ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menempelak tindakan seorang menteri yang menyatakan bahawa isu membabitkan kekerapan perjalanan feri ke Pulau Langkawi akan diselesaikan sekiranya kerajaan negeri pimpinannya ditukar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Menurut Sanusi, kuasa membabitkan perkhidmatan feri, mendalamkan alur pelayaran, pembinaan lapangan terbang atau pembaikan stesen kereta api adalah di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan dan bukannya kerajaan negeri.
Sehubungan itu, tegasnya, perkara itu perlu dilaksana dan diselesaikan melibatkan agensi di peringkat Persekutuan tanpa mengira status kerajaan negeri 'selari' ataupun tidak.
"(Dua tiga hari lepas), ada menteri sebut kalau tukar kerajaan (negeri dalam PRN), laut (mereka) hendak (korek) bagi dalam (supaya) feri boleh lalu 15 kali sehari.
"Saya hendak beritahu di sini bahawa perkhidmatan feri, jeti, stesen kereta api, lapangan terbang, 100 peratus bawah Kementerian Pengangkutan (MOT), kalau di bawah Persekutuan, tidak perlu tukar kerajaan (negeri) pun boleh (laksanakan) benda itu.
"Saya tidak tahu dia tahu atau tidak, itu memang petak (tugasan) dia, kalau kata saya nak buat petak (tugas) itu (memang) tidak boleh, kerajaan negeri hendak korek laut supaya feri lalu banyak kali tidak boleh kerana ia petak (tugas) 'federal'," katanya.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Rabu.
Dalam perkembangan berasingan, beliau menyatakan bahawa tidak terlalu teruja dengan pengumuman membabitkan peruntukan RM1.6 bilion yang dibuat Perdana Menteri kepada negeri Kedah pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Alor Setar, Sabtu lalu.
Jelasnya, perkara yang diumumkan hanya inisiatif lama yang terkandung dalam Rolling Plan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dan diumumkan semula oleh Ahli Parlimen Tambun itu.
Pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu gangguan bekalan air di Kedah sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan nanti.
Beliau turut memberikan jaminan penyelesaikan kepada beberapa isu lain seperti kekerapan perjalanan feri ke Pulau Langkawi serta isu perumahan di negeri Jelapang Padi itu.
Abd Hadi Che Awang
Wed May 03 2023
![PRN: Isu perjalanan feri 'petak' Kerajaan Persekutuan, bukan negeri- Sanusi PRN: Isu perjalanan feri 'petak' Kerajaan Persekutuan, bukan negeri- Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675245894_TNMBKEDAH.jpg)
Tegas Sanusi, kuasa membabitkan perkhidmatan feri, mendalamkan alur pelayaran, pembinaan lapangan terbang atau pembaikan stesen kereta api adalah di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan dan bukannya kerajaan negeri. - Fail/Astro AWANI
![Enam jam kaki tersepit di batu sungai Enam jam kaki tersepit di batu sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720387834_LelakiTersepit.jpg)
Enam jam kaki tersepit di batu sungai
Mangsa telah dihantar ke Klinik Kuala Balah untuk mendapatkan rawatan.
![Lelaki maut motosikal rempuh kereta Lelaki maut motosikal rempuh kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720387781_LelakiMaut.jpg)
Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
![Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720392435_Frenchparliamentary.jpg)
Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis
Gabungan baharu New Popular Front iaitu parti berhaluan tengah dan kiri Perancis memenangi kerusi terbanyak dalam pusingan kedua undi.
![Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712406184_GobindSinghDeo.jpg)
Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian
Pindaan Akta 709 tidak mempengaruhi satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti pemipuan dalam talian.
![Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720360493_TBBukitMerah.jpg)
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Kerajaan negeri tambah kekerapan pendaratan feri di jeti ICQS Melaka Kerajaan negeri tambah kekerapan pendaratan feri di jeti ICQS Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658903851_TBRAUF.jpg)
Kerajaan negeri tambah kekerapan pendaratan feri di jeti ICQS Melaka
Kerajaan negeri akan menambah kekerapan feri mendarat di jeti Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka.
![LIMA '23: Pengendali syarikat penerbangan, feri diminta tambah perjalanan ke langkawi LIMA '23: Pengendali syarikat penerbangan, feri diminta tambah perjalanan ke langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684049594_AnthonyLoke.jpg)
LIMA '23: Pengendali syarikat penerbangan, feri diminta tambah perjalanan ke langkawi
Kementerian Pengangkutan (MoT) meminta supaya pengendali syarikat penerbangan dan feri menambahkan jumlah perjalanan ke Langkawi, Kedah bagi menampung kapasiti pengunjung sempena LIMA '23.
![PRN: Isu perjalanan feri 'petak' Kerajaan Persekutuan, bukan negeri- Sanusi PRN: Isu perjalanan feri 'petak' Kerajaan Persekutuan, bukan negeri- Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675245894_TNMBKEDAH.jpg)
PRN: Isu perjalanan feri 'petak' Kerajaan Persekutuan, bukan negeri- Sanusi
Sanusi menempelak tindakan seorang menteri yang menyatakan bahawa isu membabitkan kekerapan perjalanan feri ke Pulau Langkawi akan diselesaikan sekiranya kerajaan negeri pimpinannya ditukar dalam PRN.