KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyokong penggubalan Akta Penggal Tetap Parlimen yang dapat menjamin penggal Parlimen kekal hingga habis tempoh iaitu sehingga 18 Disember 2027 sekali gus memastikan kestabilan politik negara.
Dalam satu kenyataan, Bersih berkata, pihaknya sebelum ini telah beberapa kali membuat gesaan yang sama bagi menstabilkan politik Malaysia.
"Namun penggubalan akta tersebut perlu disusuli dengan penggubalan Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan – Constituency Development Fund Act (CDF) yang saksama kepada Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang. Ini bagi memastikan hak dan keadilan untuk semua ahli Parlimen dijamin oleh undang-undang.
"Bersih berpandangan Akta Penggal Tetap Parlimen ini penting bagi memastikan kestabilan politik negara yang akan membantu melancarkan usaha reformasi demi kepentingan rakyat.
"Akta ini tidak akan menafikan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk memberi perkenan pembubaran Parlimen sekiranya diminta oleh Perdana Menteri seperti yang dinyatakan dalam Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.
"Menerusi akta tersebut, sebarang tatacara membabitkan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan atau Perdana Menteri di dalam Parlimen berasaskan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan harus dinyatakan dengan jelas agar sebarang langkah belakang yang bercanggah dengan prinsip demokrasi berparlimen tidak lagi berlaku," katanya.
Mengulas lanjut, Bersih berkata, sebagai tambahan kepada Akta ini, pengenalan kepada mekanisme kepercayaan di Dewan Rakyat dengan dua prosedur iaitu Undi Tidak Percaya Berkonstruktif yang hanya membenarkan penyandang Perdana Menteri ditukar sekiranya ada calon Perdana Menteri untuk digantikan dan calon itu disahkan pula dengan mekanisme Undi Pengesahan Kepercayaan.
"Bagi menjayakan saranan ini, Bersih menyarankan agar kesemua blok politik untuk bergerak ke hadapan bekerja untuk menambah baik gerak kerja yang memberi manfaat kepada rakyat dan hentikan permainan politik yang merugikan masa depan negara.
"Justeru, tiba masanya pihak Kerajaan dan Pembangkang untuk duduk semeja dan bersepakat menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) Reformasi Politik demi kepentingan rakyat.
"MOU ini pernah dibuat pada era Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri atas gesaan Bersih yang membolehkan wujudnya Undang-Undang Antilompat Parti," katanya.
Bersih berpandangan usaha ini adalah mustahak demi kemajuan negara dan penambahbaikan sistem politik sedia ada yang pasti akan memberi manfaat kepada semua pihak.
"Justeru, Bersih bersedia untuk tampil menjadi perantara antara kerajaan dan pembangkang untuk memastikan ia dijayakan sebaiknya," katanya.
Selain Akta Penggal Tetap Parlimen dan Peruntukan Pembangunan Sama Rata, Bersih turut menggesa dirangkul beberapa agenda reformasi lain terutamanya Reformasi Pilihan Raya dan SPR, pemisahan bidang kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Akta Perkhidmatan Parlimen serta Akta Pembiayaan Dana Politik.
Astro Awani
Sun Jan 14 2024
Bersih berkata, pihaknya sebelum ini telah beberapa kali membuat gesaan yang sama bagi menstabilkan politik Malaysia. - Gambar hiasan
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Bersih sokong Akta Penggal Tetap Parlimen, dapat jamin kestabilan politik
Bersih menyokong penggubalan Akta Penggal Tetap Parlimen yang dapat menjamin penggal Parlimen kekal hingga habis tempoh iaitu sehingga 18 Disember 2027 sekali gus memastikan kestabilan politik negara