Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata pencalonan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar tidak melanggar hukum Islam mahupun batas sebagai orang Melayu.
Beliau berkata meskipun Mastura masih berada di dalam tempoh edah selepas kematian suaminya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang juga penyandang kerusi itu, pencalonan Mastura bukanlah satu masalah.
"Dia baru kematian suami, dia di dalam edah, edah kematian suami adalah selama empat bulan 10 hari jadi dia tidak boleh keluar rumah kecuali atas sesuatu yang berhajat.
"Contoh, dia dibenarkan keluar kalau dia seorang yang mencari nafkah, seorang ahli perniagaan untuk menguruskan perniagaan, sakit untuk ke hospital, (mengajar) kalau dia seorang guru, selain daripada itu haram. Dia boleh jadi calon tapi tidak boleh keluar dan tidak boleh kempen," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kedudukan Mastura sebagai calon dan masih dalam edah, selepas melancarkan Radio Nurul Quran Nusantara di Dewan Kuliah Masjid Sultan Azlan Shah, di sini hari ini.
Harussani berkata Mastura boleh menerima kehadiran orang ramai yang ingin menziarahnya tetapi beliau perlu berpakaian ihdad iaitu berpakaian hitam dan tanpa perhiasan diri.
Mastura merupakan lulusan undang-undang universiti terkemuka Lincoln's Inn di United Kingdom dan pernah bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun.
Ibu kepada empat anak itu juga bergiat dalam dunia politik dan menjadi Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga.
Dalam pada itu, Harussani menasihatkan semua parti politik berkempen secara berhemah sepanjang bulan Ramadan ini.
"Boleh berkempen tetapi jangan menjatuhkan orang ... kempen semasa dalam puasa itu tidak lengkap kalau kita tidak menjaga lidah, mata, teliga dan anggota lain," katanya.
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Ia menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mastura, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, Naib Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Bernama
Sun Jun 05 2016
![PRK Kuala Kangsar: Mastura tidak langgar hukum Islam - Mufti Perak PRK Kuala Kangsar: Mastura tidak langgar hukum Islam - Mufti Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81453533646_Harussani.jpg)
HARUSSANI: Meskipun Mastura masih di dalam tempoh edah selepas kematian suaminya, pencalonan Mastura bukanlah satu masalah.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
![Sultan Nazrin perkenan lantik Wan Zahidi sebagai Mufti Perak Sultan Nazrin perkenan lantik Wan Zahidi sebagai Mufti Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655453997_TBWANZAHIDI.jpg)
Sultan Nazrin perkenan lantik Wan Zahidi sebagai Mufti Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai Mufti Negeri Perak.
![Pelantikan mufti prerogatif Sultan Perak - Menteri Besar Pelantikan mufti prerogatif Sultan Perak - Menteri Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625821502_SaaraniMohamad.jpg)
Pelantikan mufti prerogatif Sultan Perak - Menteri Besar
sebelum membuat pelantikan tersebut, sudah pasti Sultan Nazrin mengambil kira semua pandangan dan nasihat, kata Datuk Seri Saarani Mohamad.
![Anak sulung Allahyarham Harussani meninggal dunia akibat COVID-19 Anak sulung Allahyarham Harussani meninggal dunia akibat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629087229_AAbdulHakimMazhar.jpg)
Anak sulung Allahyarham Harussani meninggal dunia akibat COVID-19
A Abdul Hakim Mazhar, 54, anak sulung kepada bekas Mufti Perak, meninggal dunia pagi tadi akibat COVID-19.
![Allahyarham Harussani sentiasa sembah pandangan, nasihat - Sultan Perak Allahyarham Harussani sentiasa sembah pandangan, nasihat - Sultan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620829105_SultanNazrinShah.jpg)
Allahyarham Harussani sentiasa sembah pandangan, nasihat - Sultan Perak
Sultan Nazrin mendoakan waris, anggota keluarga dan sabahat handai Allahyarham menghadapi saat duka dan hiba ini dengan penuh keredaan dan ketabahan.
![Allahyarham Harussani berpegang pada prinsip, berani - Timbalan Mufti Perak Allahyarham Harussani berpegang pada prinsip, berani - Timbalan Mufti Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71622409451_MUFTIPERAKTIMBALAN.jpg)
Allahyarham Harussani berpegang pada prinsip, berani - Timbalan Mufti Perak
Pemergian Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria merupakan kehilangan besar buat umat Islam di negara ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61622044766_BTP.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Mei 2021.
![Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mufti Perak Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mufti Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71622385924_takziah.jpg)
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mufti Perak
Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi hari ini, menyatakan Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham.
![Jasa, sumbangan Allahyarham Harussani sangat besar - Zulkifli Jasa, sumbangan Allahyarham Harussani sangat besar - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622378700_DrZulkifli.jpg)
Jasa, sumbangan Allahyarham Harussani sangat besar - Zulkifli
Berdekad lamanya Allahyarham Tan Sri Harussani begitu istiqamah dalam perjuangan Islam.
![Mufti Perak beransur pulih, dipindah ke wad biasa Mufti Perak beransur pulih, dipindah ke wad biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-01/81453533646_Harussani.jpg)
Mufti Perak beransur pulih, dipindah ke wad biasa
Mufti Perak Tan Sri Harusssani Zakaria yang sebelum ini dirawat di ICU di Hospital Pakar KPJ Ipoh , kini sudah dipindahkan ke wad biasa dan semakin pulih dan stabil berbanding sebelumnya.
![Umat Islam perlu bina semula tamadun agung - Ulama dunia Umat Islam perlu bina semula tamadun agung - Ulama dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51551784799_CrescentSymbol.jpg)
Umat Islam perlu bina semula tamadun agung - Ulama dunia
Islam bukanlah semata-mata agama yang tersebar, sebaliknya ia adalah agama yang menghimpunkan akidah, syariah dan manhaj kehidupan.