Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ Ipoh, di sini kini sudah dipindahkan ke wad biasa setelah semakin pulih dan stabil berbanding sebelumnya.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri, Mohd Akmal Kamarudin, pihaknya dimaklumkan berhubung perkembangan terkini itu oleh Jabatan Mufti Negeri Perak.
Ujarnya lagi, lawatan atau ziarah sudah dibenarkan namun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak hospital.
"Beliau dipantau rapi oleh Pakar Perubatan dan Neurologi, Datuk Dr Zakaria Abdul Kadir, keadaannya bertambah baik dan beliau sudah boleh respon serta faham apa yang kita cakap.
"Tetapi masih belum mampu berinteraksi balik dengan kita, bagaimanapun beliau faham. Sebelah bahagian badannya sudah boleh digerakkan, beliau dipindahkan ke wad biasa beberapa hari lepas.
"Jangkaan bila Mufti boleh daftar keluar dari hospital masih belum diketahui, sudah boleh melawat (Mufti) tetapi kena patuh SOP dan kalau boleh bagi peluang kepada Mufti untuk rehat secukupnya," katanya.
BACA: Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke hospital akibat strok
Mohd Akmal berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pematuhan Halal Negeri Perak 2020 di Dewan Saidina Omar Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) Ipoh pada Khamis.
Sebelum ini media melaporkan keadaan Harussani, 81, lemah pada bahagian badan sebelah kanan dan mengalami kesukaran untuk bercakap akibat serangan strok selepas solat Subuh.
Pakar Perubatan dan Neurologi Datuk Dr Zakaria Abdul Kadir sebelum ini berkata, Harussani sudah mula menunjukkan respon positif selepas dirawat di ICU dan diberi rawatan strok untuk mengembalikan semula perjalanan darahnya.
Aida Aziz
Thu Sep 03 2020
Lawatan atau ziarah sudah dibenarkan namun perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak hospital. - Gambar fail
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Mufti Perak beransur pulih, dipindah ke wad biasa
Mufti Perak Tan Sri Harusssani Zakaria yang sebelum ini dirawat di ICU di Hospital Pakar KPJ Ipoh , kini sudah dipindahkan ke wad biasa dan semakin pulih dan stabil berbanding sebelumnya.