495,195 rakyat Melaka tentukan kerajaan negeri hari ini
Seramai 495,195 orang pengundi berdaftar akan menjalankan tanggungjawab hari ini bagi menentukan gabungan parti politik mana yang akan menerajui pentadbiran kerajaan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.
Tempoh berkempen dengan SOP ketat selesai pada 11.59 malam tadi.
Hari ini, tumpuan akan terarah ke 217 Pusat Daerah Mengundi di 28 Dewan Undangan Negeri.
Mas Ermieyati calon KM, pilihan tepat parti - Faizal Azumu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyangkal dakwaan kononnya pemilihan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon ketua menteri hanya ‘strategi sementara’ dan tidak akan direalisasikan meskipun jika Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan negeri.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Rakyat jangan takut keluar mengundi esok, pesan Khairy
Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah demi mengimbangi perjalanan proses demokrasi negara ini serta memastikan keutamaan terhadap kesihatan dan keselamatan rakyat.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, beliau akui ramai pihak tidak berpuas hati terhadap SOP berkenaan, termasuk dari partinya sendiri, namun Khairy berpendapat, SOP Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRN ini adalah tepat.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Rakyat Melaka jangan ulangi kesilapan PRU14 - Sulaiman
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri Lendu mengingatkan rakyat Melaka agar memilih kerajaan yang mampu mengurus tadbir negeri itu.
Jelasnya, meskipun berbaki hanya beberapa jam sebelum tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tamat, beliau yakin rakyat di negeri itu tidak akan melakukan kesilapan sama pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Pilihan raya demokrasi: Menghormati hak dan peranan pengundi
Dalam tinjauan dibuat menjelang hari pengundian sebenar PRN esok, satu perkara yang agak jelas dan luar biasa adalah ramai melontarkan pendirian tidak akan keluar mengundi. Ada yang tawar hati. Ada yang kecewa. Ada yang bimbang. Ada yang khuatir. Malah, seluruh negeri kelihatan sunyi daripada perang poster dan bendera. Negeri bersejarah ini berbeza secara total. Lain daripada lain.
Ikuti artikel daripada Dr G Manimaran, penulis bersama buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang & Tadbir.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI.
Apa senario yang mungkin ada?
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka edisi ke-15 ini, sebanyak 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka (DUN) menjadi rebutan parti-parti politik yang bertanding.
Parti politik utama iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional masing-masing bertanding di kesemua 28 kerusi DUN, sekali gus menyaksikan persaingan tiga penjuru di semua tempat.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
BN akan lindungi nelayan dan penduduk pesisir pantai
Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka akan memastikan bahawa perlindungan diberikan terhadap nelayan dan penduduk di pesisir pantai.
Menurut calon N.02 Tanjung Bidara, yang juga Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, ia bagi memastikan tiada pihak terkesan susulan projek penambakan pasir yang dijalankan di pesisir pantai negeri itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Calon baharu bakal bawa perubahan besar dalam pentadbiran - Bastien
Calon-calon baharu Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini diyakini akan membawa perubahan besar kepada pentadbiran negeri itu.
Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn berkata, 80 peratus calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini adalah muka baharu serta muda yang mempunyai pelbagai kebolehan.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Polis beri amaran ambil tindakan tegas pihak cetus provokasi
Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba menimbulkan provokasi melampau sehingga boleh menganggu gugat ketenteramaan awam dan keselamatan negeri sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
"Saya sokong Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri" - Mohd Rafiq
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menyokong penuh pemilihan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri sekiranya gabungan parti itu diberi mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka esok - SPR
Sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran akan dibuka dalam hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.
Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, bagi memastikan kelancaran hari mengundi, seramai 12,290 petugas pilihan raya akan ditugaskan.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Pengundi perlu pakai pelitup muka, sanitasi tangan
Semua pengundi yang bakal menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian esok diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di pusat pengundian.
Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, garis panduan khas PRN Melaka akan dikuat kuasa di setiap pusat pengundi.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Kenyataan Pengerusi PN Melaka bantah pelantikan calon Ketua Menteri palsu
Kenyataan media kononnya Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen membantah keputusan pucuk pimpinan menamakan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri disahkan palsu.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Masalah tak timbul kalau pembangunan patuh semua saranan kajian
Isu banjir, pencemaran, penderitaan nelayan dan pelbagai lagi masalah di Melaka tidak akan berlaku sekiranya pembangunan yang diluluskan benar-benar mengikut semua saranan kajian & penilaian impak alam sekitar (EIA).
Lebih-lebih lagi di Melaka, negeri yang sarat dengan sejarah.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka | Pas dipacu bersama agamawan, profesional
PRN Melaka: PH komited laksana enakmen anti lompat parti
Pakatan Harapan (PH) terus komited untuk memperjuangkan penggubalan undang-undang yang melarang wakil rakyat melompat parti, apatah lagi jika diberi mandat untuk mentadbir Melaka.
Dengan itu, tegas calon PH N.13 Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mereka dapat menyelaraskan gerak kerja di peringkat negeri susulan usaha yang dibina di peringkat pusat.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Pas bekerja sebagai satu unit, gabungan agamawan dan profesional
Tanggapan rakyat tentang ‘pak lebai’ tidak mampu mentadbir masyarakat adalah tidak benar sama sekali, tegas calon Perikatan Nasional (PN) N.14 DUN Klebang, Bakri Jamaluddin.
Tidak hanya golongan agamawan, tetapi Pas bekerja sebagai satu unit bersama dengan golongan profesional dan pakar pelbagai bidang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang digalas mereka.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Akuan sumpah bukti keseriusan Gagasan Bebas jamin kestabilan politik
Akuan bersumpah yang ditandatangani semua calon bebas yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah bukti keseriusan mereka membawa kestabilan dalam kerajaan yang terbentuk selepas 20 Nov nanti.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Semua parti diberi ruang sama rata untuk berkempen - Annuar
Parti-parti kerajaan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini dengan nemberi ruang sama rata kepada semua parti termasuk parti lawan dalam kempen, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Annuar berkata pendekatan kempen parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kali ini juga banyak bergantung kepada kreativiti masing-masing.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Sering dicari sebab SOP terlalu ketat, KJ akhirnya munculkan diri demi Razak
Biarpun tidak kelihatan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sejak mulanya tempoh berkempen, nama Khairy Jamaluddin, atau setidak-tidaknya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang beliau terajui, tetap disebut-sebut semua pihak bertanding.
Mana taknya, kerana prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, sehingga mengakibatkan suasana kempen yang agak berbeza, menyebabkan Ahli Parlimen Rembau itu terus popular. Negatif atau positif, itu tafsiran masing-masing.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Gagasan Bebas umum manifesto
Gagasan Bebas yang terdiri daripada 13 calon Bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu ini mengumumkan manifesto mereka jika diberi mandat sebagai wakil rakyat negeri di negeri itu.
Manifesto yang mengandungi 12 inisiatif antaranya menyediakan rumah mampu milik bersaiz minimum 1,000 kaki persegi, menggantikan tanah rizab Melayu yang digunakan, pemodenan industri luar bandar untuk Bumiputera, melahirkan 100 usahawan di setiap daerah setiap tahun dan menaik taraf kehidupan rakyat.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Sulaiman, Ab Rauf mengundi di tempat bertanding, Mas Ermieyati luar kawasan
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini bakal menyaksikan pengoperasian 217 pusat mengundi di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 112 calon bertanding.
Antaranya, calon dan pembantu dihubungi Bernama berkata wakil Barisan Nasional (BN) di DUN Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan mengundi di tempat sendiri iaitu Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Pulau Tanjung Bidara manakala calon kerusi Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan memangkah di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun, Masjid Tanah.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Siapa boleh menang di kerusi panas?
Kurang 48 jam dari sekarang, baki 482,549 daripada jumlah keseluruhan 495,195 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini, dan tiga kerusi 'panas' masih kelihatan samar-samar untuk dimenangi mana-mana pihak.
BERITA LANJUT DI SINI.
Kenangan bantu ibu jual nasi lemak dorong Bilal bantu orang susah
Pengalaman membantu ibu berniaga nasi lemak dan kuih-muih untuk membesarkan 11 adik-beradik sangat menyentuh hati dan tidak pernah luput daripada ingatan calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Ahmad Bilal Rahudin.
Malah setiap kali menyingkap kisah itu, Ahmad Bilal, 38, yang mesra dipanggil Bilal dalam kalangan penduduk berkata, ia mendorong dirinya untuk membantu penduduk terutama yang berada dalam kemiskinan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
476,037 individu biasa layak mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru seramai 476,037 individu biasa yang layak mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 untuk keluar mengundi pada Sabtu ini.
Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, seramai 11,557 orang adalah pengundi awal dan 7,601 orang telah mengundi secara pos.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Lengkap vaksin, buat ujian kendiri COVID-19 sebelum pulang mengundi
Pastikan diri telah lengkap vaksin dan membuat ujian kendiri COVID-19 jika bergejala, itu antara nasihat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Dr Rusdi Abd Rahman kepada pengundi luar dari Melaka, sebelum pulang untuk menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini.
Beliau berkata walaupun dari segi vaksinasi, seseorang individu itu mungkin berhak untuk tidak mengambil vaksin, tetapi risiko kepada ahli keluarga lain harus diambil kira.
BACA BERITA PENUH DI SINI
595 ahli Bersatu umum keluar parti, sertai UMNO
Seramai 595 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO dalam dua majlis berasingan di Melaka malam tadi.
Di Sungai Udang, seramai 95 ahli Bersatu Kampung Bertam Hulu mengumumkan keluar parti itu serta-merta.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Perikatan Nasional umum calon Ketua Menteri esok
Sulaiman rayu sokongan masyarakat Cina
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali merayu sokongan masyarakat Cina untuk memberi peluang terutamanya kepada calon parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berbaki kurang tiga hari lagi.
Ini kerana tegas beliau, suara kepelbagaian bangsa dan kaum diperlukan dalam setiap struktur pentadbiran kerajaan untuk membentuk sebuah negeri yang stabil.
BACA BERITA PENUH DI SINI
[INFOGRAFIK] Manifesto Barisan Nasional
[INFOGRAFIK] Manifesto Perikatan Nasional
[INFOGRAFIK] Manifesto Pakatan Harapan
Ketua Menteri sementara: Zahid minta pengundi PRN Melaka tidak termakan fitnah
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan kononnya Datuk Seri Sulaiman Md Ali hanya akan menjadi Ketua Menteri Melaka sementara sekiranya gabungan parti itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.
Dalam catatan di Facebook, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO meminta pengundi agar tidak termakan dan terpengaruh dengan fitnah yang dilontarkan pihak tertentu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Najib suruh Adly tanya Idris, ke mana perginya pampasan RM33 juta untuk nelayan?
Calon Ketua Menteri Pakatan Harapan, Adly Zahari perlu bertanya sendiri kepada Datuk Seri Idris Haron sekiranya peruntukan pampasan RM33 juta untuk golongan nelayan telah habis digunakan sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah Melaka.
Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, tanda tanya itu merupakan antara tuduhan rawak yang dikeluarkan oleh pihak lawan BN.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'FB saya disekat, ini cubaan tutup peluang jadi wakil rakyat' - Calon Bebas Serkam
Calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Norazlanshah Hazali menyifatkan seolah-olah ada pihak cuba menutup peluangnya menjadi wakil rakyat.
Ini sehubungan pemerhatian yang mendapati akaun Facebook miliknya digodam dan tidak dapat diakses sejak 15 November lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Calon Ketua Menteri PN diumum esok - Hamzah
Teka-teki siapa calon Ketua Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diketahui esok.
Perkara itu dimaklumkan, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Rabu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
MCA harap dapat sumbang kerusi untuk BN
MCA berharap dapat menyumbang beberapa kerusi kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata antara kerusi yang dijangka mampu ditawan kembali parti itu adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang, Machap Jaya, Bemban dan Kesidang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Rais Yasin mahu wujudkan 'uptown' untuk peniaga Paya Rumput
Calon BN N.13 DUN Paya Rumput, Datuk Rais Yasin punyai rancangan untuk mewujudkan pusat perniagaan setempat di Stadium Hang Jebat jika dipilih sebagai perwakilan kawasan itu.
Itu menjadi pelan utama perkhidmatan Rais untuk rakyat Paya Rumput, selain menyelaraskan sama rancangan melaksanakan tawaran lain yang digariskan dalam manifesto BN peringkat negeri.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sofi Wahab mahu teruskan misi belum selesai di Durian Tunggal
Calon Pakatan Harapan N.09 DUN Durian Tunggal, Sofi Abd Wahab berhadap supaya rakyat Melaka akan mengangkat kembali PH sebagai kerajaan pada 20 November nanti.
Ia supaya beliau yang merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri dapat menyambung kerjanya yang terhenti sekerat jalan dek pertukaran kerajaan pada Januari tahun lepas.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mahu sambung semula misi tergendala di N.09
Mahu wujudkan uptown di Stadium Hang Jebat
Kempen calon di media arus perdana selari dengan pendekatan politik dinamik
Langkah kerajaan membenarkan poster serta biodata calon bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disiarkan menerusi platform media arus perdana adalah selari dengan pendekatan politik yang dinamik iaitu berubah mengikut situasi dan masa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata dalam konteks sekarang, jika perkara itu tidak berlaku, pemberitaan dalam media sosial akan tetap 'berjalan' dan rakyat khususnya pengundi di Melaka juga mahu melihat pembaharuan tersebut berlaku dalam PRN kali ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pengundi atas pagar semakin ramai, menurut dapatan GIS
Data terkini cerapan sistem maklumat geografi (GIS) di Melaka menunjukkan faktor kaum, sentimen tradisi dan tawaran kebendaan tidak lagi menjadi kayu ukur untuk parti politik mencatur kemenangan mereka.
Menurut penyelidik di Jabatan Geografi, Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rosmadi Fauzi, kini didapati semakin ramai pengundi tidak tetap pegangan mereka pada satu-satu parti dan penilaian mereka lebih berdasarkan rasional terhadap nilai-nilai tidak tampak yang ditampilkan calon dan parti yang diwakilinya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pengundian awal lancar, patuhi SOP ditetapkan - SPR
Sejumlah 89.9 peratus atau 10,390 petugas barisan hadapan terdiri daripada anggota tentera, pasangan mereka dan polis selesai proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
BN optimis bentuk kerajaan, mampu kuasai 18 kerusi
Barisan Nasional (BN) meramalkan mampu menguasai 18 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.
