Kerajaan bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ di Semenanjung dan 1.20 sen/kWJ di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun, tahun depan.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata kerajaan juga bersetuju melepaskan penjimatan mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) sebanyak RM766.33 juta menerusi rebat tarif elektrik 1.52 sen/kWj di Semenanjung kepada semua pengguna kecuali yang menggunakan elektrik bulanan di bawah 300kW/j.
Bagi Sabah dan Labuan pula, rebat sebanyak 1.20 sen/kWj turut dinikmati pengguna kategori sama.
"Menerusi (langkah) pengekalan rebat oleh kerajaan, para pengguna tidak akan membayar bil elektrik lebih tinggi sekiranya jumlah penggunaan adalah sama," katanya dalam satu kenyataan.
Ongkili berkata sehingga kini, jumlah keseluruhan rebat bil elektrik dinikmati pengguna adalah RM4,099.05 juta di Semenanjung dan RM126.26 juta di Sabah yang diberikan mulai 1 Mac 2015 sehingga 30 Jun 2017.
Bagi pelarasan tarif elektrik di Semenanjung, rebat 1.52sen/kWj yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM766.33 juta, diperoleh menerusi semakan tarif di bawah mekanisme ICPT bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember tahun ini.
"Antara faktor pemberian rebat ini adalah penurunan harga gas asli cecair (LNG) di pasaran dunia serta peningkatan kecekapan loji-loji janakuasa arang batu," katanya.
Jelasnya, sejajar usaha kerajaan mengurangkan subsidi bahan api, semakan tarif turut mengambil kira semakan semula harga gas berpaip di Semenanjung yang dinaikkan sebanyak RM1.50/MMBtu daripada RM19.70/MMBtu kepada RM21.20/MMBtu, berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2017.
"Kenaikan harga gas berpaip itu (bagaimanapun) tidak memberi kesan secara langsung kepada pengguna kerana ditampung menerusi penurunan harga LNG di pasaran dunia dan pengurangan isi padu LNG bagi penjanaan elektrik," katanya.
Mengulas pelarasan tarif elektrik di Sabah dan Labuan, Ongkili berkata rebat 1.20sen/kWj yang dikekalkan itu ditampung oleh pemberian subsidi bahan api pertengahan (MFO) dan diesel serta subsidi sokongan tarif elektrik oleh kerajaan Persekutuan berjumlah RM468 juta.
"Rebat tarif elektrik diberi kepada semua kategori pengguna Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Semenanjung dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Sabah, kecuali pengguna domestik unit elektrik 300kWj dan ke bawah, sebulan yang tidak terlibat dengan sebarang kenaikan tarif elektrik sejak 1 Januari 2014," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2016

Maximus Johnity Ongkili berkata kerajaan juga bersetuju melepaskan penjimatan mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) sebanyak RM766.33 juta. -Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.

Penurunan kadar surcaj ICPT kepada syarikat besar dijangka dapat turunkan harga barangan
Penurunan kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kepada pengguna komersial dan industri dijangka dapat menurunkan harga barangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tarif elektrik: 99 peratus pengguna domestik di KHTP tidak terjejas
Sejumlah 5,159 atau 99 peratus pengguna domestik di KHTP tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik dan akan menerima subsidi daripada kerajaan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024.

Pantau penggunaan elektrik, elak membazir
Penjimatan dengan pengurangan jam penggunaan antara cara paling mudah bagi pengurangan bil elektrik namun memerlukan komitmen pengguna.

Pelaksanaan ICPT terkini neutral ke atas TNB
Keputusan dibuat berikutan harga bahan api yang tinggi digunakan untuk bekalan elektrik dari 1 Julai hingga 31 Dis 2023.

Keuntungan bersih suku kedua TNB susut kepada RM327.9 juta
TNB mencatat keuntungan bersih lebih rendah kepada RM327.9 juta dalam suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023, daripada RM872.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Pelarasan tarif elektrik di KHTP bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2023
Kerajaan bersetuju pelarasan tarif elektrik bagi NUR di KHTP yang dilaksanakan di bawah mekanisme ICPT bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2023 pada 16 Jun lepas.

Pantau, analisis penggunaan elektrik untuk penjimatan - ST
Gunakan peralatan dengan penarafan lima bintang yang memberi lebih banyak penjimatan dan selenggara peralatan elektrik secara berkala.

ICPT: Kerajaan dijangka buat bayaran bagi baki penghutang tidak lama lagi - Penganalisis
Penganalisis, Gan Huey Ling berkata, kerajaan juga akan membuat keputusan pada Disember ini berkaitan mekanisme bayaran bagi baki penghutang ICPT.

Untung bersih TNB meningkat kepada RM872 juta
Prestasi tersebut disumbangkan oleh peningkatan keuntungan operasi yang disokong oleh kerugian bersih instrumen kewangan yang lebih rendah.