HANOI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata politik di Malaysia adalah stabil ketika ini dan beliau yakin lebih banyak pelaburan luar akan memasuki negara.
Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, Ismail Sabri berkata buat julung kalinya pembangkang dan kerajaan boleh duduk bersama untuk berbincang isu berkaitan negara.
Beliau berkata berikutan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara kerajaan dengan pembangkang, walaupun terdapat perbezaan pandangan pembangkang tidak terlalu emosional dan mereka menyokong kerajaan dalam sidang Parlimen.
"Keadaan politik stabil ketika ini, sebab itu kita yakin lebih banyak pelaburan luar akan masuk ke Malaysia, cuma ramai yang minta diadakan pilihan raya lebih awal. Kita risau juga jika pilihan raya lebih awal, kestabilan mungkin tidak dapat dikekalkan.
"Alhamdulillah, politik kita stabil. Bolehlah balik Malaysia," katanya dalam nada bergurau yang disambut ketawa kecil para hadirin.
Ismail Sabri berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama Keluarga Malaysia di sini sempena lawatan rasmi beliau ke Vietnam selama dua hari bermula hari ini.
Menjelaskan perkara itu, Perdana Menteri memberi contoh pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mendapat sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.
"Pindaan Perlembagaan bukan seperti rang undang-undang lain yang hanya perlukan majoriti mudah ...untuk pindaan Perlembagaan, mesti dapat dua pertiga majoriti dan undi ini secara individu bukan lebih suara... jadi, keadaan politik adalah stabil," katanya.
Beliau tiba di sini pada 1.45 tengah hari waktu tempatan dan lawatan rasmi sulungnya sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah atas jemputan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata politik di Malaysia adalah stabil ketika ini dan beliau yakin lebih banyak pelaburan luar akan memasuki negara. - Foto BERNAMA
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
Pemilihan Ismail Sabri sebagai calon PM teruskan kestabilan politik - Saravanan
Ia satu pengumuman yang cukup baik dan MIC menerima dengan terbuka keputusan UMNO itu.
Politik negara stabil, lebih banyak pelaburan luar akan masuk ke Malaysia - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata politik di Malaysia adalah stabil ketika ini dan beliau yakin lebih banyak pelaburan luar akan memasuki negara.
PDRM jamin keselamatan, ketenteraman awam negara terkawal - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam negara terkawal susulan situasi semasa politik negara.
LAPOR LANGSUNG: Tiada keperluan darurat, berhenti main politik - Titah Agong
YDP Agong Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.
Penyebaran berita palsu boleh gugat keselamatan negara - Lee Lam Thye
Tindakan menyebarkan berita palsu juga boleh menimbulkan suasana panik dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menggugat keamanan negara.
Sidang media khas Ketua Menteri Sarawak ditunda
Sidang media khas Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dijadualkan berlangsung pada Selasa ditunda kepada suatu masa yang akan dimaklumkan kemudian.
Ekonomi tidak sepatutnya terabai dengan pertukaran kerajaan
Sebarang perkhabaran mengenai perubahan pemerintahan akan memberi kesan terhadap persekitaran ekonomi semasa.
1MDB: Hishammuddin harap pemimpin-pemimpin negara tidak jadi mangsa
Beliau bagaimanapun yakin rakyat boleh menilai tujuan dan matlamat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mempolitikkan isu berkenaan.