Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin, di sini, hari ini.
Mastura, 55, yang ditemani isteri timbalan perdana menteri Datin Seri Hamidah Khamis, ibu mentua Mastura, Rahmah Abdullah serta dua anaknya - Wan Iskandar Wan Mohammad Khair-il Anuar dan Wan Muhammad Amar, tiba pada 8.30 pagi di pusat mengundi berkenaan.
Beliau yang berpakaian jubah berwarna hitam turut beratur dan beramah mesra dengan pengundi lain di saluran tiga dan dilihat selesai mengundi jam 8.38 pagi.
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga suami Mastura, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei.
PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mastura, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Tiga lagi calon itu tidak berdaftar sebagai pengundi di kawasan Kuala Kangsar.
Sebanyak 32,949 orang layak mengundi (termasuk 312 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir (luar negara) pada PRK itu.
Sebanyak 23 pusat mengundi dengan 69 saluran mengundi untuk PRK itu dibuka bermula 8 pagi ini dan akan ditutup pada 5 petang.
Bernama
Sat Jun 18 2016
![PRK Kuala Kangsar: Mastura mengundi di SK Raja Perempuan Muzwin PRK Kuala Kangsar: Mastura mengundi di SK Raja Perempuan Muzwin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466215622_PRKKualaKangsar.jpg)
Mastura melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada PRK Parlimen Kuala Kangsar di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin. -Astro AWANI
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
![Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie' Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723720409_TBmaut.jpg)
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
![PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723451938_TBMohdAzizi.jpg)
PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan
Mohd Azizi menarik balik rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan injunksi sementara bagi menghentikan PRK Nenggiri.
![Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723720349_Kebumi.jpg)
Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
![Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
![Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717543_tbAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723717873_BadrAbdelatty.jpg)
Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza
Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.
![PRK Kemaman: BN sedia hadapi sesiapa sahaja - Ahmad Zahid PRK Kemaman: BN sedia hadapi sesiapa sahaja - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699951548_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Kemaman: BN sedia hadapi sesiapa sahaja - Ahmad Zahid
BN sedia berhadapan sesiapa sahaja yang dicalonkan parti lawan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu.
![PRK: Jangan pilih calon yang 'jauhkan' Pelangai - Mohamed Khaled PRK: Jangan pilih calon yang 'jauhkan' Pelangai - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688281872_KhaledNordin.jpg)
PRK: Jangan pilih calon yang 'jauhkan' Pelangai - Mohamed Khaled
Pengundi pada PRK bagi DUN Pelangai dinasihat agar tidak memilih wakil rakyat yang 'menjauhkan' kawasan itu dengan agenda kerajaan.
![Bekas calon BN didakwa 77 tuduhan perdaya jual tanah, rumah Bekas calon BN didakwa 77 tuduhan perdaya jual tanah, rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687500727_TBHAMIDAHTAIPING.jpg)
Bekas calon BN didakwa 77 tuduhan perdaya jual tanah, rumah
Bekas calon PRU15 didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan di Taiping atas 77 pertuduhan memperdaya empat orang guru berhubung pembelian tanah dan rumah tidak wujud, kerugian lebih RM350,000.
![PRU15: Azlan Man gagal pertahan kerusi DUN Bintong PRU15: Azlan Man gagal pertahan kerusi DUN Bintong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668058708_PRUAzlanManca.jpg)
PRU15: Azlan Man gagal pertahan kerusi DUN Bintong
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, Datuk Seri Azlan Man gagal mempertahankan kerusi itu selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Fakhrul Anwar Ismail.
![[RASMI] PRU15: Mohamad Alamin pertahan Kimanis [RASMI] PRU15: Mohamad Alamin pertahan Kimanis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646981196_MohamadAlamin.jpg)
[RASMI] PRU15: Mohamad Alamin pertahan Kimanis
Mohamad yang juga penyandang Parlimen Kimanis berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![PRU15: Tengku Zafrul tumpu kempen secara bersih, fokus isu rakyat PRU15: Tengku Zafrul tumpu kempen secara bersih, fokus isu rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667724633_ZAFRUL.jpg)
PRU15: Tengku Zafrul tumpu kempen secara bersih, fokus isu rakyat
Tengku Zafrul berkata beliau enggan bermain politik kotor dan memfokuskan untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secara sihat.
![PRN Johor: Senarai calon BN diumum Khamis ini - Hasni PRN Johor: Senarai calon BN diumum Khamis ini - Hasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636168671_benderabarisan.jpg)
PRN Johor: Senarai calon BN diumum Khamis ini - Hasni
BN akan tampilkan 30 peratus calon muka baharu dengan kombinasi lama dan baharu dalam Pilihan Raya Negeri Johor, kata Hasni Mohammad.
![Aktivis masyarakat pilihan BN untuk PRK Semenyih Aktivis masyarakat pilihan BN untuk PRK Semenyih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41550141282_calonBN.jpg)
Aktivis masyarakat pilihan BN untuk PRK Semenyih
Zakaria Hanafi dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
!['Kenapa pembangkang pertikai halangan masuk Sarawak?' - Bastien 'Kenapa pembangkang pertikai halangan masuk Sarawak?' - Bastien](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460720510_Bastien.jpg)
'Kenapa pembangkang pertikai halangan masuk Sarawak?' - Bastien
Mana-mana pemimpin pembangkang diminta tidak mempertikaikan tindakan Kerajaan Sarawak yang menyekat kemasukan beberapa wakil mereka yang mempunyai pengaruh negatif ke negeri itu.
![Halangan pemimpin pembangkang masuk Sarawak tidak akan ditarik semula - Adenan Halangan pemimpin pembangkang masuk Sarawak tidak akan ditarik semula - Adenan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51460448403_PRNSarawak.jpg)
Halangan pemimpin pembangkang masuk Sarawak tidak akan ditarik semula - Adenan
Keputusan menghalang kemasukan itu, menurut Adenan, diambil demi menjaga keharmonian negeri Sarawak.