Keyakinan itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berdasarkan kajian sikap yang dilaksanakan parti sepanjang tempoh PRN dilaksanakan, selain data pengundi yang konsisten memilih BN sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) sehingga PRU14.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Proses undi awal selesai, 89.9 peratus tunaikan tanggungjawab - SPR
Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selesai apabila 10 lagi Pusat Pengundian Awal (PPA) ditutup pada 5.30 petang ini.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 89.9 peratus pengundi awal menunaikan tanggungjawab yang membabitkan seramai10,390 pengundi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Statistik keluar mengundi awal bagi PRU DUN Melaka Ke-15
Statistik keluar mengundi awal bagi PRU DUN Melaka Ke-15 :
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
Peratus keseluruhan: *89.9%* - @sprgovmy #MelakaMemilih #PRNMelaka pic.twitter.com/WDEu8a05aW
Rimas dengan bendera parti, lelaki ditahan disyaki lakukan khianat
Gara-gara rimas dengan lambakan bendera serta kain rentang parti-parti politik yang digantung sekitar kawasan perumahan, seorang pemandu lori bertindak mencabut bahan kempen itu sebelum dikesan pihak polis di Taman Melaka Perdana, di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.54 malam Isnin, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah untuk disoal disiasat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Analisis: Lawan dulu, gabung kemudian?
Dinamik politik di Malaysia pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) membolehkan pelbagai kemungkinan terjadi, termasuklah parti yang membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan, bertanding sesama sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Tambahan dengan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat dikenakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekang kempen secara bersemuka antara calon dengan pengundi, seakan memberi 'padang yang rata' kepada parti yang bertanding untuk meraih hati pengundi, terutama kepada pihak yang dilihat kurang mempunyai jentera parti.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Kempen semakin rancak dalam suasana norma baharu
Ejen tidak dibenarkan masuk, calon PH buat laporan polis
Gara-gara ejennya tidak dibenarkan memasuki Pusat Pengundian Awal (PPA) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Masjid Tanah, calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.04 Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Muhammad Asri Ibrahim membuat laporan polis pada Selasa.
Jelasnya, kejadian berlaku ketika ejen yang mewakilinya itu dihalang memasuki di PPA yang terletak di Balai Polis Masjid Tanah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kempen guna potret Muhyiddin tidak salah - Azmin
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan gabungan parti itu tidak yakin dengan calon yang diketengahkan susulan pertikaian pihak tertentu berhubung penggunakan potret Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang kononnya lebih banyak digunakan berbanding wajah calon.
Sebaliknya tegas beliau langkah itu merupakan satu strategi jelas yang membuktikan bahawa Muhyiddin mempunyai dukungan terhadap anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara di masa akan datang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
81 peratus pengundi awal keluar mengundi setakat 3 petang ini - SPR
Statistik keluar mengundi awal bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 3 petang :
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
Peratus keseluruhan: *81%* - @sprgovmy #MelakaMemilih #PRNMelaka pic.twitter.com/udYgXItNuI
21 pusat pengundian awal ditutup pukul 2 petang
Sebanyak 21 daripada 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ditutup pada pukul 2 petang ini.
Menurut jurucakap Suruhanjaya Plihan Raya (SPR), 21 pusat itu telah digazetkan untuk ditutup pada pukul 2 petang, dan menurutnya setakat pukul 1 tengah hari tadi, 56 peratus pengundi awal telah mengundi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
52% keluar mengundi awal setakat jam 12 tengah hari
Statistik keluar mengundi awal bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 12 tengah hari :
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
? Peratus keseluruhan: *52%* - @sprgovmy #MelakaMemilih #PRNMelaka pic.twitter.com/RaD9BXA0l3
Bersama Adly Zahari
Sebelum itu, sempat mencuri masa calon PH untuk DUN Bukit Katil, Adly Zahari, bercakap mengenai manifesto mereka untuk #MelakaMemilih #PRNMelaka. Memang semua perincian dalam memori dia. pic.twitter.com/GwtpVwuwtL
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
Bersama Zambry Abdul Kadir
Berjumpa dengan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Diraja Zambry Abdul Kadir, bercakap mengenai manifesto BN untuk #PRNMelaka, pandangan beliau mengenai #MelakaMemilih dan sebagainya. pic.twitter.com/txtFf9wQHD
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
39% keluar mengundi setakat 11 pagi
Statistik keluar mengundi awal bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 11.00 pagi:
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
? Peratus keseluruhan: *39%* - @sprgovmy #MelakaMemilih #PRNMelaka pic.twitter.com/VdKxivo9C4
Apa erti jadi wakil rakyat, jika miskin tegar tidak terbela
Prihatin rakyat
Baru kehilangan suami seminggu lepas, dirinya juga diuji dengan pelbagai penyakit - lelah, kencing manis, dua kali usus dipotong.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
Anak sulung bekerja sementara dengan SPR sempena #PRNMelaka, anak kedua masalah slow-learner, anak ketiga seperti berputus asa dengan nasib keluarga. pic.twitter.com/EVfjJrZjyT
Rumah kampung uzur? Penghuninya?
Setiap kali menjelajah ke DUN yang ada, mata terpaku dengan keindahan seni reka rumah Melaka. Rindu pada kampung.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
Tetapi mata juga tertumpu kepada rumah-rumah kampung yang uzur. Kalau rumahnya uzur, penghuninya pula bagaimana? #MelakaMemilih #PRNMelaka pic.twitter.com/kAJbtKyOOy
Keluhan parti bertanding berbanding keperitan rakyat Melaka
Hiruk pikuk, kemeriahan #PRNMelaka tetap terasa, biarpun acapkali kedengaran keluhan parti bertanding - “SOP SPR seperti mengikat kaki dan tangan”.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
Tetapi apakah keluhan, kepayahan itu sama dengan keperitan segelintir Rakyat Melaka?#MelakaMemilih @501Awani pic.twitter.com/F5p6APje1P
10,191 anggota tentera tunai tanggungjawab mengundi awal
Seramai 10,191 pegawai, anggota dan keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menunaikan tanggungjawab mereka di tujuh Pusat Pengundian Awal (PPA) di Kem Terendak pada Selasa.
Menurut Panglima Tiga Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, kesemua anggota yang layak mengundi dipecahkan kepada empat kumpulan iaitu pada jam 8 hingga 10 pagi, 10 pagi hingga 12 tengah hari, 12 tengah hari hingga 2 petang, dan 2 hingga 4 petang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Calon PH DUN Paya Rumput janji naik taraf keterhubungan internet
Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 DUN Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yakin dapat menangani isu keterhubungan internet yang menjadi keluhan rakyat kawasan itu sekiranya dipilih sebagai wakil mereka.
Beliau melihat itu masalah yang besar khususnya terhadap pendidikan anak-anak dalam norma baharu ini, namun tidak sukar untuk diselesaikan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Suasana di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2
#PRNMelaka : Suasana pusat pengundian awal di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2, Sungai Udang Melaka, awal pagi ini. pic.twitter.com/wn4H08DQFI
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 16, 2021
BN mahu hidupkan kembali pusat perindustrian Merlimau
Seandainya dipilih menjadi wakil rakyat Merlimau nanti, calon Barisan Nasional (BN) N.27, Dr Muhammad Akmal Salleh mahu memberi nafas baharu kepada pusat perindustrian yang ada di DUN itu.
Katanya, ia supaya daya ekonomi rakyat Merlimau dapat ditingkatkan sekaligus tidak perlu untuk mereka keluar dari situ untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Manifesto calon
#PRNMelaka #MelakaMemilih: Saya cuba dapatkan jurucakap dari pihak yang bertanding untuk bercakap tentang manifesto.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
PUTRA ✅
BEBAS ✅
PN ✅
IMAN ✅
Hari ini berjaya dapat PH ✅
Masih menunggu calon BN ? pic.twitter.com/F80AZ0Nhji
Antara 2,322 yang selesai buang undi
Mereka antara 2,322 pegawai dan anggota yang sudah selesai menunaikan tanggungjawab ??#MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani pic.twitter.com/AXV3BGo5jm
— Shuhada Kadir ? (@shuhadakadir) November 16, 2021
739 pengundi awal di IPK Melaka
Proses pengundian awal melibatkan pegawai dan anggota polis di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sebanyak 31 pusat pengundian awal dibuka di seluruh negeri dengan 24 daripadanya melibatkan pusat pengundian bagi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
BACA BERITA PENUH DI SINI
10,191 pegawai, anggota dan keluarga tunai tanggungjawab
#MelakaMemilih Seramai 10,191 pegawai, anggota dan keluarga Tentera menunaikan tanggungjawab mereka di 7 Pusat Pengundian Awal hari ini. @501Awani #PRNMelaka pic.twitter.com/GCVkanvVJa
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 16, 2021
Penentu PRN Melaka
JIKA anda bertanya saya sama ada Pakatan Harapan akan memenangi pilihan raya negeri Melaka, jawapan saya buat masa ini ialah “saya tak tahu lagi”.
Jawapan yang lebih tepat ialah “terpulang kepada jumlah orang keluar mengundi”. Semuanya akan ditentukan pada saat-saat akhir nanti.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Berus pakai buang, dakwat pilihan raya
Kakitangan @KKMPutrajaya menunjukkan berus pakai buang dan dakwat pilihan raya yang digunakan sebagai persediaan sekiranya terdapat pengundi bergejala pada hari mengundi awal #PRNMelaka2021 ketika tinjauan di Kem Bukit Beruang hari ini.
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 16, 2021
?:Izzuddin Abd Razak pic.twitter.com/NQ3PtFE3qJ
Pengerusi SPR tinjau perjalanan undi awal
Jam 9.40 pagi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh meninjau perjalanan undi awal di Dewan Serbaguna IPK Melaka.@501Awani #MelakaMemilih #PRNMelaka pic.twitter.com/3wpGIB7Qaq
— Shuhada Kadir ? (@shuhadakadir) November 16, 2021
11% keluar mengundi setakat 9 pagi
Statistik keluar mengundi awal bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 9.00 pagi:
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
? Peratus keseluruhan: *11%* - @sprgovmy #MelakaMemilih #PRNMelaka pic.twitter.com/icDHbVuqQW
Calon sarapan bersama
Moment macam ni yang paling media gemari. Ketika calon Bebas Abdul Hamid Mustapa dan calon PH Adly Zahari minum pagi, mereka disertai calon BN, Hasnoor Husin. #MelakaMemilih #PRNMelaka pic.twitter.com/6brNnykj29
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
Calon Bebas tinjau perjalanan undi awal
Calon Bebas Abdul Hamid Mustafa juga turun. #MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani pic.twitter.com/C3sBYOWbOX
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
Anggota tentera selesai mengundi
#PRNMelaka2021 : Rakaman gambar anggota tentera mengundi pada hari mengundi awal Pilihan Raya Negeri Melaka 2021 ketika tinjauan di Kem Bukit Beruang hari ini.
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 16, 2021
?:Izzuddin Abd Radzak pic.twitter.com/pEqFSoNFeJ
Adly Zahari tinjau proses pengundian
Calon Pakatan Harapan untuk DUN Bukit Katil, Adly Zahari turun meninjau proses pengundian awal #MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani pic.twitter.com/vmpJOMXNDw
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
Panglima 3 Divisyen Infantri selesai buang undi
Panglima 3 Divisyen Infantri Mej Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim menunjukkan jari yang dicalit dakwat sesudah selesai mengundi pada proses pengundian awal PRN Melaka di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2, Melaka pagi ini.#PRN #PRNMelaka2021 #MelakaMemilih pic.twitter.com/mnfKIZV1ts
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 16, 2021
Ketua Polis Daerah Alor Gajah selesai mengundi
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu selesai melakukan undi awal di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah kira-kira 8.40 pagi ini. pic.twitter.com/80Q9BppoW6
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 16, 2021
Undi awal berjalan lancar
Pengundian awal melibatkan 378 pengundi terdiri daripada anggota dan pegawai polis berjalan lancar di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah setakat 8.30 pagi ini. pic.twitter.com/ccupLxiQp1
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 16, 2021
Anggota tentera tunggu giliran
#MelakaMemilih Ratusan anggota tentera beratur untuk membuang undi di SK Terendak 1 dan 2. @501Awani #PRNMelaka pic.twitter.com/Cc3qOUB1My
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 16, 2021
Calon pertama tiba jam 8.45 pagi
#PRNMelaka Calon Perikatan Nasional (PN) DUN N16 Ayer Keroh, Datuk Seri Michael Gan Peng Lam meninjau proses pengundian awal di Dewan Serbaguna IPK Melaka.
— Shuhada Kadir ? (@shuhadakadir) November 16, 2021
Calon pertama yang tiba ke pusat ini tepat jam 8.45 pagi. #MelakaMemilih @501Awani pic.twitter.com/nUMnZlpvyl
Anggota Tentera, keluarga siap sedia buang undi
#MelakaMemilih Anggota Tentera dan keluarga bersiap sedia untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam undi awal @501Awani #PRNMelaka pic.twitter.com/Xq6vx7HZu0
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 16, 2021
Keadaan di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2
Keadaan di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2, Melaka untuk proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Melaka, hari ini.#PRNMelaka2021 #MelakaMemilih #melaka #undi pic.twitter.com/Xg9pdDJVip
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 16, 2021
Pengundian awal bermula jam 8 pagi
Pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bermula pagi ini.
