Sembilan pusat pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka ditutup 5 petang ini.
Sembilan pusat berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gajah, SK Sabak, SK Parang Puting, SK Kem, SK Che Deris, SK Seri Chempaka, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badang, SMK Pengkalan Chepa, dan Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'ishah Putri Chempaka.
Kesemua pusat pengundian itu dibuka mulai pukul 8 pagi ini.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), keputusan rasmi PRK itu dijangka diumumkan 9.30 malam ini.
PRK DUN Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.
PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.
Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59, Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.
PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Feb lepas.
Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada PRK ini bagi memberi tumpuan kepada kerja pemulihan pasca banjir setelah Kelantan dilanda banjir luar biasa pada Disember lepas.
Bernama
Sun Mar 22 2015
Sembilan pusat pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka ditutup 5 petang ini. - Foto Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Adakah Nik Omar 'game changer' politik Kelantan?
Gelombang atau tidak, semuanya terserah kepada tangan 1.05 juta pengundi di Kelantan, untuk terjemah suara dan hasrat mereka ke kertas undi.
Kenyataan melampau terhadap Nik Omar adalah tindakan keterlaluan - Tuan Ibrahim
Pas tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana individu yang bukan pemimpin utama parti.
Adakah haruman Chempaka bakal berubah?
Cerapan rakan strategik Data Raya Astro AWANI, Berkshire Media Sdn Bhd mengenai langkah 'mengejut' anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.
Anak Allahyarham Nik Aziz buat kejutan di DUN Chempaka
Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Muhammed Omar membuat kejutan di hari penamaan calon apabila muncul menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding.
PRK Chempaka: Ahmad Fathan harap dapat galas tanggungjawab dengan baik
Bendahari PAS kawasan Pengkalan Chepa berjaya tewaskan empat calon Bebas dengan majoriti 10,090 undi.
PAS pertahankan kerusi DUN Chempaka dengan majoriti 10,092 undi
Pengumuman kemenangan calon PAS tersebut dibuat oleh Pegawai Pengurus PRK Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris, kira-kira jam 9 malam tadi.
PRK DUN Chempaka: 55 peratus keluar mengundi - SPR
SPR menganggarkan sejumlah 55 peratus daripada 21,890 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.
PRK DUN Chempaka: Pusat mengundi ditutup, keputusan dijangka 9.30 malam
Sembilan pusat pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka ditutup 5 petang ini.
Calon PAS dicabar empat calon Bebas di PRK DUN Chempaka
PRK DUN Chempaka pada 22 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.
Ahmad Fathan Mahmood calon PAS PRK DUN Chempaka
Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, calon parti PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac depan.