Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut di Sarawak.
Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata keputusan itu adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada Sabtu lepas yang mengekalkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.
"Notis Pemakluman mengenai pembatalan PRK N.74 Pujut akan dipamerkan oleh pegawai pengurus pilihan raya di Dewan Suarah Miri dan Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya hari ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat khas SPR hari ini mengenai status proses PRK DUN Pujut susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching membatalkan keputusan DUN Sarawak yang melucutkan keanggotaan Dr Ting sebagai ADUN Pujut.
"Mesyuarat khas hari ini memutuskan bahawa proses PRK tersebut dan tarikh-tarikh yang ditetapkan sebelum ini adalah terbatal sejajar dengan keputusan mahkamah itu," kata Hashim.
SPR sebelum ini menetapkan 20 Jun sebagai tarikh penamaan calon dan 4 Julai sebagai hari mengundi bagi kerusi itu.
Pada 12 Mei lepas, Dr Ting dilucutkan kelayakan sebagai ADUN Pujut kerana beliau didakwa pernah memegang dua kewarganegaraan (Malaysia dan Australia) selepas usul itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh dan diluluskan dengan undi 70-10.
Pelucutan keanggotaan Dr Ting menyebabkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Pujut.
Pada 7 Jun lepas, Dr Ting memfailkan saman pemula bagi mencabar keputusan DUN itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2017

Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata keputusan itu adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada Sabtu lepas yang mengekalkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut. - Foto Bernama

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.

Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.

Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.