PAS mengumumkan Setiausaha Urusan Ulama kawasan Pengkalan Chepa, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac depan.
Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di hadapan kira-kira 500 penyokong parti itu di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, malam ini.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengarah Bersama Jentera dan Operasi PAS Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan Abdul Aziz Abdul Kadir.
Ahmad Fathan, 42, merupakan timbalan pengetua dan pensyarah di Institut Dakwah Islamiah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kota Baharu.
Beliau berkelulusan Sarjana Syariah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur selain pernah menuntut dalam jurusan Talaqqi Kitab dan Mustami' di Damaskus, Syria dan Sarjana Muda Syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.
Anak jati Kampung Baung, Pengkalan Chepa itu adalah antara tiga calon yang disenarai pendek oleh PAS Kelantan selepas proses pemilihan parti minggu lepas.
Antara nama lain yang disebut-sebut sebagai calon termasuklah peguam syarie Nik Baharom Nik Abdullah yang juga Anggota Jawatankuasa Teknikal Hudud Negeri Kelantan.
Seorang lagi calon yang disenarai pendek oleh PAS Kelantan bagaimanapun tidak didedahkan.
PRK DUN Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razak Wan Abdul Razak dengan 6,500 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Chempaka pada 22 Mac manakala hari penamaan calon pada Selasa ini.
Bernama
Mon Mar 09 2015

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di hadapan kira-kira 500 penyokong parti itu di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, malam ini.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

PRK Chempaka: Ahmad Fathan harap dapat galas tanggungjawab dengan baik
Bendahari PAS kawasan Pengkalan Chepa berjaya tewaskan empat calon Bebas dengan majoriti 10,090 undi.

PAS pertahankan kerusi DUN Chempaka dengan majoriti 10,092 undi
Pengumuman kemenangan calon PAS tersebut dibuat oleh Pegawai Pengurus PRK Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris, kira-kira jam 9 malam tadi.

Ahmad Fathan Mahmood calon PAS PRK DUN Chempaka
Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, calon parti PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac depan.