Dua saluran mengundi tersebut dibuka pada jam 8 pagi ini untuk proses pengundian.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ralat: PDM Bukit Beruang
Ralat: Dua pusat pengundian awal - Balai Polis Bukit Baru & Dewan Sri Beruang Kem Askar Wataniah untuk Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Beruang. #MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani pic.twitter.com/9K6uwiGvr3
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
Anggota keselamatan mula mendaftar
Sejurus pusat pengundian awal dibuka, beberapa anggota sudah dilihat mendaftarkan diri dan masuk ke dalam untuk mengundi. #MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani pic.twitter.com/W98KC4hALk
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 16, 2021
Petugas sedia di pusat mengundi awal
#PRNMelaka Awal pagi pegawai dan anggota polis dah sedia ke Pusat Mengundi awal di Dewan Serbaguna IPK Melaka untuk tunaikan tanggungjawab ??#MelakaMemilih @501Awani pic.twitter.com/hkOKUQXYYc
— Shuhada Kadir ? (@shuhadakadir) November 16, 2021
Pusat Pengundian Awal dibuka 8 pagi
PRN Melaka: 31 Pusat Pengundian Awal dibuka 8 pagi ini - SPR#PRNMelaka2021 #prn #melaka #melakamemilh pic.twitter.com/w0aVwUKYmm
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 16, 2021
Kenali calon DUN Bukit Katil
Kenali calon DUN Bukit Katil #MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani https://t.co/eVqFweqxkE
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 15, 2021
Wartawan Firdaus Azil melaporkan dari Bukit Katil
Selamat pagi dari Bukit Katil. Hari pengundian awal #PRNMelaka menyaksikan dua PDM dibuka untuk pengundi awal.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 15, 2021
Balik Polis Bukit Baru: 27 anggota polis & pasangan
Dewan Sri Beruang Kem Askar Wataniah: 302 anggota tentera & pasangan #MelakaMemilih @501Awani pic.twitter.com/Ohp9pBda3u
11,557 mengundi awal hari ini
Seramai 11,557 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab masing-masing di 31 pusat pengundian awal (PPA) hari ini.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi awal terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Muhyiddin, henti canang diri sebagai mangsa khianat UMNO' - Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggesa Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berhenti mencanang beliau adalah mangsa pengkhianatan UMNO.
Beliau berkata, Muhyiddin tidak boleh sengaja melupakan episod di mana beliau dan Datuk Seri Azmin Ali menyusun plot untuk membawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan beberapa pemimpin politik menjatuhkan Pakatan Harapan (PH).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Calon bebas DUN Serkam berkuda keliling kampung sambil berkempen
Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tampil dengan cara tersendiri, bersiar-siar menunggang kuda sambil berkempen di sekitar Kampung Paya Tanjung untuk memperkenalkan diri kepada pengundi.
Datuk Norazlanshah Hazali bekas pensyarah universiti awam itu menunggang kuda berwarna coklat di badan dengan tompok putih di kaki diberi nama Bonita yang memaparkan poster pilihan raya beliau mengandungi nombor giliran calon, nama beliau dan simbol pen yang diletakkan pada sisi pelana.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PN optimis dapat terima mandat rakyat - Azmin
Perikatan Nasional (PN) optimis gabungan itu mampu memenangi mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Pengarah pilihan rayanya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu diukur melalui rekod pencapaian kerajaan di bawah gabungan parti itu.
BERITA PENUH DI SINI
Kalau ada peluang kerja, anak Kelemak takkan hijrah ke mana-mana
Menjadi resam manusia, keluar dari kampung merantau ke tempat orang untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
Namun apa yang menjadi kebimbangan adalah penghijrahan itu menyebabkan tiada siapa lagi yang tinggal untuk meneruskan kesinambungan kewujudan sesebuah masyarakat, akhirnya penempatannya terbiar sepi menjadi kampung atau bandar mati.
Tidak Tuhan jadikan sesuatu itu sia-sia, di mana saja tempat di muka bumi ini ada sumbernya. Seperti pekan-pekan lain di Melaka, Kelemak juga mungkin ada permata yang belum tergali namun tetap ada lubuk rezekinya.
BERITA PENUH DI SINI
16 kompaun dikeluarkan kepada parti politik langgar SOP
Sebanyak 16 kompaun bernilai RM198,000 telah dikeluarkan kepada parti politik dan individu yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sejak 25 Okt hingga hari ini.
Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah berkata daripada jumlah itu, 11 kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (dua) manakala Pasukan Bersepadu (tiga).
BERITA PENUH DI SINI
Bertanding dalam keadaan daif, rekod pencapaian jadi kayu ukur - Calon BN Rembia
Selain manifesto parti yang telah diumumkan, calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Jailani Khamis turut menawarkan enam Aku Janji sendiri dengan meletakkan posisi penyandang kerusi sebagai kelebihan buat dirinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Beliau yang juga Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri yakin, pencapaian yang telah dilakukan di kawasan DUN itu sejak selepas Pilihan Raya Umum (PRU)14 lalu menjadi ‘kayu ukur’ kepada pengundi untuk terus memberi mandat kepadanya meskipun berdepan kekangan berkempen.
BERITA PENUH DI SINI
PRN Melaka: 13 calon Bebas sah tandatangani akuan bersumpah
Seramai 13 calon Bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di bawah Gagasan Bebas secara rasmi menandatangani Akuan Bersumpah (SD) hari ini.
BERITA PENUH DI SINI
Undi awal: 11,557 pengundi, 31 pusat mengundi, 24 DUN - SPR
Seramai 11,557 pengundi akan mengundi awal di 31 pusat mengundi yang akan dibuka bermula jam 8 pagi esok.
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, jumlah itu merangkumi 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis di seluruh negeri.
BERITA PENUH DI SINI
YB Viral yakin prestasi tiga tahun beri kelebihan
"Mereka baru menabur janji, saya sudah lama menabur bakti", itu prinsip yang dipegang calon Bebas DUN Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee yang juga penyandang di kawasan itu.
Moto itu bukan omong kosong tetapi menurutnya, telah diterjemahkan sejak tiga tahun lepas apabila beliau sebagai wakil rakyat kawasan berjaya menyelesaikan pelbagai masalah penduduk setempat.
BERITA PENUH DI SINI
Kempen dalam norma baharu. Tidak biasa atau tidak tahu?
PN lancar ikrar untuk Melaka
Mekanisme halang lompat parti boleh dilaksana selepas PRN Melaka
Mekanisme pilihan raya semula yang bertujuan untuk menangani tindakan lompat parti boleh dilaksanakan di Melaka meskipun selepas PRN diadakan.
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pengundi di Melaka perlu menyokong parti politik yang menunjukkan komitmen untuk membentangkan Rang Undang-Undang Hibrid.
BERITA PENUH DI SINI
Landskap politik norma baharu Melaka perlu diperhalusi
Landskap politik yang sesuai dengan norma baharu perlu segera diperhalusi khususnya yang melibatkan pentadbiran, akauntabiliti dan kebajikan masyarakat.
Datuk Mas Ermieyati Samsudin menjelaskan, dalam konteks norma baharu politik semasa, tidak ada parti tunggal yang dominan membentuk kerajaan dan rakyat perlu sentiasa terbuka menerima sebarang kemungkinan.
BERITA PENUH DI SINI
Jentera BN 'tumpul' kerana kekangan SOP - Najib
Barisan Nasional mengakui kekangan SOP yang ditetapkan SPR menjejaskan gerak kerja parti itu.
Datuk Seri Najib Razak berkata, ia menuntut bukan sahaja calon, sebaliknya jentera parti itu untuk lebih kreatif dalam memastikan matlamat yang dibawa sepanjang tempoh berkempen, sampai kepada pengundi.
BERITA PENUH DI SINI
'Sepatutnya merayu pada pengundi, bukan buat ugutan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kenyataan berbaur ugutan yang dikeluarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya akan membuatkan rakyat menarik sokongan kepada gabungan parti itu.
Sebaliknya, tegas beliau, Muhyiddin sepatutnya ‘merayu’ kepada pengundi dan membuktikan bahawa PN mampu membuat tawaran menarik kepada rakyat sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan negeri.
BERITA PENUH DI SINI
Calon BN Klebang fokus naik taraf sistem pengairan sawah
Senator Datuk Lim Ban Hong akan memberi 10 tumpuan dalam manifestonya untuk pengundi di kawasan DUN Klebang.
Antaranya, menaik taraf sistem pengairan di kawasan sawah padi dan tanaman pertanian, sekiranya diberikan mandat pada PRN ini.
BERITA PENUH DI SINI
Kaedah 'omnipresence' tingkat tahap kepatuhan SOP
Kaedah "omnipresence" dengan meningkatkan kehadiran anggota pemantauan penguat kuasa di lokasi tumpuan merupakan langkah efektif bagi meningkatkan tahap kepatuhan orang ramai terhadap SOP sepanjang tempoh kempen PRN Melaka.
Presiden PPPKAM Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, orang ramai termasuk petugas dan penyokong parti politik berasa takut diperhatikan pihak berkuasa selain takut disaman.
BERITA PENUH DI SINI
PM lawat Melaka, kunjungi beberapa DUN
Kunjungan PM beri semangat kepada calon bertanding
Ismail Sabri lawat bilik gerakan parti
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengadakan lawatan ke negeri Melaka dan beramah mesra dengan penduduk setempat di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau terdahulu mengunjungi Bilik Gerakan DUN Sungai Udang kira-kira jam 9.45 pagi tadi disambut pemimpin dan jentera parti Barisan Nasional (BN) Bahagian Tangga Batu.
BERITA PENUH DI SINI
Perkampungan etnik Chitty bakal lenyap akibat banjir
Sekitar 250 penduduk Kampung Chitty di Gajah Berang, di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, mahu warisan di kawasan itu dipulihara.
Mereka berkata, masalah banjir yang berterusan dan kurangnya kerja pemuliharaan yang dilakukan mungkin akan melenyapkan perkampungan unik itu daripada peta warisan Melaka.
BERITA PENUH DI SINI
Elak kempen politik kekerasan, keegoan, cabar mencabar - Annuar
Kempen PRN Melaka perlu berjalan dalam kesederhanaan dan mengelak daripada politik kekerasan, keegoan dan cabar-mencabar.
Tan Sri Annuar Musa berkata ia perlu fokus kepada mengajak rakyat mengenali calon-calon yang diketengahkan tanpa perlu serang-menyerang atau tuduh-menuduh.
BERITA PENUH DI SINI
Tanding secara sihat, tiada provokasi - Muhamad Danish
Calon Pakatan Harapan (PH) daripada DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Muhamad Danish Zainudin berharap pihak lawan bertanding secara sihat tanpa sebarang provokasi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Muhamad Danish yang berusia 25 tahun berkata ketika berkempen tidak perlulah melakukan perbuatan tidak sihat termasuk merosakkan bahan kempen parti lawan seperti papan iklan.
BERITA PENUH DI SINI
Parti perlu pastikan rakyat keluar mengundi
Cuba tenang mengopi, tapi trafik sesak tak henti
Siapa yang tidak suka datang ke Melaka?
Ada sebenarnya dan mungkin sebabnya hanya satu - kesesakan trafik. Inilah pematah semangat dan keinginan untuk meluangkan masa menikmati keindahan negeri ini, khususnya di sekitar Banda Hilir dan Jalan Jonker.
BERITA PENUH DI SINI
'Jika Bersatu kalah teruk dengan UMNO, adakah Muhyiddin masih sokong Ismail?'
Jika UMNO tewaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan teruk sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob?
Persoalan itu dilontarkan penasihat DAP, Lim Kit Siang terhadap Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden Bersatu itu, selepas Muhyiddin mengakui beliau bukan pendendam, dan membiarkan pemimpin UMNO menggantikannya sebagai Perdana Menteri sewaktu krisis politik tempoh hari.
BERITA PENUH DI SINI
Manifesto PH untuk rakyat Melaka hanya sekadar janji manis - Ahmad Zahid
Pakatan Harapan didakwa hanya mengeluarkan janji-janji manis sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun itu semua tidak lebih daripada usaha mengelirukan rakyat, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, semua janji itu tidak ubah seperti ulangan, sewaktu negara berada di bawah pemerintahan PH selama 22 bulan.
BERITA PENUH DI SINI
'Antara Pas dan BN, orang tahu siapa lebih ekstrem' - Khaled Nordin
Jika Barisan Nasional (BN) itu parti yang ekstrem, tidak mungkin ia bertahan selama 61 tahun mentadbir negara ini, tegas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Bekas Menteri Besar Johor itu dalam catatan terbaharu di Facebooknya berkata, ia berbeza dengan Pas yang tidak pernah menang besar dalam mana-mana pilihan raya umum, kerana pada orang Melayu dan Islam, Pas sebenarnya parti yang ekstrem.
BERITA PENUH DI SINI
Dek kerana SOP ketat, calon kongsi pengalaman minum pagi empat kali
Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memberikan pelbagai pengalaman menarik, kepada calon-calon yang bertanding.
Beberapa calon menceritakan yang mereka terpaksa minum pagi sehingga empat kali, dek kerana mahu patuh kepada SOP kempen yang digariskan.
BERITA PENUH DI SINI
28 calon PN tandatangan aku janji tentang rasuah
Semua 28 calon Perikatan Nasional (PN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini, selesai menandatangani aku janji menentang rasuah.
Majlis menandatangani borang aku janji itu dilaksanakan di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN di Tanjung Minyak, di sini dan disaksikan oleh pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BERITA PENUH DI SINI
PN lantik calon ketua menteri daripada Bersatu - Muhyiddin
Calon Ketua Menteri Melaka bagi Perikatan Nasional (PN) akan dilantik dalam kalangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penetapan itu mengambil kira jumlah calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka daripada parti itu yang lebih ramai berbanding parti lain dalam gabungan PN.
BERITA PENUH DI SINI
Jabatan Kesihatan kenal pasti 23 kontak rapat jentera parti positif COVID-19
Jabatan Kesihatan negeri telah mengenal pasti 23 orang kontak rapat kepada seorang petugas jentera sebuah parti politik yang didapati positif COVID-19, dan telah diarahkan untuk menjalani kuarantin.
Pengarah Kesihatan negeri Dr Rusdi Abd Rahman berkata individu berasal dari Pahang itu berada di negeri ini sejak 1 Nov, bagi membantu jentera partinya dalam pilihan raya di Melaka dan arahan penutupan bilik gerakan telah dikeluarkan bermula hari ini, memandangkan terdapat risiko penularan di lokasi itu.
BERITA PENUH DI SINI
SOP ketat cabaran calon baharu dekati pengundi - Mohamad Ali
Calon baharu daripada Barisan Nasional bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Udang Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, mengakui prosedur operasi standard merupakan cabaran besar baginya untuk mendekati pengundi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tidak boleh pakai baju berlogo parti? Ini jawapan polis kepada DAP
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, menegaskan tiada halangan mana-mana individu memakai pakaian berlogo parti sepanjang tempoh berkempen PRN Melaka.
Menjelaskan kekeliruan berhubung ketidakpuasan hati oleh DAP berhubung kompaun RM4,000 terhadap seorang sukarelawan parti, jelasnya notis itu dikeluarkan kerana individu berkenaan dikesan melakukan ‘walkabout’ dan bukan sebab mengenakan pakaian berlogo parti.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Muhyiddin anggap Shahrir Samad bodoh, cabar jatuhkan Kerajaan Johor
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap cabaran veteran UMNO Tan Sri Shahrir Samad untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor, seperti yang berlaku di Melaka, bukan sahaja berniat jahat namun tidak berakal.
Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, beliau tidak akan bertindak bodoh seperti segelintir pemimpin UMNO yang menarik sokongan terhadap kerajaan sendiri, dan akhirnya menyebabkan rakyat Melaka terpaksa menanggung risiko COVID-19 akibat PRN.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jangan tampal poster di tiang elektrik, TNB elak gangguan hari mengundi
Tenaga Nasional Berhad telah membuat persiapan rapi bagi memastikan bekalan elektrik di pusat pengundian dan penjumlahan undi tidak terganggu pada hari mengundi PRN Melaka, 20 Nov ini.
Ketua Operasi Bahagian Rangkaian Pembahagian TNB Mohd Yusof Ibrahim berkata tumpuan persiapan meliputi aspek teknikal dan operasi selain bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Iman lancar manifesto minggu hadapan
Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) akan melancarkan manifestonya sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada minggu hadapan, kata Setiausaha Agungnya Amir Hamzah Abdul Rajak.
Amir Hamzah berkata manifesto berkenaan akan dilancarkan pada Isnin atau Selasa ini secara hibrid, dan bakal menjadi pemangkin kepada perubahan di DUN Machap Jaya.
ARTIKEL PENUH DI SINI
PN lancar manifesto Ahad ini
Perikatan Nasional akan melancarkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Ahad ini.
Pengerusi PN Negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, manifesto yang bakal dilancarkan itu akan merangkumi semua aspek secara holistik dengan meliputi segenap lapisan masyarakat.
BERITA PENUH DI SINI
Mengapa tak boleh baju berlogo parti? DAP mahu penjelasan
Kekeliruan demi kekeliruan masih timbul tentang prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Suruhanjaya Pilihan Raya, sehingga mengakibatkan kesukaran kepada semua parti politik yang bertanding di PRN Melaka.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Mas Ermieyati mahu perkasa anak muda, wanita
Perumahan seimbang, penyelesaian banjir
Bilik Gerakan PN di Telok Mas ditutup kerana COVID-19, dikompaun RM10,000
Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengeluarkan notis penutupan premis ke atas Pusat Gerakan Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Telok Mas, berkuat kuasa hari ini hingga 26 Nov.
Mengikut paparan yang dikongsikan kepada Astro AWANI, notis penutupan itu dikeluarkan berikutan terdapat pengesanan kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang berada di premis itu.
BACA LAPORAN PENUH DI SINI
Mohamad Ali yakin UMNO menang kali ini
Cikgu Ali yakin BN menang kali ini
Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yakin UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain mampu meraih kemenangan pada PRN Melaka 20 Nov ini.
Calon BN N11 DUN Sungai Udang itu berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan keadaan di mana parti itu bakal berdepan tentangan yang hampir serupa dengan situasi pada PRU ke-14 tiga tahun lalu.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Bilik Gerakan PN di Telok Mas ditutup hingga 26 Nov
KKM mengeluarkan notis penutupan premis ke atas Pusat Gerakan Perikatan Nasional bagi DUN Telok Mas, berkuat kuasa hari ini hingga 26 Nov.
Ia dikeluarkan susulan terdapat pengesanan kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang berada di premis itu.
PN juga dikompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan alat pengesan suhu di premis berkenaan.
BERITA LANJUT DI SINI
'Mengapa tak boleh pakai baju dengan logo parti?'
Kekeliruan masih timbul tentang SOP yang digariskan SPR, sehingga mengakibatkan kesukaran kepada parti politik yang bertanding kali ini.
Terbaharu, Pengarah Pilihan Raya DAP bagi PRN Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa, polis seolah-olah membuat interpretasi sendiri berhubung perkara yang tidak ada dalam SOP.
BERITA LANJUT DI SINI
Cikgu Ali yakin BN menang kali ini
Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yakin UMNO dan parti komponen BN lain mampu meraih kemenangan pada pilihan raya negeri kali ini.
Calon DUN Sungai Udang itu berkata, parti itu bakal berdepan tentangan yang hampir serupa dengan situasi pada PRU14 tiga tahun lalu.
BERITA LANJUT DI SINI
Mas Ermieyati mahu perkasa anak muda, kaum hawa di Tanjung Bidara
Perkhidmatan berteraskan pemerkasaan ekonomi, pendidikan dan sosial akan teruskan oleh Datuk Mas Ermieyati dari Masjid Tanah ke Tanjung Bidara.
Calon Perikatan Nasional itu berhasrat membangunkan semula masyarakat khususnya anak muda dan kaum hawa yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
BERITA LANJUT DI SINI
Perumahan seimbang, selesai masalah banjir tawaran Choon Koon
Kembali bertanding di kampung halaman, Datuk Ng Choon Koon menawarkan tujuh teras utama perkhidmatannya kepada penduduk DUN Bemban.
Aspek pembangunan perumahan rakyat yang seimbang serta menangani masalah banjir saban tahun akan diusahakan calon bebas itu sekiranya dipilih.
BERITA LANJUT DI SINI
SOP dan soal kejujuran, suara politik dan rakyat
Muhyiddin minta kerajaan jamin liputan media adil
Semua calon PN wajib tandatangani aku janji anti rasuah
Aku janji perangi rasuah
Kesemua 28 calon Perikatan Nasional yang bertanding pada PRN Melaka perlu menandatangani aku janji sebagai komitmen memerangi rasuah.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia selari dengan pendirian yang didukung gabungan parti itu untuk menentang salah guna kuasa dan rasuah serta memberi layanan adil kepada semua pihak.
BERITA LANJUT DI SINI
Mohd Azrudin janji atasi masalah banjir di Pengkalan Batu
Calon Perikatan Nasional DUN Pengkalan Batu berjanji akan menyelesaikan masalah banjir yang sering melanda kawasan itu dalam tempoh 100 hari jika diberi mandat oleh rakyat.
Kata Mohd Azrudin Md Idris, dia ada formula menyelesaikan masalah itu selaras dengan manifesto PN yang akan diumumkan tidak lama lagi.
BERITA LANJUT DI SINI
'Bila dacing dah lama, ada kelemahannya' - Hadi Awang
Pas berpendirian pembaharuan perlu dilakukan dalam landskap politik termasuk membentuk kerjasama dalam membuat tawaran baharu kepada rakyat.
Mengambil kira pengajaran pada PRU14, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, episod lalu banyak mengajar rakyat bahawa parti yang begitu lama memerintah mempunyai banyak kelemahan.
BERITA LANJUT DI SINI
PRN Melaka: Kak Som mahu selesai isu banjir, sampah di Pengkalan Batu
Isu banjir dan masalah pelupusan sampah menjadi antara perkara yang akan diberi perhatian calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin jika diberi mandat oleh pengundi kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.
Kalsom atau mahu dikenali sebagai 'Kak Som' berkata aspek lain yang akan diberi perhatian ialah pembangunan fasiliti sukan dan pusat sehenti belia bagi memberi ruang kepada golongan itu untuk turut sama membangunkan Pengkalan Batu.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: PN mahu lonjak Melaka jadi negeri industri di samping perkasa pelancongan
Seandainya diberi mandat untuk membentuk kerajaan negeri, Perikatan Nasional (PN) mahu mengembangkan potensi Melaka sebagai pusat perindustrian dan perdagangan.
Calon Perikatan Nasional (PN) N23 DUN Telok Mas, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pengalamannya sebagai Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan ketika pentabdiran terdahulu memberi keyakinan bahawa Melaka mampu berbuat demikian.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Pertembungan UMNO-Pas hanya pertandingan persahabatan
Naib Presiden Pas Senator Idris Ahmad menegaskan pertembungan antara Pas dan UMNO di tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya pertandingan persahabatan.
Malah, jelasnya, Pas juga masih kukuh dengan pendiriannya dalam memainkan peranan sebagai pendamai antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Zahid Hamidi gesa pengundi Melaka waspada, ada cubaan burukkan imej calon BN
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka agar berhati-hati dengan strategi pembunuhan karakter terhadap calon Barisan Nasional.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, strategi itu digunapakai bagi merosakkan nama baik calon BN, yang beliau dakwa sering dilakukan pada pilihan raya umum 2018.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Jangan 'main tipu' ingkar SOP kempen
Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka digesa untuk tidak ‘main tipu’ sepanjang tempoh berkempen dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Mengakui rintangan yang terpaksa dihadapi calon sebalik SOP yang ketat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menggunakan kreativiti masing-masing dan kekal patuh dengan garis panduan yang diputuskan.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Grasicili bentuk agropreneur muda serba mahir bertani, berniaga
Syarikat Grasicili berjaya mengubah stigma bahawa pertanian itu adalah satu bidang kampung dan tiada kelas, sekurang-kurangnya di Melaka.
Seiring slogannya 'Let’s Get Hot', perusahaan pertanian yang diasaskan bekas usahawan teknologi atau teknopreneur Munir Asim Abdullah itu, kini semakin hangat diperkatakan perkembangannya.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Kempen cara 'lama' dirindui, kaedah baru dipraktikkan
''Macam kembali ke zaman 70-an.'' Begitulah ulasan spontan salah seorang bakal pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Mohd Arshad Ismail, 68, ketika melihat kenderaan parti yang dipasang alat pembesar suara bagi tujuan kempen mengenal calon yang dilakukan di sekitar Bukit Beruang di sini pada Rabu.
Peniaga makanan itu berkata, kaedah itu mungkin nampak seperti ketinggalan zaman tetapi tetap menjadi langkah terbaik bagi mengelak orang ramai berhimpun dan meningkatkan kes jangkitan COVID-19 di negeri ini.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: BN bukan nak jadi 'Abang Besar', tapi UMNO perlu jadi parti teras - Khaled Nordin
Parti teras masih lagi relevan untuk politik Malaysia bagi memastikan kestabilan politik negara ini, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mohamed Khaled berkata ketiadaan parti teras akan menyebabkan ketidaksetiaan kepada parti dan berlaku lompat melompat sehingga sukar mengawal kestabilan politik negara atau negeri.
BERITA LANJUT DI SINI.
Perkasa golongan muda melalui program adik angkat
Calon Pakatan Harapan bagi DUN Pengkalan Batu, Muhamad Danish Zainudin mahu memperkasakan golongan muda, khususnya pelajar sekolah melalui Program Adik Angkat sekiranya diberi mandat menjadi wakil rakyat kawasan itu.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
UiTM tidak halang mahasiswa jadi calon - Naib Canselor
Universiti Teknologi Mara tidak menghalang mana-mana mahasiswanya untuk menjadi calon yang bertanding dalam pilihan raya kerana ia tidak berlawanan dengan akta universiti itu.
Naib Canselor UiTM Profesor Roziah Mohd Janor berkata semakan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati Akta 173 UiTM membenarkan mahasiswa universiti itu berpolitik atau menjadi calon parti politik.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
PH lancar pelan tindakan, 6 strategi dan 32 inisiatif
Pakatan Harapan hari ini melancarkan Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan, khusus bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Calon Ketua Menteri PH, Adly Zahari berkata, pelan tindakan itu mempunyai tiga teras utama iaitu Melaka Sejahtera, Melaka Makmur dan Melaka Stabil.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Seorang positif COVID-19, jentera Srikandi Bersatu diarah kuarantin
Sekumpulan jentera Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang membantu kempen PRN Melaka diarah kuarantin selepas salah seorang daripada mereka disahkan positif COVID-19.
Jentera Srikandi dari sebuah negeri di pantai timur tanah air itu dilaporkan menetap sementara di sebuah rumah di Semabok sepanjang tempoh PRN berjalan sehingga 20 November ini.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Sah! Adly pilihan PH untuk calon Ketua Menteri
Pakatan Harapan hari ini sah mencalonkan calon DUN Bukit Katil Adly Zahari untuk sekali lagi memegang jawatan Ketua Menteri Melaka, sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka mahu menonjolkan satu tokoh untuk memimpin Kerajaan Negeri, dan prestasi Adly selama 22 bulan nyata memenuhi kriteria tersebut.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Adly fokus kemenangan calon
Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari mahu mengetepikan soal calon Ketua Menteri, sebaliknya memberikan tumpuan untuk kemenangan parti itu.
Beliau yang juga bekas Ketua Menteri menyerahkan keputusan itu kepada Majlis Presiden PH untuk menentukan calon yang layak memegang jawatan berkenaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sulaiman Md Ali calon Ketua Menteri BN - Mohamad Hasan
Datuk Seri Sulaiman Md Ali dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya BN diberi mandat untuk membentuk kerajaan oleh rakyat dalam PRN pada 20 November ini.
Mengumumkan perkara itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan, Sulaiman dilihat sebagai pemimpin yang disenangi rakyat Melaka serta bebas daripada isu.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
BN perkenal lima teras, 103 inisiatif
Menurut Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hassan, manifesto dan aku janji BN itu perlu dicapai dalam tempoh 100 hari, jangka sederhana dan jangka panjang demi memastikan kemakmuran dan kestabilan rakyat khususnya di Melaka.
ARTIKEL PENUH DI SINI
SPR digesa teliti semula SOP, jangan keterlaluan - Mohamad Hasan
Suruhanjaya Pilihan Raya diminta untuk meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) ketika tempoh berkempen dalam PRN Melaka yang akan datang.
Menurut Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan, SOP yang dikenakan ketika ini memberi kesan kepada petugas jentera di lapangan sekali gus menyukarkan kempen dijalankan.
BERITA PENUH DI SINI
PH Melaka akur keputusan mahkamah tolak permohonan batalkan PRN Melaka
Pakatan Harapan Melaka akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Pengerusinya Adly Zahari untuk membatalkan Pilihan PRN Melaka yang dijadualkan pada 20 Nov ini.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Bukan sabotaj, tetapi rakyat mahu saya kembali - Ng Choon Koon
Bekas ADUN Bemban, Datuk Ng Choon Koon menegaskan, tindakannya bertanding bukan untuk menentang mana-mana parti atau membalas dendam terhadap BN.
BERITA PENUH DI SINI
Sebanyak 7,601 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRN Melaka
Sebanyak 7,601 kertas undi pos telah dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada pengundi yang layak mengundi secara pos bagi PRN Melaka.
