KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatat keuntungan bersih lebih rendah kepada RM327.9 juta dalam suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023, daripada RM872.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas berikutan penurunan keuntungan operasinya.
Perolehan hasil syarikat utiliti nasional itu bagaimanapun meningkat kepada RM13.32 bilion daripada RM12.84 bilion, didorong oleh peningkatan jualan tenaga elektrik, kata TNB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini.
Keuntungan operasi TNB dalam suku kedua itu susut sebanyak 21 peratus tahun ke tahun berikutan mekanisme pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) lebih rendah dalam suku semasa sebanyak 33.8 peratus.
"Ini diimbangi oleh perbelanjaan operasi sebanyak RM28.8 bilion daripada RM30.15 bilion, susut sebanyak 4.4 peratus yang kebanyakannya disebabkan oleh kos penjanaan yang lebih rendah," katanya.
Selain itu, pendapatan asas sesaham (EPS) bagi suku kedua 2023 berkurangan kepada 5.70 sen daripada 15.23 sen bagi tempoh sama pada 2022.
Menurut TNB, bagi tempoh separuh pertama berakhir pada 30 Jun, 2023, keuntungan bersih berkurangan kepada RM1.33 bilion daripada RM1.77 bilion dalam tempoh sama 2022 manakala hasil meningkat kepada RM25.95 bilion daripada RM24.99 bilion, sebelum ini.
Asas EPS dalam separuh pertama 2023 turun kepada 23.11 sen berbanding 30.83 sen dalam separuh pertama 2022.
Menyentuh prospek, TNB berkata penyusutan harga arang batu global telah memberi kesan dari segi pengurangan tekanan terhadap kedudukan aliran tunai kumpulan tersebut.
Aspek itu selain kadar kutipan yang lebih kukuh, turut menyumbang kepada pergerakan akaun belum terima dan kedudukan modal kerja lebih mantap.
"Sejajar dengan ekonomi secara menyeluruh yang diunjur berkembang lebih menyederhana dalam julat 4.0-5.0 peratus, kumpulan menjangkakan prestasi lebih munasabah bagi 2023 dan akan terus berhati-hati terhadap pendedahan pendapatan membabitkan harga bahan api serta mata wang yang tidak menentu.
"(Berikutan itu) kumpulan akan terus melaksanakan langkah berhemat dalam pengurusan keperluan operasi dan kewangan dalam usaha memastikan TNB terus berdaya tahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
![Keuntungan bersih suku kedua TNB susut kepada RM327.9 juta Keuntungan bersih suku kedua TNB susut kepada RM327.9 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692757151_Tenaganasionalberh.jpg)
Keuntungan operasi TNB dalam suku kedua itu susut sebanyak 21 peratus tahun ke tahun berikutan mekanisme ICPT lebih rendah dalam suku semasa sebanyak 33.8 peratus. - Gambar fail/Astro AWANI
![PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720337053_AnwarIbrahim.jpg)
PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi.
![Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697723910_TBprolintas.jpg)
Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas
Prolintas menegaskan tuntutan RM100 juta lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan DASH sebagai tidak berasas.
AWANI Ringkas: Kerajaan teliti isu buli siber
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi
Keputusan berkenaan kerjasama BN dengan PH pada PRU16 hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
![Kerajaan UK hasrat ambil alih perkhidmatan kereta api 'secepat mungkin' - Laporan Kerajaan UK hasrat ambil alih perkhidmatan kereta api 'secepat mungkin' - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672959690_BritainStrikes.jpg)
Kerajaan UK hasrat ambil alih perkhidmatan kereta api 'secepat mungkin' - Laporan
Parti Buruh United Kingdom yang baru-baru ini memenangi pilihan raya umum berhasrat untuk mengambil alih semula perkhidmatan kereta api British "secepat mungkin".
Seorang anggota bomba tercedera berjaya diselamatkan
Seorang anggota bomba yang cedera dan terperangkap diselamatkan dari Kebakaran hutan Basin di California, Amerika Syarikat.
Rakaman video yang dikeluarkan pada Sabtu oleh Pengawal Kebangsaan California menunjukkan sebuah helikopter pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi.
Rakaman video yang dikeluarkan pada Sabtu oleh Pengawal Kebangsaan California menunjukkan sebuah helikopter pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi.
47 terbunuh dalam hujan lebat monsun di Nepal
Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh selepas hujan lebat monsun di Nepal mencetuskan banjir kilat, tanah runtuh dan kilat pada Jumaat.
