KULAI: Selepas berteka-teki tentang jumlah kerusi yang ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, malam ini Parti Warisan mengumumkan kerusi pertama mereka iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu.
Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, bilangan dan kerusi selebihnya yang akan ditandingi, akan beliau umumkan sebelum hari penamaan calon yang berbaki tiga hari lagi.
Selain itu, Ahli Parlimen Semporna itu berkata, hasrat Warisan bukan untuk membentuk kerajaan negeri, tetapi mahu memberi pilihan kepada rakyat Johor, selain mahu menjadi suara pembangkang yang kuat.
"Kita akan bertanding dalam Johor, mungkin tidak banyak kerusi, tetapi sasaran kita adalah untuk menjadi pembangkang yang kuat di Johor. Kita akan mulakan kebangkitan rakyat di negeri ini sebelum kita sasarkan untuk menubuhkan kerajaan di peringkat pusat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
"Dengan itu, Warisan akan bertanding di DUN Bukit Batu, pengundi di sini tidak perlu risau kerana calon kita adalah calon tempatan dan orang muda, bukan orang Sabah," katanya lagi.
Selain itu Mohd Shafie berkata, Warisan akan meletakkan semua muka baharu sebagai calon, biarpun ada pemimpinnya merupakan bekas penyandang kerusi di Johor.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jamuan Makan Malam Tahun Baharu Cina 2022 anjuran Warisan, di sini malam ini.
Untuk rekod, DUN Bukit Batu yang terletak dalam Parlimen Kulai, dimenangi oleh Jimmy Puah Wee Tse dari Parti Keadilan Rakyat, dengan majoriti 10,057 undi.
Sebelum ini, bayangan yang diperoleh tentang kerusi intaian Warisan, adalah berdasarkan pergerakan bekas Ketua Menteri Sabah itu, seperti di DUN Johor Jaya, DUN Bekok, dan DUN Permas.
Difahamkan Mohd Shafie akan mengumumkan senarai penuh calon Warisan sehari sebelum hari penamaan calon, iaitu pada Jumaat ini (25 Feb).
Dalam pada itu, beliau berkata, andaian bahawa Warisan tidak sepatutnya bertanding di luar Sabah adalah kenyataan dangkal, dan tidak menggambarkan semangat majmuk di negara ini.
“Kalau DAP yang pemimpinnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng boleh bertanding di Sarawak, kalau Pas yang datang dari Kelantan, boleh ada di Putrajaya, takkan Warisan dan Shafie yang dari Sabah, tidak boleh berada di Johor?
“Orang Melayu tidak mati akan kalau tak undi keris, Islam tidak mati kalau tidak undi bulan, Cina tidak mati kalau tak undi roket, jadi rakyat jangan terpedaya dengan bendera dan logo, sebaliknya ukur manusia daripada amalan mereka," katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Feb 23 2022
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, bilangan dan kerusi selebihnya yang akan ditandingi, akan beliau umumkan sebelum hari penamaan calon yang berbaki tiga hari lagi. - Foto Astro AWANI
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Khazanah diberi amanat rangka pelan wajah baharu Kuala Lumpur
Khazanah Nasional Berhad diberi amanat untuk merangka satu pelan wajah baharu Kuala Lumpur dengan usaha pembangunan namun mengekalkan warisan sejarah ibu negara tersebut.
Tokoh Wayang Kulit, Mukhti Mohd diiktiraf sebagai Tukang Cerita Storyteller Guild
Mukhti, 80 tahun, giat menjalankan aktiviti Wayang Kulit Jawa sejak berumur 15 tahun ini merupakan satu-satunya Tok Dalang di Kampung Sg Nibong.
GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.
PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mohamad
Keputusan sama ada BN bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada PRN Sabah akan diputuskan di peringkat pusat.
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal
Hajiji menafikan kerajaan GRS dan Pakatan Harapan (PH) (GRS PH Plus) pimpinannya, gagal mentadbir dan membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.
Benarkah Tahun Melawat Perak hambar?
Ramai yang membandingkan TMP2024 dengan Tahun Melawat Melaka dan Tahun Melawat Perlis yang juga berjalan serentak pada tahun sama.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
UMNO Sabah, Warisan beri gambaran wujud kerjasama menuju PRN
Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, UMNO Sabah dan Parti Warisan (Warisan) dilihat bakal mewujudkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).