Malaysia, sama seperti banyak negara serantau dan antarabangsa, sedang bergelut dengan pelbagai isu bagi memastikan pertumbuhan ekonomi.
Walaupun banyak perkara yang mempengaruhi pertumbuhan global masih belum diselesaikan, ekonomi dunia terpaksa pula berhadapan dengan wabak COVID-19.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah mengumumkan bahawa wabak itu berkemungkinan boleh menjejaskan antara 0.1 dan 0.2 mata peratusan kadar pertumbuhan global tetapi ini mungkin disusuli dengan pemulihan pada tahap yang lebih pesat.
Malaysia sebagai negara ekonomi terbuka, tidak terkecuali daripada perkembangan ini.
Wabak COVID-19 diramal akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara bagi suku pertama tahun ini.
Walaupun masih terlalu awal untuk menilai kesan penuh wabak di peringkat global dan negara khususnya, kerajaan telah memperkenalkan pakej rangsangan untuk penerbangan, peruncitan dan pelancongan dalam usaha mengurangkan impak negatif COVID-19 yang berasal dari Wuhan, China.
Bulan lepas, Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, yang terendah sejak Mac 2011 dan menggambarkan masih terdapat ruang untuk satu lagi pemotongan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
Malaysia seperti biasa telah membuat persediaan.
Bagaimanapun, semua jaminan dan kesediaan hanya boleh dilaksanakan melalui kerajaan yang stabil kerana ia merupakan tanda aras yang terbaik bagi mana-mana pelabur, domestik atau antarabangsa.
Sebarang perkhabaran mengenai perubahan pemerintahan apa-apa sahaja di sepanjang garisan ini akan memberi kesan terhadap persekitaran ekonomi semasa, yang sudah pun diketahui rakyat serta pelabur khususnya, apabila mereka menyaksikan perubahan buat kali pertama dalam enam dekad selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum pada 2018.
Mungkin ini akan menjadi norma baharu di Malaysia yang perlu diterima, selaras dengan kata "perubahan tidak dapat dielakkan", dengan syarat kerajaan tidak mengabaikan usaha mengembangkan ekonomi, menarik pelaburan langsung asing dan penjanaan pekerjaan.
Dalam Bajet 2020, Malaysia telah mengkaji semula sasaran defisit fiskal 2020 kepada 3.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar berbanding tiga peratus sebelum ini di berikutan kemerosotan pendapatannya.
Bagi mencapai sasaran ini, ekonomi perlu terus berkembang.
Semua projek infrastruktur yang sebelum ini terhenti, telah diberi kebenaran untuk dijalankan.
Ekonomi Malaysia pada 2020 dijangka akan disokong oleh kerja-kerja infrastruktur bernilai lebih kurang RM120 bilion merangkumi Lebuhraya Pan-Borneo, Transit Aliran Ringan 3,Transit Aliran Massa 2 dan Laluan Kereta Api Pantai Timur yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Kota Bharu.
Inisiatif lain termasuk pembinaan Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM140 bilion serta program pekerjaan selama Malaysia@Work selama lima tahun yang akan menyediakan 350,000 peluang pekerjaan untuk mereka yang menganggur melalui insentif gaji bulanan sebanyak RM500 kepada pekerja dan RM300 bulanan kepada majikan yang mengupah pekerja tempatan.
Untuk membolehkan kesemua ini membuahkan hasil, kestabilan politik, yang sentiasa menjadi kekuatan negara, harus diberi keutamaan dan tidak seharusnya rapuh dalam apa-apa keadaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 23 2020
![Ekonomi tidak sepatutnya terabai dengan pertukaran kerajaan Ekonomi tidak sepatutnya terabai dengan pertukaran kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71435190685_KLSKYLINE.jpg)
Dalam Bajet 2020, Malaysia telah mengkaji semula sasaran defisit fiskal 2020 kepada 3.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar berbanding tiga peratus sebelum ini di berikutan kemerosotan pendapatannya. - Gambar fail
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Penamatan HSR hanya isu sementara bagi sektor pembinaan Penamatan HSR hanya isu sementara bagi sektor pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609740267_TBHUTANG.jpg)
Penamatan HSR hanya isu sementara bagi sektor pembinaan
"Tanpa HSR, fiskal kerajaan akan menjadi kurang terhad, menyediakan peruntukan yang lebih tinggi untuk projek berimpak tinggi yang lain."
![TH jawab tuduhan 'berbaur politik' berhubung pembelian tanah TRX TH jawab tuduhan 'berbaur politik' berhubung pembelian tanah TRX](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479817647_TabungHaji.jpg)
TH jawab tuduhan 'berbaur politik' berhubung pembelian tanah TRX
Lembaga Tabung Haji menjawab tuduhan berbaur politik tentang pembelian tanah di TRX. TH kata pembelian tanah di TRX akan memberi pulangan baik kepada TH dan pendepositnya
![TRX dan Bandar Malaysia bukti kejayaan 1MDB - Arul Kanda TRX dan Bandar Malaysia bukti kejayaan 1MDB - Arul Kanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51459407927_ArulKanda.jpg)
TRX dan Bandar Malaysia bukti kejayaan 1MDB - Arul Kanda
Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mahu kejayaan 1MDB diukur berdasarkan kejayaan syarikat milik kerajaan itu merealisasikan pembinaan dua projek meganya.
![Letupan tapak pembinaan MRT: Kementerian siasat jika ada pelanggaran SOP Letupan tapak pembinaan MRT: Kementerian siasat jika ada pelanggaran SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71507679029_MRT.jpg)
Letupan tapak pembinaan MRT: Kementerian siasat jika ada pelanggaran SOP
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pemeriksaan itu akan dijalankan selepas mendapat kebenaran daripada polis yang masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.
![MOF akan keluar RFP untuk Bandar Malaysia akhir minggu MOF akan keluar RFP untuk Bandar Malaysia akhir minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61466127130_NajibTunRazakBan.jpg)
MOF akan keluar RFP untuk Bandar Malaysia akhir minggu
Pengerusi TRX City Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Sdn Bhd, berkata menerusi RFP, MoF akan menetapkan kriteria dan syarat baharu kepada syarikat yang akan terlibat.
![Perjanjian jualan saham Bandar Malaysia kepada IWH CREC terbatal Perjanjian jualan saham Bandar Malaysia kepada IWH CREC terbatal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51458551106_BandarMalaysia.jpg)
Perjanjian jualan saham Bandar Malaysia kepada IWH CREC terbatal
60 peratus modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd, kini terbatal berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.
![1MDB tiada hutang bank, hutang jangka pendek - Kementerian Kewangan 1MDB tiada hutang bank, hutang jangka pendek - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/41450419647_ONEMDB.jpg)
1MDB tiada hutang bank, hutang jangka pendek - Kementerian Kewangan
1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek pada masa ini, kata Kementerian Kewangan hari ini.
![Sukuk Bandar Malaysia pelaburan terjamin - Tabung Haji Sukuk Bandar Malaysia pelaburan terjamin - Tabung Haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/61404788465_295x200.jpg)
Sukuk Bandar Malaysia pelaburan terjamin - Tabung Haji
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menjelaskan bahawa pelaburannya dalam Terbitan Sukuk Bandar Malaysia pada Februari 2014 dibuat kerana ia adalah pelaburan terjamin.