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah itu meliputi 6,871 kategori Borang 1A membabitkan petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Adly gagal cabar pembubaran DUN
Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari hari ini gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan Pilihan Raya Negeri Melaka yang dijadualkan pada 20 November ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin dalam penghakimannya berkata, proses membuat keputusan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam bagi membubarkan DUN tidak boleh dipertikai.
BERITA LANJUT DI SINI
UMNO tak pernah sibuk nak damaikan Pas dengan Amanah - Khaled Nordin
Keputusan Pas untuk bersama dengan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan Muafakat Nasional itu hanya wujud pada nama, bukan pada semangat, tegas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Naib Presiden UMNO itu berkata, laungan slogan ‘Muafakat Nasional demi perpaduan Ummah’ hanyalah halwa telinga, namun hakikatnya dalam politik, kepentingan lain adalah keutamaan.
BERITA LANJUT DI SINI
Calon, parti mula gerakkan kempen pelbagai cara, patuh SOP
Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memasuki hari kedua semalam dengan calon-calon yang bertanding sebaik mungkin cuba untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Baik Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan calon-calon Bebas, kesemua yang bertanding dilihat lebih mesra menggunakan media sosial Facebook, WhatsApp, twitter dan Youtube, untuk hebahan mengenai calon.
BERITA LANJUT DI SINI
Lima saranan untuk jamin kestabilan kerajaan selepas pilihan raya
Kekhuatiran rakyat Melaka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 20 November nanti pastinya adalah masalah sama berulang - kerajaan baharu dibentuk, kemudian ADUN lompat parti, kerajaan tumbang, dan pilihan raya sekali lagi.
Namun ada lima tindakan yang boleh diambil supaya ia tidak berlaku lagi, sekali gus memastikan kerajaan baharu hasil PRN kali ini akan terus stabil sehingga mandat diserahkan kembali kepada rakyat bila cukup waktunya.
BERITA LANJUT DI SINI
Usia muda bukan penghalang berkhidmat kepada rakyat
Calon termuda Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Farzana Hayani Mohd Nasir berkata usianya yang muda tidak menjadi halangan untuk berkhidmat kepada rakyat jika beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai nanti.
Farzana, 21, yang mesra disapa Nana berkata dia sudah bersedia dan ikhlas untuk mencurah khidmat kepada warga Melaka terutama kepada masyarakat di kawasannya.
BERITA LANJUT DI SINI
PRN Melaka medan BN, PN uji sokongan, kemampuan - Penganalisis
Pertembungan rakan sekutu yang membentuk kerajaan pusat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini menjadi medan buat Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menguji kemampuan masing-masing.
Menyedari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah semakin hampir, BN yang diketuai UMNO berusaha untuk membuktikan parti itu masih mendapat tempat di hati rakyat dan Melaka menjadi medan utama buat parti itu berbuat demikian.
BERITA LANJUT DI SINI
Calon semakin ramai, SOP semakin ketat, parti perlu berfikiran luar kotak
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal menyaksikan kelainan dalam persaingan antara parti politik kerana ia menarik penyertaan lebih ramai calon dan mereka perlu berkempen mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) khas dan ketat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kali ini.
PRN Melaka menyaksikan peningkatan calon yang mengambil bahagian dalam proses demokrasi itu kepada seramai 112 orang berbanding 85 calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Melaka.
BERITA LANJUT DI SINI
Guna perkataan 'lahabau', UMNO gesa tolak kempen biadap
Calon kerusi N02 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Zainal Hassan daripada Pakatan Harapan (PH) berharap pengundi di kawasan berkenaan dapat memberi mandat kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.
Jelasnya, faktor pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati dijangka memberi ruang kepadanya untuk memenangi kerusi DUN terbabit.
BERITA LANJUT DI SINI
'BN bertembung PN, saya harap PH menang' - Zainal
Calon kerusi N02 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Zainal Hassan daripada Pakatan Harapan (PH) berharap pengundi di kawasan berkenaan dapat memberi mandat kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.
Jelasnya, faktor pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati dijangka memberi ruang kepadanya untuk memenangi kerusi DUN terbabit.
BERITA LANJUT DI SINI
Guna perkataan lahabau, Nie Ching mohon maaf, akui kesilapan memalukan
Ahli Parlimen Pulai, Teo Nie Ching hari ini memohon maaf kerana menggunakan perkataan 'lahabau’, sebagai sebahagian bahan kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Nie Ching mengakui ia jelas satu kesilapan yang memalukan dan berjanji akan lebih berhati-hati sewaktu berkempen.
BERITA LANJUT DI SINI
Hui Ying nafi tidak fasih berbahasa Melayu
Calon termuda Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Leong Hui Ying, 29, menafikan tidak fasih berbahasa Melayu berikutan video tular ketika beliau ditemu ramah wartawan.
Hui Ying sebaliknya menjelaskan bahawa apa yang berlaku ketika sesi temu ramah itu hanya disebabkan salah faham.
BERITA LANJUT DI SINI
Permohonan Adly tidak boleh didengar, diadili oleh mahkamah - Jabatan Peguam Negara
Jabatan Peguam Negara membantah permohonan bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi menghentikan Pilihan Raya Negeri yang dijadualkan pada 20 Nov ini kerana tindakan perundangan itu tidak boleh didengar dan diadili oleh mahkamah.
Peguam Kanan Persekutuan S.Narkunavathy memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pemohon (Adly) tidak mempunyai kes yang boleh dipertahan bagi membolehkan meritnya didengar pada pendengaran substantif semakan kehakiman.
BERITA LANJUT DI SINI
Tular calon BN tidak boleh bertutur bahasa Melayu
Tular di media sosial berkaitan calon daripada Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kerusi Dewan Undangan Negeri Kesidang, Leong Hui Ying yang tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan.
Berdasarkan video yang berdurasi 58 saat tersebut, Hui Ying ditanyakan beberapa soalan dalam bahasa Melayu oleh pengamal media namun tidak dapat dijawab.
BERITA LANJUT DI SINI
15 calon Bebas 'bersatu' bawah Gagasan Bebas
Seramai 15 daripada 22 calon bebas yang bakal mempertaruhkan nasib pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini bersetuju berada di bawah satu gabungan dan mewujudkan Gagasan Bebas.
Kesemua calon itu juga bakal menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi memastikan tidak ada calon yang menyertai mana-mana parti politik selepas memenangi PRN itu nanti.
BERITA LANJUT DI SINI
Bersih 2.0, Astro Awani, Sinar Harian & Sin Chew Daily bergabung beri akses saksama semua calon
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dengan kerjasama tiga organisasi media iaitu Astro AWANI, Sinar Harian dan Sin Chew Daily akan menyediakan platform khas kepada semua calon yang bertanding semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika ini.
Menerusi satu kenyataan bersama, inisiatif Suara Untuk Semua itu terdiri daripada tiga komponen iaitu Suara Calon, khusus bagi setiap calon yang bertanding; Siaran Politik Parti iaitu untuk semua parti dan calon-calon bebas menyuarakan manifesto dan polisi masing-masing serta Dialog antara calon-calon Ketua Menteri Melaka.
BERITA LANJUT DI SINI
SPRM lancar bilik gerakan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi membolehkan orang ramai menyalur maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan pilihan raya tersebut.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bilik gerakan PRN Melaka itu beroperasi 24 jam di SPRM Melaka, di No. 2, Jalan Alai Perdana 16, Crystal Bay, Alai, Melaka.
BERITA LANJUT DI SINI
PRN Melaka paling tenang, SOP wajar jadi rujukan pilihan raya akan datang - Ketua Whip PKR
Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka merupakan pilihan raya paling tenang dan tertib yang pernah disaksikannya dalam sejarah pilihan raya negara.
Memuji prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Johari berkata PRN Melaka wajar dijadikan norma baharu pilihan raya yang perlu diikuti pada akan datang.
BERITA LANJUT DI SINI
SPR umum SOP ketat pilihan raya
Kempen naik lori, van, seperti siar raya Jabatan Penerangan dibenarkan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan parti-parti politik dan calon yang bertanding pada PIlihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menggunakan kaedah menaiki lori atau van untuk berkempen dengan mendekati pengundi, dengan syarat mendapat permit polis terlebih dahulu.
Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata penganjuran ceramah, syarahan, kempen secara fizikal, tidak dibenarkan sepanjang tempoh PRN berkenaan.
BERITA LANJUT DI SINI.
Ini fakta menarik yang anda perlu tahu
PRN Melaka membuka tirainya pada Isnin dengan penamaan calon dijalankan pada pagi tadi, menyaksikan seramai 112 calon mendaftarkan nama untuk bertanding di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Dengan selesainya proses penamaan calon tersebut, maka tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus sehingga jam 11.59 malam, 19 November 2021," kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Datuk Abdul Ghani Salleh.
BERITA PENUH DI SINI
Kempen secara fizikal, ceramah, syarahan tidak dibenarkan - SPR
Penganjuran ceramah, syarahan, kempen secara fizikal adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, demikian menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.
Dalam sidang media selepas proses penamaan calon hari ini beliau meminta semua pihak yang terlibat dengan PRN Melaka mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 bagi PRN Melaka yang disenaraikan dalam portal SPR, dan menurutnya semua SOP itu diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.
BERITA LANJUT DI SINI.
Sidang media SPR
DUN Telok Mas: Ahli perniagaan muda bakal tentang tiga pemimpin parti
Gelanggang pertembungan tiga pemimpin parti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas sengit dengan kemunculan seorang calon Bebas.
Ahli perniagaan Muhammad Ariff Adly Mohammad, 32 tahun, bakal menentang Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Setiausaha Amanah Melaka Datuk Ashraf Mukhlis Minghat dan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
BERITA LANJUT DI SINI
Statistik pengundi PRN Melaka
Pengumuman calon DUN N.17 Bukit Katil
Adly Zahari hadapi persaingan empat penjuru di Bukit Katil
Kerusi DUN Bukit Katil sah menyaksikan persaingan empat penjuru antara Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan Bebas.
Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Katil Rohaya Abdullah mengumumkan, empat calon berkenaan ialah Datuk Hasnoor Husin (BN), Adly Zahari (PH), Muhammad Al Afiz Yahya (Pas), dan Abdul Hamid Mustapah (Bebas).
BERITA LANJUT DI SINI
Iringi calon ke PPC, polis buka kertas siasatan
Amaran supaya parti politik tidak mengadakan perarakan mahupun aktiviti berkumpulan oleh penyokong sempena PRN Melaka nampaknya tidak diendahkan.
Meskipun kawalan ketat dilaksanakan pihak berkuasa dan petugas SPR, masih kelihatan penyokong yang mengiringi calon mereka ke pusat penamaan di DUN Telok Mas.
BERITA LANJUT DI SINI
Tiga calon bertanding di DUN Telok Mas setakat ini
Percaturan parti politik yang dijangka berlaku - Penganalisis
Pusat penamaan PRN Melaka ditutup 10 pagi
Kesemua 28 pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ditutup 10 pagi ini.
Proses penamaan calon yang bermula 9 pagi berlangsung dalam suasana norma baharu, tanpa perarakan penyokong yang mengiringi calon sehingga ke pusat penamaaan.
BERITA LANJUT DI SINI
Proses penamaan calon PRN Melaka berlangsung dalam suasana norma baharu
PRN Melaka ke-15 bermula hari ini dengan proses penamaan calon berlangsung dalam suasana norma baharu di 28 pusat penamaan yang dibuka pada pukul 9 pagi.
Proses penyerahan kertas penamaan calon akan ditutup sejam selepas itu.
BERITA LANJUT DI SINI
Proses penamaan calon berlangsung hari ini
Tumpuan rakyat Malaysia terarah kepada PRN Melaka yang akan membuka tirainya dengan proses penamaan calon hari ini.
Parti-parti yang bertanding kini sedia mempamerkan belang untuk membuktikan mereka masih relevan dan menjadi pilihan rakyat.
BERITA LANJUT DI SINI
'Perang' PRN Melaka bermula
TUMPUAN seluruh rakyat Malaysia sudah tentu terarah kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan membuka tirainya dengan proses penamaan calon hari ini.
Lebih setahun tiada 'perang' pilihan raya ekoran pandemik COVID-19 selepas PRN Sabah pada September tahun lalu, kini parti-parti yang bertanding sudah sedia mempamerkan belang di PRN Melaka untuk membuktikan mereka masih relevan dan menjadi pilihan rakyat.
BERITA LANJUT DI SINI.
Calon PH DUN Tanjung Bidara tiba di Dewan Kompleks Japerun Tg Bidara
#MelakaMemilih Calon PH bg N.02 DUN Tg Bidara, Zainal Hassan tiba di Dewan Kompleks Japerun Tg Bidara jam 8.08 pagi.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 8, 2021
Turut hadir, penyokong dan pencadang. @501Awani #PRNMelaka pic.twitter.com/gXDdkALxMY
Wakil Astro AWANI membawa laporan dari Melaka
#PRNMelaka#MelakaMemilih
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 7, 2021
Selamat pagi dari Dewan Tun Ali, Melaka. Lokasi Pusat Penamaan Calon bagi DUN Bukit Katil.
Antara kerusi tumpuan media di mana bekas KM Melaka Adly Zahari bakal terima tentangan dari Hasnoor Husin (UMNO/BN) dan Al Afiz Yahya (PAS/PN) @501Awani pic.twitter.com/DwxMkwiTj3
Wartawan AWANI bersedia di Pusat Penamaan Calon N.02 DUN Tg Bidara
#MelakaMemilih Petugas SPR dan PDRM telah bersiap sedia, sebelum Pusat Penamaan Calon N.02 DUN Tg Bidara dibuka secara rasmi.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 7, 2021
Dijangka tiga penjuru di kerusi DUN ini. @501Awani #PRNMelaka pic.twitter.com/iEh64lzUKG
Polis beri amaran jangan bawa penyokong, berhimpun, berarak
Polis menggerakkan Pasukan Cantas Khas dalam usaha menyekat unsur gangsterisme sepanjang proses PRN Melaka.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata PDRM juga memberi amaran keras kepada mana-mana parti politik bertanding supaya mengikut arahan dan peraturan ditetapkan SPR.
BERITA LANJUT DI SINI
PRN Melaka: Jangan bawa penyokong, berhimpun, berarak pada penamaan calon - Polis
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan Pasukan Cantas Khas dalam usaha menyekat unsur gangsterisme sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Beliau berkata PDRM juga memberi amaran keras kepada mana-mana parti politik bertanding supaya mengikut arahan dan peraturan ditetapkan oleh Suruhanjaya Piliharan Raya (SPR) selain tidak membawa penyokong ke pusat penamaan calon.