Berucap di Dewan Undangan Negeri, Menteri Buruh Dol Prasad Aryal berkata empat orang terbunuh dalam banjir yang mencetuskan monsun dan 24 yang lain terbunuh dalam tanah runtuh.
Berucap di Dewan Undangan Negeri, Menteri Buruh Dol Prasad Aryal berkata empat orang terbunuh dalam banjir yang mencetuskan monsun dan 24 yang lain terbunuh dalam tanah runtuh.
Tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran di Sydney
Seorang bayi perempuan berusia sepuluh bulan dan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia dua dan empat tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah di barat Sydney pada Ahad.
Polis Negeri New South Wales (NSW) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 1 pagi waktu tempatan di Freeman Street, Lalor Park.
Polis Negeri New South Wales (NSW) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 1 pagi waktu tempatan di Freeman Street, Lalor Park.
Jejambat BSP dibuka secara rasmi pada Ahad
Jejambat Bandar Saujana Putra (BSP) telah dibuka secara rasmi pada Ahad untuk kegunaan orang awam.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi laman media sosialnya.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi laman media sosialnya.
KKM adakan program reformasi sumber manusia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah dan akan menyelesaikan isu berkenaan menerusi program reformasi sumber manusia di seluruh negara.
![55,000 pengguna alami gangguan air di Kuantan esok, ini senarai kawasan terlibat 55,000 pengguna alami gangguan air di Kuantan esok, ini senarai kawasan terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719216662_watertap.jpg)
55,000 pengguna alami gangguan air di Kuantan esok, ini senarai kawasan terlibat
Kira-kira 55,000 pengguna air di daerah ini bakal terjejas susulan kerja-kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Panching pada Selasa.
![Ops Adha: TNB perkukuh bekalan elektrik di Pantai timur menjelang Aidiladha Ops Adha: TNB perkukuh bekalan elektrik di Pantai timur menjelang Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692757151_Tenaganasionalberh.jpg)
Ops Adha: TNB perkukuh bekalan elektrik di Pantai timur menjelang Aidiladha
Antara langkah diambil termasuk memperkemas sistem voltan rendah, meningkatkan kapasiti alatubah serta mewujudkan pencawang baharu.
![Perbadanan Putrajaya, TNB jalin kerjasama bagi pembangunan bandar pintar dan rendah karbon Perbadanan Putrajaya, TNB jalin kerjasama bagi pembangunan bandar pintar dan rendah karbon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717478725_tbmemorandumpersefa.jpg)
Perbadanan Putrajaya, TNB jalin kerjasama bagi pembangunan bandar pintar dan rendah karbon
Perbadanan Putrajaya dan TNB menandatangani MoU dan Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) yang memfokuskan kepada pembangunan Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon.
![Untung bersih suku pertama TNB susut kepada RM715.7 juta Untung bersih suku pertama TNB susut kepada RM715.7 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692757151_Tenaganasionalberh.jpg)
Untung bersih suku pertama TNB susut kepada RM715.7 juta
Hasil, bagaimanapun meningkat kepada RM13.64 bilion daripada RM12.63 bilion sebelum itu, mencerminkan peningkatan dalam jualan elektrik.
![TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715903759_tnb.jpg)
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
![Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura akan beroperasi menjelang 2031 Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura akan beroperasi menjelang 2031](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640875210_TBJULAIHI.jpg)
Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura akan beroperasi menjelang 2031
Projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Singapura dijangka akan beroperasi secara komersial pada tahun 2031, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.
![Hampir 10,000 warga TNB bertugas pada Aidilfitri Hampir 10,000 warga TNB bertugas pada Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712469484_TenagaNasionalBerh.jpg)
Hampir 10,000 warga TNB bertugas pada Aidilfitri
Pemantauan ditingkatkan menjelang hari raya dengan kebiasaannya tempoh 72 jam bermula sehari sebelum 1 Syawal.
![IOI City Mall 'bergelap', tiada bekalan elektrik IOI City Mall 'bergelap', tiada bekalan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711598348_IOICityMall.jpg)
IOI City Mall 'bergelap', tiada bekalan elektrik
Seorang pengguna, Syedewa, berkata kiosk perniagaannya yang terletak di dalam pusat membeli belah itu terpaksa ditutup.
![Ahli Dewan Negara cadang TNB beri rebat bil elektrik susulan fenomena cuaca panas Ahli Dewan Negara cadang TNB beri rebat bil elektrik susulan fenomena cuaca panas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617352157_TNB.jpg)
Ahli Dewan Negara cadang TNB beri rebat bil elektrik susulan fenomena cuaca panas
Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.
![Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710220897_TBTNBjpg.jpg)
Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).