MELAKA: Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, surat nasihat bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dilakukan ketika beliau masih memegang jawatan Ketua Menteri.
Beliau berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa surat nasihat pembubaran DUN tidak mengikut lunas undang-undang adalah tidak benar memandangkan ia dibuat mengikut peraturan yang sewajarnya.
"Apa yang saya ingin maklum bahawa surat saya kepada Tun (Mohd Ali) adalah ketika saya masih lagi CM (Ketua Menteri) of The Day. Jadi saya serah kepada Tun (Mohd Ali) dan terpulanglah kepada kuasa Tun (Mohd Ali)... itu sahaja.
"Semuanya mengikut peraturan dan perundangan, jadi kalau tak puas hati pergilah kepada pihak yang berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada pengurusan Masjid Nurul Hidayah di Batu Berendam di sini, hari ini.
Sementara itu, Sulaiman berkata, beliau terpaksa menangguhkan pembentangan mengenai Belanjawan Melaka 2022 daripada Bahagian Kewangan Kerajaan Negeri Melaka minggu depan berikutan kemelut politik yang melanda ketika ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka daripada speaker Datuk Seri Ab Rauf Yusoh Isnin lepas setelah kerajaan negeri yang dipimpin UMNO hilang majoriti, dan berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN itu. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021

Sulaiman Md Ali berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa surat nasihat pembubaran DUN tidak mengikut lunas undang-undang adalah tidak benar memandangkan ia dibuat mengikut peraturan yang sewajarnya. - Gambar fail BERNAMA
Hentikan tunggang sentimen kaum dan agama- R.Rmanan
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan mengingatkan semua pihak termasuk pemimpin supaya tidak memainkan sentimen perkauman dan agama dalam isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India.

Pegawai SPRM kunjungi pejabat Sapura Energy berhubung rasuah, salah guna dana
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengunjungi pejabat Sapura Energy Bhd (SEB) di Menara PNB, di Jalan Tun Razak hari ini berhubung dua siasatan melibatkan syarikat tersebut.

Dewan Negara lulus RUU Perkhidmatan Parlimen 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan beberapa Ahli Dewan Negara.

Jangkitan paru-paru Paus Francis 'terkawal' - Vatican
Kesihatan Paus Francis dilaporkan bertambah baik, menurut kenyataan Vatican pada Rabu.
AWANI Borneo [20/3/2025] – Operasi SAR tamat| Kesan luruan monsun| Rumah panjang terbakar
AWANI Borneo Khamis, 20 Mac 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
2. Air naik mendadak, lima PPS dibuka di Sabah
3. Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
1. Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
2. Air naik mendadak, lima PPS dibuka di Sabah
3. Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
40 Rumah Mesra SMJ bakal dibina di Putatan tahun ini
Sebagai tambahan kepada 61 Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang siap dibina di Putatandari tahun 2022 hingga 2024, 40 buah lagi rumah tambahan akan dibina tahun ini.
Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
Mayat Susie Kiu. kanak-kanak yang hilang selepas terjatuh di Batang Mukah ditemui orang ramai terdampar di Pantai Kala Dana tujuh kilometer dari lokasi kejadian.
Perkembangan banjir: Air naik mendadak di Sandakan susulan hujan lebat berterusan
Di Sabah hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Final Piala Malaysia ditukar kepada 26 April - MFL
Tarikh aksi final Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darul Ta'zim dan Pahang FC ditukar kepada 26 April di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
LKIM ambil tindakan tegas sekiranya berlaku penyelewengan minyak
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil menegaskan antara tindakan yang bakal diambil terhadap nelayan yang terlibat menyeleweng minyak termasuk membatalkan lesen dan menutup premis jeti jualan nelayan.
![[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637355929_SPRbersediaPRN.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR
Pengundi dinasihatkan supaya mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

PRN Melaka: Jentera BN bersedia, harap kematangan politik semua pihak - Ab Rauf
Jentera Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan
Ketika ini keputusan untuk menjalinkan sebarang kerjasama belum dimuktamadkan sehingga maklum balas dan maklumat diperoleh mencukupi.

Politik Melaka: UMNO putus agihan kerusi pada mesyuarat MKT akan datang
Isu agihan kerusi dan kerjasama antara parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang.

Politik Melaka: MKT UMNO sahkan keahlian Idris dan Norazman gugur
Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO pada Khamis malam.

Politik Melaka: UMNO perlu kerjasama banyak pihak - Annuar
Tan Sri Annuar Musa, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata sekiranya kerjasama itu ditolak ia akan merugikan parti.

Politik Melaka: UMNO tidak mampu bergerak solo hadapi PRN- Penganalisis
UMNO perlu mengatasi persepsi negatif terhadap parti itu lantaran terpalit dengan dakwaan sebagai punca kepada krisis politik yang berlaku di Melaka.

Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.

Politik Melaka: Norhizam diminta segera pulang kereta rasmi, aset kerajaan - SUK
Tindakan itu bertujuan menyelesaikan isu berkenaan agar tidak berlarutan sehingga mengganggu tugas penjawat awam.

Politik Melaka: Rakyat berharap Pemangku Agong dapat buat keputusan terbaik
Rakyat Melaka melahirkan kebimbangan kemungkinan berdepan peningkatan semula kes COVID-19 jika pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh terdekat.