BERITA LANJUT DI SINI.
Polis buka empat kertas siasatan berkaitan berita palsu
Polis membuka empat kertas siasatan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyebaran berita palsu, fitnah dan penghinaan menerusi media sosial sejak pembubaran DUN Melaka hingga Sabtu.
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata ia termasuk kes penularan berita palsu mengenai SOP dan penutupan sempadan negeri selama 15 hari.
BERITA LANJUT DI SINI
Calon Gerakan tandatangan SD
Lima calon PN daripada parti Gerakan yang akan bertanding dalam PRN Melaka sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD).
Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata ia bagi memastikan mereka kekal dengan parti selepas memenangi kerusi yang ditandingi.
BERITA LANJUT DI SINI
Isu protes selesai, 38 PDM BN Jasin berjalan seperti biasa - Abdul Kalam
Semua 38 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) di bawah Parlimen Jasin termasuk sembilan yang ditutup dipercayai kerana protes sebelum ini akan beroperasi seperti biasa, kata Setiausaha UMNO bahagian Jasin, Datuk Abdul Kalam Hassan.
“Memang pada mulanya ada sembilan PDM ditutup di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban ini. Tetapi isu itu telah diselesaikan dan semua 38 PDM akan beroperasi seperti biasa dan membantu semua calon,” katanya.
BERITA LANJUT DI SINI
Rakyat Melaka perlu berani buat pembaharuan pilih PN - Hadi Awang
Rakyat Melaka perlu berani membuat perubahan memilih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PN menampilkan calon yang mampu menunaikan tanggungjawab dengan baik sekiranya dipilih pada PRN itu nanti.
BERITA LANJUT DI SINI
UMNO harap Pas hormati keputusan tidak bersama Bersatu - Zahid Hamidi
UMNO berharap Pas menghormati ketetapan parti itu untuk tidak bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO mempunyai dasar serta perancangan tersendiri dan bebas melakukannya mengikut prinsip parti.
BERITA LANJUT DI SINI
'Bukan pengkhianat, mereka mahu kembalikan mandat rakyat' - Anwar
Tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang melompat parti bukan satu pengkhianatan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, mereka hanya mahu mengembalikan mandat rakyat kepada PH yang telah memenangi negeri itu pada Pilihan Raya Umum lalu.
BERITA LANJUT DI SINI
Norhizam tanding Bebas, 80% keyakinan menang
Calon positif COVID-19 dibenar bertanding - SPR
Tiada halangan bagi calon yang positif COVID-19 untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.
Bagaimanapun, beliau berkata borang pencalonan calon harus dihantar pada masa yang ditetapkan melalui wakil calon menerusi pencadang atau penyokong.
BERITA LANJUT DI SINI.
Calon muda bukti UMNO serius meremajakan parti - Asyraf Wajdi
Pemilihan lebih ramai calon muda, kira-kira 21 peratus daripada keseluruhan calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan UMNO kini serius dalam usaha meremajakan parti tersebut.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu merupakan perkembangan baik terutamanya sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
BERITA LANJUT DI SINI.
28 Pusat Penamaan dibuka, perarakan penyokong dilarang - SPR
Aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong parti politik bertanding di mana-mana pusat penamaan calon sepanjang tempoh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok, adalah tidak dibenarkan.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak menegaskan hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenarkan memasuki pusat penamaan calon.
BERITA LANJUT DI SINI.
Umum bertanding Bebas, Norhizam yakin menang besar
Persoalan ke mana hala tuju bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang terjawab selepas dia mengumumkan akan tetap mengambil bahagian sebagai calon Bebas.
Malah, Norhizam turut meletakkan keyakinan lebih 80 peratus untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandangnya selepas menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu atas tiket Pakatan Harapan (PH).
BERITA LANJUT DI SINI.
Norhizam pertahan kerusi Pengkalan Batu atas tiket Bebas
Norhizam Hassan Baktee hari ini mengumumkan akan mempertahan kerusi Pengkalan Batu atas tiket Bebas.
Sebelum ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan untuk tidak meletakkan Norhizam sebagai calon PRN Melaka.
Pada Sabtu, Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bekas ADUN UMNO Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan bakal bertanding di bawah tiket PH.
Norhizam, Idris dan Nor Azman antara empat ADUN yang menyatakan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri, menyebabkan DUN terpaksa dibubarkan dan PRN diadakan.
PRN Melaka: Pemuda Pas ambil pendekatan bersabar
Dewan Pemuda Pas mengambil pendekatan bersabar dengan karenah UMNO kebelakangan ini.
Ini susulan keputusan UMNO membelakangi Pas dan meletakkan calon di kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka bakal saksi pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru
Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata pertandingan tiga penjuru khususnya membabitkan UMNO dan Bersatu dilihat sebagai persaingan untuk membuktikan parti Melayu mana yang lebih diyakini rakyat.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Enam calon wanita bukti keprihatinan kepimpinan PN - Rina
Keputusan Perikatan Nasional (PN) meletakkan enam calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan keprihatinan pucuk pimpinan gabungan itu dalam mengangkat calon wanita untuk berkhidmat dan berbakti kepada rakyat.
Ketua Wanita PN Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata beliau yakin calon yang dipilih berwibawa dan mampu memberi kemenangan kepada PN.
BERITA LANJUT DI SINI.
'MN sudah berkubur, ataupun lama mati tak ada kubur' - Ku Li
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan untuk memperkukuhkan kuasa politik Melayu sudah berkubur walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenainya.
Veteran UMNO itu mendakwa, MN menyeleweng daripada matlamat asal selepas rakan gabungan Barisan Nasional (BN) iaitu Pas saling berbeza pendapat.
BERITA LANJUT DI SINI.
Majlis pengumuman calon Perikatan Nasional bagi PRN Melaka
Perikatan Nasional letak calon di 28 kerusi DUN
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menyaksikan sekurang-kurangnya persaingan tiga penjuru apabila Perikatan Nasional (PN) juga mengesahkan akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurut Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bertanding di 15 kerusi sementara Pas meletakkan calon di lapan kerusi dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pula mempertaruhkan calon di lima kerusi.
BERITA LANJUT DI SINI.
Idris Haron, Nor Azman sah bertanding tiket PH
Teka-teka ke mana hala tuju dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akhirnya terjawab apabila disahkan bakal bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH).
Perkara itu diumumkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media pengumuman calon yang dijalankan secara maya sebentar tadi.
BERITA LANJUT DI SINI.
PH ketengahkan Farzana Hayani, calon termuda berusia 21 tahun
Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan calon termuda yang bakal mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, calon wanita berusia 21 tahun, Farzana Hayani Mohd Nasir yang juga Ketua Srikandi Keadilan Melaka itu akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai.
BERITA LANJUT DI SINI.
Pengumuman dan penyerahan watikah calon PH bagi PRN Melaka
PRN Melaka: Pas umum calon petang ini, enggan tamak, bakal tanding 1/3 kerusi DUN
Pas yang akan bertanding sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 28 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini akan mengumumkan calon parti berkenaan petang ini.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagaimanapun, masih berteka-teki dan enggan mengulas lanjut kawasan mana yang akan ditandingi parti itu.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Norhizam nafi tanding atas tiket Pejuang
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee menafikan laporan bahawa beliau akan bertanding di bawah tiket parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung 20 Nov ini.
Norhizam berkata beliau kekal bebas tanpa menjadi ahli parti politik sehingga kini.
BERITA LANJUT DI SINI.
BN bertanding semua 28 kerusi pada PRN Melaka, 86 peratus muka baharu
Barisan Nasional meletakan calon di semua 28 kerusi yang akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini dengan menampilkan 86 peratus muka baharu.
Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Seri Mohamad Hassan pagi tadi.
BERITA LANJUT DI SINI.
Pas tidak mahu sekadar jadi 'penumpang' - Abdul Hadi
Pas tidak mahu dikurung dalam sebuah permuafakatan yang tertutup dengan hanya menjadi penumpang dalam politik tanah air.
Sebaliknya, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin parti itu perlu menjadi pemimpin yang bersama dengan rakan gabungan bagi menyelamatkan negara.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: PKR, Amanah dijangka calonkan bekas ADUN
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah), masing-masing akan menerima seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Polis jamin ketenteraman terkawal, beri tumpuan 16 'hotspot' - Ketua Polis
Polis Melaka memberi jaminan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu yang dijadualkan bermula 8 November ini berjalan lancar terutamanya melibatkan aspek ketenteraman awam dalam tempoh pandemik COVID-19.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka sebagai kayu pengukur kekuatan parti politik menjelang PRU15 - Penganalisis
PILIHAN RAYA Negeri Melaka adalah medan terbaik untuk mengukur kekuatan parti politik yang bertanding. Keputusan PRN ini adalah sebagai persiapan untuk PRU 15 dari segi strategi dan kerjasama politik sebenar.
Keputusan Pas untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional dalam PRN Melaka bermakna tiada kerjasama parti itu bersama UMNO dalam Muafakat Nasional.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Keputusan Pas cerminkan muafakat utuh PN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersetuju untuk menggunakan lambang PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali yakin, keputusan Pas mencerminkan semangat muafakat yang utuh di kalangan parti-parti anggota PN.
BERITA LANJUT DI SINI.
PDRM nafi ambil tindakan dua darjat - Ketua Polis
Polis Melaka menegaskan, tidak pernah mengamalkan pendekatan pilih kasih atau mengambil tindakan secara dua darjat terhadap setiap tindakan undang-undang khususnya sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.
Sebaliknya, tegas Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, setiap tindakan yang diambil adalah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pas negeri akur guna logo PN - Kamaruddin
Pas Melaka akur dengan keputusan yang dibuat pimpinan pusat parti berkenaan untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Piihan Raya Negeri (PRN) itu.
Menurut Pesuruhjayanya, Datuk Kamaruddin Sidek, Pas negeri memahami bahawa PN merupakan gabungan parti-parti politik yang berdaftar sementara Muafakat Nasional (MN) hanyalah gagasan kerjasama antara Pas dan UMNO.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Penganjur program Najib, Muhyiddin dikompaun - KKM
Penganjur program Najib dikompaun RM4,000, Muhyiddin RM20,000 - KKM
Tiada aktiviti perhimpunan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam dua program berasingan melibatkan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Sebaliknya, siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mendapati, aktiviti kedua-dua pemimpin itu lebih berbentuk ‘walkabout’, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PH hampir putuskan kedudukan dua bekas ADUN UMNO
Semua parti bertanding perlu amalkan norma baharu semasa berkempen
Semua parti politik yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu mengamalkan norma baharu semasa berkempen meraih undi bagi menyekat penularan COVID-19, kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata meskipun prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya belum diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semua pihak perlu bersedia mengubah corak berkempen mengikut norma baharu berikutan negara masih berhadapan dengan pandemik tersebut.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Saya serahkan duit baki, jangan salah faham... itu fitnah' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan cubaan merasuah pengundi di Melaka.
Ia susulan gambar yang menunjukkan beliau menghulurkan wang kepada seorang individu yang tular sejak semalam.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menjelaskan bahawa beliau sebenarnya sedang memulangkan baki wang kepada seorang lelaki yang membeli barangan dalam Program Gerai Prihatin Rakyat pada Sabtu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pembangkang sebulat suara setuju guna logo PH
Pakatan Harapan (PH) sebulat suara memutuskan untuk menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu diambil selepas mesyuarat Majlis Presiden PH dengan kepimpinan parti termasuk DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka 'ujian asid' kelancaran PRU15 - Dr Suhazeli
Andai berjaya penganjuran PRN Melaka 20 Nov ini, besar kemungkinan lancar dan selamatlah perjalanan PRU15 akan datang.
Demikian pendapat disuarakan pakar kesihatan Dr Suhazeli Abdullah yang melihat acara di Melaka bulan depan itu sebagai medan percubaan dan ujian buat semua pihak terlibat.
BERITA LANJUT DI SINI
Faedah akan mengatasi kos, dengan syarat... - Penganalisis
Ekonomi Melaka bakal menerima suntikan galakan daripada penganjuran PRN yang dijangka akan merancakkan pelbagai sektor di negeri itu.
Menurut penganalisis ekonomi Prof Madya Mohd Yusof Saari, faedah yang diterima akan mengatasi kos yang dibelanjakan, dengan syarat semuanya berjalan lancar dan selamat.
BERITA LANJUT DI SINI
Langgar SOP: BN akan bayar kompaun
Barisan Nasional akan membayar kompaun RM10,000 yang dikenakan kerana melanggar SOP Fasa 4 PPN, kata Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Setiausaha Agung parti itu berkata, BN patuh kepada undang-undang dan menghormati arahan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
BERITA LANJUT DI SINI
'Sedia kerjasama, saya setia arahan parti' - Sulaiman
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan beliau sedia bekerjasama dengan mana mana rakan politik asalkan ianya selari dengan pendirian parti.
Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, tiada sebab untuknya menolak apa jua bentuk kerjasama jika ia membawa kebaikan kepada parti dan juga negeri.
BACA BERITA PENUH DI SINI
SPR perlu segera keluarkan SOP menyeluruh untuk PRN Melaka - G. Manimaran
Tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sudah diumum dan kerajaan pun sudah menyatakan ketetapan berhubung batas berkempen kali ini.
Maka tegas mantan ahli tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), G. Manimaran, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu segera mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menyeluruh merangkumi tempoh dari penamaan calon hingga acara pasca hari mengundi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mustahil dapat kawal, jamin pelaksanaan SOP
Elak 'episod katak', gubal enakmen antilompat parti - Bersih 2.0
Setiap calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka wajar berikrar untuk menggubal enakmen mengawal amalan lompat parti dan akauntabiliti politik sebagai manifesto masing-masing, bagi memastikan tidak berlaku 'episod katak' selepas PRN.
Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann, berkata, ia adalah demi memperkasa 'ketuanan' pengundi', dimana langkah itu penting bagi mengelakkan wakil rakyat melompat parti sehingga menyebabkan berlakunya ketidakstabilan kerajaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pas harap diberi 5 kerusi - Muhammad Sanusi
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor, menzahirkan harapan parti itu diberi peluang untuk bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.
