MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Anwar berkata dasar-dasar seperti Transformasi Digital, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NTER) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 membantu pelabur melihat kekuatan yang ada pada negara.
"Malaysia sekarang dengan pelaburan (seperti) Infineon, Nvidia dan puluhan lagi, memerlukan 30,000 jurutera yang tak dapat kita isi sepenuhnya.
"Maka, tumpuan ibu bapa dan anak-anak Melayu mestilah di lapangan sains dan matematik dan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) yang diusahakan secara gigih oleh (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri (Ahmad) Zahid (Hamidi) untuk meningkatkan keupayaan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini malam ini.
Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Justeru, Anwar menyeru semua pihak di seluruh peringkat agar dapat melakukan perubahan sikap dan minda bagi mengelakkan negara terus ketinggalan daripada pelbagai segi.
"Saya benar-benar mengharapkan ada perubahan sikap dan minda ... kalau tidak, kita akan ketinggalan kerana kita bertempur dalam hal-hal yang titik bengik (remeh), berlarutan bergaduh dalam hal-hal kecil, meninggalkan hal pokok dan kita akan ketinggalan bukan sahaja dalam kalangan kaum yang bersaing tapi juga negara-negara maju.
"Saya tak mahu rakyat kita tertinggal kerana bergelut dalam hal-hal yang remeh dan kita akan tewas dan kalah dalam persaingan ini," katanya.
Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan berhasrat untuk menubuhkan fakulti baharu berteraskan kecerdasan buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hasil pertemuannya dengan sebuah syarikat berpangkalan di Taiwan sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini. - Foto BERNAMA

Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dirampas
Dua lelaki ditahan di sebuah rumah teres di kawasan perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga kanabis seberat kira-kira 42 kilogram (kg).
Suruhanjaya Kredit Pengguna diharap tingkat keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Suruhanjaya Kredit Pengguna yang akan diwujudkan diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan. Tambah Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof, suruhanjaya berkenaan juga diharap dapat menyeleraskan kontrak pembelian demi melindungi pengguna. #DialogPoketRakyat
RUU Kredit Pengguna selia semua pembelian secara kredit oleh pengguna - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna dijangka akan memusatkan semua perundangan dan kuasa penyeliaan bagi transaksi pembelian secara kredit oleh pengguna di bawah satu agensi persekutuan. Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan pula berharap RUU ini akan menyelia semua institusi kewangan dibawah naungan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). #DialogPoketRakyat
BNPL banyak perangkap hutang, promosi jualan dan kontrak tidak jelas - Penganalisis
Skim Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) yang ditawarkan mempunyai pelbagai perangkap hutang kepada pengguna. Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata perangkap tersebut dalam bentuk kadar kredit yang tinggi. Bagi Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof pula perangkap itu dalam bentuk promosi yang menggiurkan. Manakala Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan berkata perangkap tersebut melibatkan kontrak jualan atau pinjaman yang sukar difahami pengguna. #DialogPoket Rakyat

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.

MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangani isu ketagihan media sosial yang luar biasa.

Malaysia menuju tenaga nuklear? Ini 5 faktor perlu diberi perhatian
Malaysia sedang mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif, tetapi sebelum direalisasikan, ada beberapa faktor penting yang perlu diambil kira.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.

MH370: 11 tahun berlalu, mungkinkah misteri terungkai?
Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Menteri, timbalan menteri ucap selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025
Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.

Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza, sifatkan sebagai pembersihan etnik - Mohamad
Malaysia menentang keras cadangan untuk mengilhakkan Gaza, menyifatkannya sebagai bentuk "pembersihan etnik" dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Tujuh aspek penting yang membentuk masa depan semikonduktor Malaysia
Dengan ketidaktentuan geopolitik, perubahan rantaian bekalan global, serta peningkatan pelaburan asing, Malaysia mempunyai peluang luar biasa untuk menjadi pemain utama dalam sektor ini.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.