Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, berharap isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
Beliau berkata mesyuarat Kabinet Persekutuan pertama pada Rabu turut membincangkan tentang MA63 dan berharap kerajaan baharu pimpinan Perikatan Nasional dapat menangani isu tersebut tidak lama lagi.
"Kerajaan terdahulu cuba meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan tetapi gagal dan saya harap isu MA63 dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini sejurus tiba dari Kuala Lumpur pada Khamis.
Ahli Parlimen Kota Marudu berkata kegagalan kerajaan terdahulu adalah disebabkan tiada butiran terperinci mengenai terma dimasukkan dalam MA63 dan membiarkan ia untuk tafsiran.
Ongkili, yang juga presiden Parti Bersatu Sabah, berkata selain isu MA63, beliau juga akan memberi tumpuan kepada isu pendatang tanpa izin di Sabah termasuk soal dokumentasi warga asing di negeri itu.
Katanya, beliau turut memaklumkan kepada Menteri Dalam Negeri yang baharu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa isu pendatang tanpa izin perlu diselesaikan menerusi perbincangan secara telus dan terbuka.
"Saya bersemangat dan yakin kita boleh mencapai sesuatu yang boleh kita banggakan untuk Sabah dan Sarawak dengan penyelesaian masalah serta menyelaras semua projek pembangunan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk kedua-dua negeri ini," katanya.
Ongkili berkata tumpuannya yang lain adalah aspek peruntukan kewangan di mana 40 peratus hasil daripada Sabah atau Sarawak dikutip oleh kerajaan persekutuan harus dikembalikan ke negeri tersebut.
"Saya berharap apabila semua masalah dan halangan ini diatasi, Malaysia akan muncul lebih kuat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 12 2020

Ongkili berkata tumpuannya yang lain adalah aspek peruntukan kewangan di mana 40 peratus hasil daripada Sabah atau Sarawak dikutip oleh kerajaan persekutuan harus dikembalikan ke negeri tersebut. - Gambar fail
'Saya tak paham kenapa mereka tepuk' - YB Paya Besar
Pindaan telah menunjukkan untuk membuat sesuatu rang undang-undang perkhidmatan Parlimen. Pindaan kepada Perlembagaan antara perkara asas yang perlu dilakukan. Hak sesama pembuat undang-undang harus dihormati antara kedua-dua pihak jelas YB Besut. #AWANInews

RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut direkodkan - MOF
Individu atau waris yang berhak boleh mengemukakan permohonan tuntutan secara atas talian menerusi portal rasmi eGUMIS.

Jabatan Penjara kesan sindiket minta wang untuk makanan istimewa penghuni
Kegiatan itu dikesan setelah pihak Jabatan Penjara menerima beberapa aduan daripada mangsa yang menerima pesanan ringkas tersebut.

Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas empat hari catat penurunan
Pada pukul 9.40 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.06 mata atau 0.65 peratus kepada 1,565.72 daripada 1,555.66 ketika ditutup semalam.
Kepakaran dari India dalam mengendalikan gajah sejak 1970an - Nik Nazmi
PERHILITAN telah mendapatkan latihan kepakaran dari India untuk mengendalikan gajah sejak 1970an. Siri lawatan dan pertukaran kemahiran juga dilakukan bersama Thailand dan Indonesia jelas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi. #AWANInews
PM turun ke beberapa negeri, bincang agenda basmi kemiskinan
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke beberapa negeri minggu depan bagi mempengerusikan mesyuarat khas bersama kerajaan negeri antaranya bagi membincangkan agenda membasmi kemiskinan tegar. #AWANInews

China sasar pertumbuhan ekonomi sekitar 5 peratus pada 2025
Laporan turut menggariskan beberapa sasaran pembangunan utama lain tahun ini, termasuk kadar pengangguran di kawasan bandar sekitar 5.5 peratus.
Langkah-langkah tidak boleh diambil dengan cara tersendiri - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata pendekatan yang menyeluruh harus diambil kira dalam menyelesaikan masalah habitat hidupan liar. Kerajaan telah memperkenalkan pelan baharu pada 2019 untuk meningkatkan ruang perlindungan atau rizab hidupan liar seluas 15,000 hektar pada tahun 2025 di Semenanjung Malaysia. #AWANInews
Malaysia dahului negara lain selaku rakan ekosistem pembangunan cip AI
Malaysia akan meterai kerjasama strategik dengan syarikat peneraju semikonduktor global bagi pembangunan cip AI sekali gus menjadi rakan ekosistem pembangunan cip AI & hab utama di ASEAN. #AWANInews

Rumah Putih bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Katanya, cadangan itu tidak mengambil kira realiti bahawa Gaza kini tidak boleh didiami dan penduduknya tidak dapat hidup secara manusiawi.

Kami mahu tahu betul atau tidak wujud Titah Adendum - Hamzah
Beliau dan rakan dalam PN berbuat demikian selepas dimaklumkan bahawa memang wujud Titah Adendum berkaitan kes bekas Presiden UMNO terbabit.

Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.

10 Bahagian Bersatu digantung boleh bersidang Disember depan - Hamzah
Semua 10 bahagian parti Bersatu yang digantung sebelum ini, dibenarkan mengadakan persidangan dan pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Disember.

Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa minta rasuah RM350,000
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.

Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.

Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.

Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.

PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.