Bagaimanapun, menurutnya bilangan kerusi berkenaan masih belum dimuktamadkan memandangkan ia bergantung kepada rundingan parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang dilakukan sebelum hari penamaan calon pada 8 November ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mustahil dapat kawal, jamin pelaksanaan SOP berkesan - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan adalah mustahil untuk mengawal dan menjamin pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang berkesan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.
Tegasnya, kerajaan khususnya UMNO telah menyebabkan perubahan di Melaka dengan mengenepikan suara majoriti, termasuk faktor kesihatan dan keselamatan rakyat berkait pandemik COVID-19.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Semua pihak perlu patuhi larangan KKM demi keselamatan - Sulaiman
Semua pihak termasuk parti politik diharap memberikan kerjasama dengan mematuhi beberapa larangan dikenakan Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka demi keselamatan dan kesihatan rakyat.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata ini penting bagi memastikan penularan pandemik COVID-19 akan terus dapat dikekang dan dikawal.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PRN Melaka: Bersatu, Pas dan Gerakan guna lambang PN - Muhyiddin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan sepakat untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN).
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan keputusan itu dibuat oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat khas yang diadakan pada Isnin.
BACA BERITA PENUH DI SINI
SOP PRN Melaka: Parti politik jangan timbulkan kemarahan rakyat - Hishammuddin
Semua pihak, termasuk parti politik dari blok kerajaan, perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bagi memastikan penularan COVID-19 tidak berulang.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau percaya larangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap semua perhimpunan berkaitan pilihan raya berkuatkuasa hari ini adalah selepas mengambil pelanggaran SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) melibatkan parti-parti politik.
BACA BERITA PENUH DI SINI
SPR disaran mainkan peranan tentukan SOP
SPR perlu memainkan peranan dalam menentukan SOP PRN Melaka.
Menurut Penulis Buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia, Dr G. Manimaran, SPR sebagai badan pengurusan pilihan raya perlu menentukan apakah SOP paling sesuai dan diterima semua parti politik.
BACA BERITA PENUH DI SINI
SOP PRN Melaka: Cadang kempen dalam talian dan media elektronik
Semua pihak yang bertanding pada PRN Melaka harus mematuhi SOP yang ditetapkan KKM, kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ronald Kiandee.
BERITA PENUH DI SINI
Pejuang tidak sertai PRN Melaka - Tun Mahathir
Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) membuat keputusan untuk tidak akan mengambil bahagian dalam PRN Melaka yang dijadualkan 20 November akan datang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pejuang tidak sertai PRN Melaka - Tun Mahathir
Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) membuat keputusan untuk tidak akan mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan 20 November akan datang.
Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pejuang terpaksa mengambil pendirian itu kerana mendakwa PRN diadakan disebabkan oleh permainan politik pihak tertentu yang didakwa beliau mahukan kedudukan dan berkepentingan politik semata-mata.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sidang Media Parti Pejuang Tanah Air
'Banyak tawaran, Selasa depan kami berempat buat keputusan' - Nor Azman
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan menjelaskan bahawa beliau bersama tiga lagi rakan bekas ADUN akan mengumumkan keputusan menyertai mana-mana parti politik untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November depan.
Jelasnya, meskipun Pakatan Harapan (PH) tidak menerima bekas ADUN Pengkalan Batu sebagai calon PH, namun sudah ada tawaran buat mereka daripada parti politik lain.
BACA BERITA PENUH DI SINI
SOP baharu kekang penularan COVID-19 legakan rakyat
Langkah Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan larangan untuk sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya berkuat kuasa esok sehingga 27 Nov, menjadi khabar gembira yang melegakan masyarakat di sini.
Ini kerana mereka bimbang aktiviti yang dilaksanakan menjelang dan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, akan mencetuskan gelombang penularan COVID-19 yang akan menyekat kembali 'kebebasan' yang baharu sahaja dinikmati rakyat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
UMNO tidak lambat atur strategi - Ahmad Maslan
UMNO menepis dakwaan lambat mengatur strategi termasuk memutuskan soal kerjasama dengan rakan parti meskipun Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah ditetapkan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti telah bersiap sedia dari pelbagai aspek untuk menghadapi PRN ini dan hanya soal calon serta kerjasama belum dimuktamadkan.
Untuk berita penuh, BACA DI SINI.
'Saya yakin pengundi beri peluang PN mentadbir Melaka' - Azmin
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin bahawa gabungan itu mampu mentadbir negeri Melaka sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November depan.
Jelasnya, gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan dalam Perikatan Nasional mempunyai kriteria yang terbaik untuk rakyat.
Untuk berita penuh, BACA DI SINI.
Tiada kerjasama dengan Bersatu? Itu pendirian Zahid, bukan akar umbi - Azmin
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu membuat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan gabungan itu atau sebaliknya.
Ujar Azmin, meskipun Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun akar umbi UMNO jelasnya mahukan sebaliknya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PRN Melaka: Peranan Pas pastikan tiadanya perpecahan undi Melayu - Penganalisis
Pas akan meletakkan calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan, namun mereka dilihat bukanlah sebuah parti yang kuat dan mampu memberi tentangan.
Penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Ahmad Marthada Mohamed sebaliknya berpendapat, peranan Pas lebih terarah kepada bagaimana mereka mahu memastikan tiadanya perpecahan undian pengundi Melayu.
BERITA PENUH DI SINI.
'Rakyat rindu zaman BN' - Najib
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak, berkata Pilihan Raya Negeri Melaka akan membawa kembali zaman BN yang dirindui rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
BACA BERITA PENUH
Rundingan agihan kerusi PH bakal dimuktamadkan Selasa depan
'Saya bukan pengarah pilihan raya, tapi akan kempen habis-habisan' - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa beliau tidak dilantik menjadi Pengarah PRN Melaka yang dijadualkan bulan depan.
Bagaimanapun, jelas Ahli Parlimen Pekan itu, beliau akan membantu kempen UMNO dan Barisan Nasional habis-habisan dalam PRN berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
Parti mana bakal dominasi 28 kerusi DUN?
Pilihan Raya Negeri Melaka bakal menyaksikan 495,196 pengundi akan menunaikan tanggungjawab dalam memilih calon yang akan bertanding di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 20 November depan.
Parti mana yang akan untung?
BACA DI SINI
Agihan kerusi dan senarai calon PH dimuktamadkan Selasa ini - Adly
Agihan kerusi dan senarai calon dalam parti komponen Pakatan Harapan bagi menghadapai PRN Melaka akan dimuktamadkan selewat-lewatnya Selasa ini.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, pelbagai faktor perlu dipertimbangkan dan rundingan di peringkat akhir sedang berjalan antara rakan parti.
BERITA PENUH DI SINI
PH akan hilang kredibiliti jika terima 4 ADUN - Ramkarpal Singh
Pakatan Harapan akan hilang kredibiliti sekiranya menerima empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik diri dari kerajaan negeri Melaka yang juga telah mencetuskan krisis politik yang tidak diingini di Melaka.
BERITA PENUH DI SINI.
'Dah cabar di mahkamah, lepas itu akan bertanding atau tidak?'- Sulaiman
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan sesiapa sahaja mempunyai hak untuk membawa apa jua perkara ke mahkamah.
Ia termasuk isu saman yang difailkan Pakatan Harapan (PH) Melaka terhadap pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, 4 Oktober lalu serta keabsahan kerajaan ‘caretaker’ di bawah pimpinannya.
BERITA PENUH DI SINI.
Adly fail semakan kehakiman, cabar pembubaran DUN Melaka
Bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bagi mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 pada 4 Oktober lalu.
Dalam semakan kehakiman itu, Adly menamakan Ketua Menteri sementara, Datuk Seri Sulaiman Md Ali; Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); dan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam sebagai responden pertama sehingga empat, lapor The Star.
BACA DI SINI
Putra umum bertanding, yakin peluang menang cerah
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengumumkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.
Naib Presiden Putra, Datuk Hamidah Osman berkata PRN itu akan menjadi pilihan raya pertama buat Putra selepas parti itu diluluskan pendaftarannya pada Mei 2019.
BACA DI SINI
PN akan bertanding di semua 28 kerusi DUN
Perikatan Nasional berkemungkinan besar akan bertanding di semua 28 kerusi DUN pada PRN Melaka pada 20 November depan.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata secara dasarnya perkara itu sudah dipersetujui semua parti komponen dalam gabungan berkenaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PRN Melaka tidak boleh ditangguh, SPR perlu segera umum SOP cegah COVID-19 - Muhyiddin
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak boleh ditangguhkan, justeru semua pihak perlu memberi tumpuan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SPR perlu segera mengumumkan SOP PRN Melaka agar penularan COVID-19 dapat dicegah sepanjang pilihan raya berlangsung.
BACA DI SINI
UMNO gerak jentera dari seluruh negara - Zahid
UMNO akan menggerakkan jentera seluruh negara bagi membantu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia menunjukkan bahawa parti itu tidak mengambil mudah cabaran yang akan diberikan dalam PRN yang julung kali diadakan di Semenanjung Malaysia itu.
BACA DI SINI
Tidak akan ada kerjasama UMNO dan Bersatu
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi pendirian parti itu untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu meskipun tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sudah ditetapkan.
Katanya, keputusan itu adalah muktamad dan tidak timbul soal UMNO lambat atau cepat membuat keputusan berhubung kerjasama berkenaan.
BACA DI SINI
PN tidak boleh tunggu terlalu lama 'rakan sebelah sana' buat keputusan - Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya tidak boleh menunggu terlalu lama 'rakan di sebelah sana' untuk membuat keputusan sama ada sedia bekerjasama atau tidak semata-mata bagi mengelak pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
"Dalam soal urusan siasah sebegini, kita mesti mengatur strategi dan langkah yang tepat. Kita tak boleh menunggu pihak di sana kata kami sudah bersedia.
BACA DI SINI
Tidak jadi calon PH, Norhizam enggan ulas
Datuk Norhizam Hassan Baktee enggan mengulas mengenai keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meletakkan beliau sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu hanya memaklumkan beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu “nanti”.
BACA DI SINI
YB Norhizam tidak dicalonkan - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan untuk tidak meletakkan Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon dalam PRN Melaka.
Berkait empat bekas ADUN yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Majlis Presiden PH turut menegaskan bahawa isu pencalonan mereka dalam PRN tidak berbangkit di dalam mesyuarat hari ini.
BACA DI SINI
'PN bersedia berdepan pertembungan tiga penjuru' - Muhyiddin
Perikatan Nasional bersedia berdepan pertembungan tiga penjuru dalam PRN Melaka sekiranya UMNO dan BN tidak memberi keputusan berhubung kerjasama dengan gabungan itu.
Jelas Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, PN sentiasa membuka pintu kerjasama dengan mana-mana parti dalam berdepan PRN Melaka.
BERITA PENUH DI SINI
'Hasrat saya nak berbaik dengan semua'- Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau berhasrat untuk berbaik dengan semua yang ingin menjalin kerjasama dengan gabungan parti itu.
Namun ujar Muhyiddin, jika tiada kerjasama yang ingin dijalinkan, maka PN jelasnya perlu mengambil keputusan yang bakal membawa kesan yang tidak dapat dielakkan.
ARTIKEL PENUH DI SINI
PRN Melaka: 'PN bersedia berdepan pertembungan tiga penjuru' - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak memberi keputusan berhubung kerjasama dengan gabungan itu.
Jelas Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, PN sentiasa membuka pintu kerjasama dengan mana-mana parti dalam berdepan PRN Melaka.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Dilema dan pilihan di sebalik PRN mengejut Melaka
DALAM sejarah pilihan raya, terutama sebelum negara merdeka, Melaka merupakan antara negeri yang pernah mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, sekali gus mendedahkan rakyat kepada pilihan raya demokrasi.
Pada hari ini, Melaka, tanpa diduga, buat julung kali, akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Amanah dijangka tanding 8 hingga 10 kerusi
Parti Amanah Negara dijangka bertanding antara lapan dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan berlangsung 20 Nov ini.
Bilangan itu bertambah berbanding hanya enam daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
BERITA PENUH DI SINI
UMNO belum putuskan kerjasama dengan parti lain - Mohamad
UMNO belum membuat keputusan sama ada bergerak secara solo atau bekerjasama dengan mana-mana parti lain dalam menghadapi PRN Melaka 20 Nov ini.
Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi parti itu dalam waktu terdekat.
BERITA PENUH DI SINI
PN negeri muktamad agihan kerusi minggu ini - Rafiq
Perikatan Nasional Melaka akan memuktamadkan agihan kerusi bersama parti komponennya bagi menghadapi PRN, minggu ini.
Pengerusinya, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, rundingan antara pimpinan Bersatu, Pas dan Gerakan sedang berjalan sebelum perkara itu diputuskan oleh pucuk pimpinan.
BERITA PENUH DI SINI
PH bincang kedudukan empat bekas ADUN petang ini - Anwar
Pakatan Harapan akan membincangkan kedudukan bekas empat ADUN Melaka dalam mesyuarat pada petang Rabu.
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyedari ada pihak yang tidak menyenangi keempat-empat bekas ADUN itu jika menjadi calon dalam PRN Melaka pada 20 November depan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pimpinan PKR perlu ketengah calon berwibawa - Generasi Keadilan
Pimpinan Parti Keadilan Rakyat digesa mengenengahkan bakat-bakat berwibawa dan beretika dari kalangan ahli-ahli parti bagi berdepan PRN Melaka akhir bulan depan.
Pengerusi Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia (Generasi Keadilan) Yusmadi Yusoff berkata, PKR mempunyai satu generasi anak muda yang sudah dewasa di dalam perjuangan reformasi.
BERITA PENUH DI SINI
Siapakah rakan kerjasama UMNO dalam PRN Melaka?
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 20 November depan sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 8 November, manakala pengundian awal ialah pada 16 November.
'Calon Pas mesti berwibawa, bukan sekadar rakan berbual di kedai kopi' - Hadi Awang
Pas akan memastikan semua calon yang diketengahkan dalam pilihan raya akan datang adalah individu yang berwibawa dan memenuhi semua sifat sebagai pemimpin.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kriteria itu penting bagi memastikan calon yang dipilih itu benar-benar layak.
BERITA PENUH DI SINI
Ambil iktibar Sabah, kempen fizikal berpotensi cetus gelombang COVID-19 - Penganalisis
Apa yang berlaku sewaktu PRN Sabah yang lalu sewajarnya dijadikan iktibar buat ahli politik.
