Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, menyifatkan langkah kerajaan Persekutuan mewujudkan portfolio baharu dan khas untuk menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak, amat tepat pada masanya.
Beliau berkata pelantikannya yang mewakili masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak akan memperkukuhkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.
"Ia juga akan membuka peluang mengetengahkan isu dan masalah rakyat di dua negeri itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia, di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di sini.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong tidak menafikan tanggungjawab menerajui kementerian itu, adalah berat dan pelbagai isu perlu diselesaikan.
"Kami akan terus kerja kuat dan kami akan teliti kesinambungan kerja yang ditinggalkan (oleh menteri terdahulu) dan semak apa yang akan dilakukan selepas ini," katanya.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan pula berkata beliau memandang serius isu melibatkan golongan belia B40, yang tercicir daripada peluang pekerjaan selain akan berusaha mencari formula kepada masalah pengangguran di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan yang pertama kali dilantik sebagai menteri, ketika ditemui melahirkan tekad untuk berkerja keras dengan memberikan khidmat terbaik untuk rakyat.
"Sekarang masa untuk kami bekerja dalam satu pasukan yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Jadi saya hendak tumpu kepada kerja sekarang," katanya.
Bagi Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri pula, beliau optimis kementeriannya bersama agensi terlibat akan menemui formula untuk merangsang semula industri pelancongan negara yang terjejas akibat COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 10 2020

Ongkili berkata pelantikannya yang mewakili masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak akan memperkukuhkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara majmuk. - Gambar BERNAMA

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, HAB MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

JKNS lancar kod QR Kempen Keselamatan Makanan sempena Ramadan
Menerusi penggunaan QR itu, sebarang aduan di bawah kawal selia JKNS akan disampaikan terus untuk tindakan lanjut.
Serangan pengganas: 12 maut termasuk 7 kanak-kanak di Pakistan
Sekurang-kurangnya 12 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak maut selepas dua pengebom berani mati memandu kenderaan yang dipenuhi bahan letupan ke sebuah kemudahan keselamatan di barat laut Pakistan, pada Selasa.
Parlimen Serbia: Kecoh ahli Parlimen lempar bom asap, sembur gas pemedih mata di Parlimen
Ahli parlimen pembangkang Serbia mencetuskan kekecohan dalam sesi parlimen pada Selasa dengan melempar bom asap dan menggunakan gas pemedih mata sebagai tanda protes terhadap kerajaan serta menyokong demonstrasi pelajar yang sedang berlangsung.

Ongkili harap MA63 dapat diselesaikan dalam tempoh 6 bulan
Beliau berkata mesyuarat Kabinet Persekutuan pertama pada Rabu turut membincangkan tentang MA63 dan berharap kerajaan baharu pimpinan Perikatan Nasional dapat menangani isu tersebut tidak lama lagi.

Portfolio khas untuk Sabah, Sarawak tepat pada masanya - Ongkili
Beliau berkata pelantikannya yang mewakili masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak akan memperkukuhkan lagi Malaysia sebagai negara majmuk.

Guna Akta 655 jika isu ambil alih air gagal dimuktamadkan
Kerajaan persekutuan sedia menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Air 2006 (Akta 655) sekiranya perjanjian utama pengambilalihan konsesi air antara kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluaran Air Selang

Rebat tarif elektrik Semenanjung, Sabah dan Labuan kekal
Kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak RM1.303 bilion untuk menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada Semenanjung bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Rebat tarif elektrik Semenanjung, Sabah dan Labuan kekal
Bagi Sabah dan Labuan pula, rebat sebanyak 1.20 sen/kWj turut dinikmati pengguna kategori sama.