiri untuk menawan semula negeri berkenaan dalam PRU akan datang selepas ia dipegang Pakatan Harapan (PH) selama tiga penggal.
“Pelaksanaan Undi 18 akan menyaksikan pertambahan bilangan pengundi yang signifikan di Selangor, dengan sekitar 500,000 daripadanya pengundi muda. Jika kita lihat trend semasa, kita mempunyai peluang.
"BN ada peluang kerana orang muda dan pengundi baharu tidak suka golongan lompat parti iaitu Perikatan Nasional (PN) dan juga penipu manifesto iaitu PH,” katanya.
Beliau berkata, golongan berkenaan juga lebih peka dan sensitif dengan pelbagai isu semasa melibatkan kos sara hidup, harga kediaman tinggi, kekurangan peluang pekerjaan serta isu berbangkit seperti masalah air dan banjir.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 13 2022
!['PRN Johor mungkin picu kepada PRU15 tahun ini' 'PRN Johor mungkin picu kepada PRU15 tahun ini'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642049529_MajlisTautanKasih.jpg)
Isham ketika ditemui pada Majlis Tautan Kasih Eratkan Silaturahim Veteran UMNO Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Bahru, 11 Jan 2022. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Akta Antilompat Parti perlu lebih ketat - Mohamad Hasan Akta Antilompat Parti perlu lebih ketat - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720862685_tbMohamadHasan.jpg)
Akta Antilompat Parti perlu lebih ketat - Mohamad Hasan
Akta Antilompat Parti wajar dikaji semula bagi mengatasi kelompongan sedia ada sekali gus menghalang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri melompat ke parti lawan.
![Kestabilan politik, dasar jelas jadikan Sarawak gergasi ekonomi baharu Malaysia - PM Kestabilan politik, dasar jelas jadikan Sarawak gergasi ekonomi baharu Malaysia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719070126_AnwarIbrahim.jpg)
Kestabilan politik, dasar jelas jadikan Sarawak gergasi ekonomi baharu Malaysia - PM
Kestabilan politik dan dasar jelas yang dipegang oleh kepimpinan Sarawak telah membolehkan negeri itu bangkit sebagai gergasi ekonomi baharu di Malaysia.
![Tiga agenda baharu dalam pelan Perak Sejahtera 2030 - Saarani Tiga agenda baharu dalam pelan Perak Sejahtera 2030 - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718026580_SaaraniMohamad.jpg)
Tiga agenda baharu dalam pelan Perak Sejahtera 2030 - Saarani
Saarani mengumumkan penambahan tiga agenda baharu dalam pelan Perak Sejahtera 2030 iaitu Pembangunan Sosial, Kelestarian Alam dan Biodiversiti serta Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan.
![Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713796048_TBANWARMELAKA.jpg)
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
![Agong tidak akan layan agenda gugat kestabilan politik Agong tidak akan layan agenda gugat kestabilan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708919202_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Agong tidak akan layan agenda gugat kestabilan politik
Sultan Ibrahim bertitah, semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.
![Bersih sokong Akta Penggal Tetap Parlimen, dapat jamin kestabilan politik Bersih sokong Akta Penggal Tetap Parlimen, dapat jamin kestabilan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705221964_MalaysiaParliament.jpg)
Bersih sokong Akta Penggal Tetap Parlimen, dapat jamin kestabilan politik
Bersih menyokong penggubalan Akta Penggal Tetap Parlimen yang dapat menjamin penggal Parlimen kekal hingga habis tempoh iaitu sehingga 18 Disember 2027 sekali gus memastikan kestabilan politik negara
![RUU kekalkan kerajaan sehingga akhir penggal penting untuk kestabilan politik - Ahmad Maslan RUU kekalkan kerajaan sehingga akhir penggal penting untuk kestabilan politik - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705214121_AhmadMaslan.jpg)
RUU kekalkan kerajaan sehingga akhir penggal penting untuk kestabilan politik - Ahmad Maslan
Cadangan mewujudkan rang undang-undang bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal, penting bagi menjamin kestabilan politik negara.
![AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705134652_AimanAthira.jpg)
AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diwujudkan bagi menjamin kestabilan politik negara dan menepis sebarang cubaan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan setiap kali ia dibentuk.
![Kestabilan politik undang banyak pelabur, Malaysia lebih agresif tahun depan - Anwar Kestabilan politik undang banyak pelabur, Malaysia lebih agresif tahun depan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700720736_tbMIMOSAnwarIbrah.jpg)
Kestabilan politik undang banyak pelabur, Malaysia lebih agresif tahun depan - Anwar
Kestabilan politik yang dikecapi bawah Kerajaan Perpaduan selama setahun berjaya mengundang banyak industri gergasi dunia untuk melabur di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Tiada isu kestabilan politik, ini masa sesuai melabur di Malaysia - PM Tiada isu kestabilan politik, ini masa sesuai melabur di Malaysia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693281537_KemudahanPeralihan.jpg)
Tiada isu kestabilan politik, ini masa sesuai melabur di Malaysia - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pelabur asing dan peneraju industri dari rantau Asia bahawa isu kestabilan politik di Malaysia tidak berbangkit ketika ini.