Mahu atau tidak, PRN Melaka telah diputuskan untuk diadakan pada 20 November maka semua pihak perlu memberikan perhatian khusus terumanya bagi memastikan ia berjalan lancar dan selamat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pas optimis kerjasama parti dimuktamadkan segera
Pas memainkan peranan penting dalam memperkukuh PN dan MN meskipun kerjasama politik antara gabungan parti itu untuk menghadapi PRN belum diputuskan.
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, parti itu juga optimis untuk memastikan kata putus kerjasama itu dimuktamadkan dalam masa terdekat.
BERITA PENUH DI SINI
Kerjasama dengan parti lain dimuktamad awal bulan depan - Zahid Hamidi
Pendirian UMNO dan BN untuk bekerjasama dengan mana-mana parti dalam PRN Melaka akan diputuskan selepas mesyuarat di tiga peringkat.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik dan MKT UMNO serta Dewan Tertinggi BN sebelum keputusan dimuktamadkan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PN umum bentuk kerjasama dengan UMNO, BN dalam masa terdekat - Hamzah
PN akan mengumumkan bentuk kerjasama bersama rakan politik termasuk UMNO dan BN bagi menghadapi PRN Melaka pada 20 November ini.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pemimpin parti komponen PN termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan dan Pas akan mengadakan perbincangan dengan rakan politik lain untuk membentuk kerjasama berkenaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Gerak gempur jentera & muafakat politik
Kerjasama PN-BN mungkin terbentuk selepas keputusan diperoleh - Penganalisis
Kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mungkin tidak akan berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung pada bulan depan.
Namun begitu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis tidak menolak kemungkinan kerjasama tersebut mungkin wujud selepas keputusan pengundian sudah diperolehi.
BERITA LANJUT DI SINI.
Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri UMNO |
PRN Melaka: 'Semua kerusi DUN adalah kawasan panas' - Zahid
Semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah kerusi panas.
Demikian jelas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung persediaan parti itu bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Gerakan pecat ahli cuba sabotaj calon - Dominic Lau
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) bertegas memecat ahli parti itu yang dikesan cuba mensabotaj calon dalam mana-mana parti komponen Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.
Presidennya, Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata ia selaras dengan komitmen parti itu dalam memastikan calon yang dipertaruhkan pada PRN nanti, menang dengan majoriti besar.
BERITA LANJUT DI SINI.
DAP minta SPR adakan mesyuarat dengan semua parti
PRN Melaka: DAP tolak Norhizam sertai PRN - Guan Eng
DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
BERITA LANJUT DI SINI.
'PH mungkin menang besar jika...' - Penganalisis politik
Pakatan Harapan (PH) akan berpeluang besar memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan 20 November ini.
Namun kata penganalisis politik, Dr Muhammad Tawfik Yaakub, syaratnya adalah UMNO, Bersatu dan Pas gagal menemui titik tengah memeterai persetujuan untuk bekerjasama sebagai sebuah unit dalam pertandingan di bumi Hang Tuah itu nanti.
BERITA PENUH DI SINI
PRN Melaka: Waktu untuk belajar adakan pilihan raya era endemik - Penganalisis politik
Sah, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dilangsungkan pada 20 November ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tentang itu pada Isnin.
Sudah pasti ia mencetuskan kerisauan khususnya dalam kalangan rakyat Melaka yang perlu keluar mengundi pada tarikh tersebut, ketika negara masih belum benar-benar pulih daripada ancaman COVID-19.
BERITA PENUH DI SINI
PRN Melaka: UMNO bincang calon dengan Zahid selepas pelancaran jentera BN hari ini - Ab Rauf
Isu berkaitan calon UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan pada 20 Nov ini akan dibincangkan dengan presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) hari ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata saringan calon masih dibuat di peringkat bahagian dan senarai pendek belum diperincikan.
BERITA PENUH DI SINI.
Pembahagian kerusi Pas dijangka diketahui seminggu lagi - Pesuruhjaya negeri
Pembahagian kerusi melibatkan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh seminggu lagi selepas perbincangan antara parti itu dengan UMNO dan Bersatu.
Pesuruhjaya Pas Melaka Datuk Kamarudin Sidek berkata perbincangan yang akan diuruskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pas Pusat itu bertujuan mengelak berlaku pertembungan lebih daripada dua penjuru sekali gus merugikan semua parti komponen yang bernaung di bawah Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).
BERITA PENUH DI SINI
SPR nafi vaksinasi lengkap syarat mengundi
Suruhanjaya Pilihan Raya menafikan vaksinasi lengkap sebagai syarat untuk pemilih mengundi di Pilihan Raya DUN Melaka yang dijadualkan pada 20 November depan.
Kenyataan media oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini, sekali gus menafikan laporan yang dibuat oleh beberapa agensi media hari ini.
BERITA PENUH DI SINI
Jentera BN bersedia, harap kematangan politik semua pihak - Ab Rauf
Jentera Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Demikian jelas Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika ditemui Astro AWANI pada Isnin.
BERITA PENUH DI SINI
Tuntut pembelaan, hak terbuka parti politik - Ab Rauf
Semua parti politik berhak untuk menuntut apa jua bentuk pembelaan kepada mahkamah dalam menghadapi suasana Plihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusi badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia termasuk tindakan Pakatan Harapan (PH) yang kekal mahu mencabar isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serta keabsahan kerajaan 'caretaker' ketika ini.
BERITA PENUH DI SINI
Pakatan Harapan kurang bersetuju pengumuman SPR
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) kurang bersetuju dengan pengumuman yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menerusi satu kenyataan media, Majlis Presiden PH turut kesal dengan kenyataan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh bahawa hanya pengundi yang sudah lengkap dua dos vaksin boleh keluar mengundi.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: Perhalusi kaedah kempen, pastikan situasi menang-menang - Pas
Pas Melaka bimbang keputusan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) sejurus pembukaan sektor ekonomi baru-baru ini akan menjejaskan peratusan keluar mengundi.
Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Kamaruddin Sidek mengakui, beliau agak terkejut dengan pengumuman berkenaan yang disifatkan terlalu awal.
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN Melaka: SOP diperhalusi, elak kesesakan hari mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperhalusi beberapa kaedah bagi mengurangkan kesesakan pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal diadakan bulan depan.
Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, panduan pencegahan COVID-19 yang akan digunakan sepanjang PRN itu berpandukan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
BERITA LANJUT DI SINI.
SPR sasar 70 peratus turun mengundi 20 November ini
PRN Melaka: SPR sasar 70 peratus rakyat keluar mengundi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak, akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata sasaran itu agak rendah berbanding jumlah biasa pada pelaksanaan pilihan raya sebelum ini dengan mengambil kira tempoh pandemik COVID-19 yang belum berakhir.
BERITA LANJUT DI SINI.
Sidang media SPR mengenai PRN Melaka
PRN Melaka: Penamaan 8 Nov, pengundian 20 Nov - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) adalah pada 8 November dan tarikh mengundi pula pada 20 November 2021.
BERITA LANJUT DI SINI.
PDRM sedia hadapi norma baharu PRN Melaka
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam suasana norma baharu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, semua anggota akan digerakkan sejurus pengumuman rasmi dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
BERITA LANJUT DI SINI.
PRN bakal saksikan pertembungan BN, PH dan PN, kata Abdul Rahim
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertembungan di antara Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan jika PRN diadakan kelak.
BERITA PENUH DI SINI
Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Kamel Mohamad menafikan dakwaan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang juga bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron kononnya berlaku campur tangan pihak ketiga dalam urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
BERITA PENUH DI SINI
Pas sedia jadi orang tengah Bersatu-UMNO
Pas bersedia menjadi orang tengah untuk mendamaikan kemelut antara Bersatu dan UMNO supaya kedua-dua parti tidak bertanding berasingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekiranya diadakan.
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata parti itu mahu PRN Melaka menjadi model kepada perpaduan orang Melayu sekali gus menyumbang kepada kestabilan politik yang dapat melonjakkan ekonomi negara selain mengikis sifat kebencian rakyat terhadap ahli politik yang cenderung berpecah-belah.
Tidak wajar PRN diteruskan - Gerakan
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berpandangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak wajar diteruskan.
Presidennya Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, ini kerana pengajaran apa yang pernah berlaku pada PRN Sabah tahun lalu patut diambil kira memandangkan negara masih berperang dengan pandemik COVID-19.
Tolak kerjasama PRN hanya pandangan peribadi - Faizal Azumu
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan, keengganan UMNO menjalinkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya pandangan peribadi pemimpin tertentu.
Malah katanya, pendirian itu tidak mewakili suara majoriti parti dan rundingan seharusnya diadakan dengan mengambil kira sentimen rakyat yang tidak lagi mahu ahli politik terus bercakaran.
BERITA PENUH DI SINI
Norhizam diminta segera pulang kereta rasmi, aset kerajaan - SUK
Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee diminta memulangkan dengan segera kereta rasmi dan aset yang diamanahkan kepadanya sepanjang memegang jawatan itu.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Ts Kamel Mohamed berkata tindakan itu bertujuan menyelesaikan isu berkenaan agar tidak berlarutan sehingga mengganggu tugas penjawat awam.
Rakyat berharap Pemangku Agong dapat buat keputusan terbaik
Rakyat Melaka melahirkan kebimbangan kemungkinan berdepan peningkatan semula kes COVID-19 jika pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh terdekat.
Mereka berpendapat, PRN akan menyebabkan negeri itu menjadi tumpuan ahli politik dan penyokong parti untuk berkempen, selain orang ramai berkumpul untuk mengundi sekali gus mengundang risiko penularan jangkitan COVID-19.
Kemelut tak sepatutnya berlaku, namun PN tetap bersedia - Azmin
Kemelut yang melanda Melaka, sehingga mengakibatkan pembubaran DUN minggu lepas, tidak sepatutnya berlaku, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, pergolakan itu tidak sepatutnya terjadi di saat Kerajaan sedang berusaha membuka kembali sempadan negeri dalam keadaan yang selamat, dan memulihkan sektor pelancongan.
BERITA PENUH DI SINI
PN Melaka akur jika PRN ditangguh
Perikatan Nasional (PN) Melaka akur sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat kebimbangan penularan jangkitan COVID-19.
Pengerusinya, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, beliau percaya kerajaan akan membuat pertimbangan terbaik sebelum mengambil sebarang keputusan, termasuk mengisytiharkan proklamasi darurat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Politik Melaka: PN Melaka akur jika PRN ditangguh
Perikatan Nasional (PN) Melaka akur sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat kebimbangan penularan jangkitan COVID-19.
BERITA PENUH DI SINI.
SUK beri jaminan penjawat awam laksana tugas secara bertanggungjawab
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Kamel Mohamad memberi jaminan semua penjawat awam di negeri itu akan bekerja dengan bertanggungjawab dan berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan sepertimana termaktub dalam Ikrar Perkhidmatan Awam.
Kamel berkata beliau sentiasa mengingatkan semua ketua jabatan di negeri itu supaya sentiasa membuat keputusan secara profesional dan mematuhi segala peruntukan undang-undang, peraturan serta pekeliling yang sedang berkuat kuasa.
BERITA PENUH DI SINI
PRN wajar ditangguh kerana COVID-19 - Mohamad Hasan
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka wajar ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum reda di negara ini.
Mohamad berkata kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar mempertimbangkan pandangan daripada pakar perubatan atau kesihatan mengenai kesan kepada negara dan rakyat sekiranya PRN tetap dilaksanakan.
BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan buat keputusan minggu depan - PM
Kerajaan belum membuat keputusan untuk menasihatkan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah yang menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat di negeri Melaka bagi menangguh PRN di negeri itu.
BERITA PENUH DI SINI
UMNO punca utama kemelut, hanya TYT boleh selesaikan - DAP
Kemelut politik yang berlaku di Melaka sehingga membawa kepada pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu berpunca daripada masalah dalaman UMNO sendiri.
Demikian dakwa Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok View yang berpendapat hanya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dapat menyelesaikan isu berkenaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Serahkan balik mandat kepada rakyat, jalan penyelesaian kemelut politik Melaka - Sulaiman
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menjelaskan bahawa menyerahkan balik mandat kepada rakyat adalah jalan penyelesaian ketidakstabilan politik yang berlaku di negeri itu.
Jelasnya, meskipun reda dengan tindakan yang diambil dalam kalangan rakan-rakannya untuk menarik sokongan terhadap kerajaan negeri, namun baginya, hanya mandat rakyat dapat menyelesaikan kemelut politik yang tidak berkesudahan itu.
Untuk berita penuh, BACA DI SINI.
Semua Exco perlu pulang aset - Norhizam
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mendakwa hanya akan memulangkan semua aset kerajaan sekiranya 28 bekas wakil rakyat lain termasuk barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) melakukan perkara sama.
Beliau mempersoalkan mengapa hanya tiga Exco yang diarahkan berbuat demikian sedangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan.
Untuk berita penuh, BACA DI SINI.
Idris Haron sahkan bertemu Mohamad Sabu
Selepas bertemu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Parti Amanah Nasional (Amanah), Mohamad Sabu pula semalam.
Untuk berita penuh, BACA DI SINI.
Saya akan cari siapa cabar saya, mungkin 'dia' berminat di Sungai Udang? - Idris
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menyahut cabaran Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
"Saya tidak angkuh tapi yang pastinya saya akan mencari siapa yang mencabar saya, mungkin 'dia' berminat di Sungai Udang."
Untuk berita penuh, BACA DI SINI.
PH Melaka masih harap dapat adakan pertemuan dengan Tun Mohd Ali
Pakatan Harapan (PH) Melaka masih meletakkan harapan tinggi untuk bertemu Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam walaupun masih belum menerima sebarang panggilan dari Istana Melaka setakat ini.
Pengerusinya Adly Zahari berkata dalam situasi genting ini, pertemuan tersebut amat penting untuk diadakan secepat mungkin agar kemelut politik sekarang dapat dileraikan dengan cara terbaik susulan negara masih berdepan cabaran pandemik COVID-19.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Anwar bertemu empat bekas ADUN - Adly
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Melaka, Adly Zahari mengesahkan pertemuan di antara Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadap kerajaan Negeri Melaka.
Difahamkan pertemuan berkenaan dibuat selepas keempat-empat bekas ADUN itu menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Hantar warkah ke Istana Negara bukan wakili suara majoriti PH Melaka - Low Chee Leong
Keputusan menghantar warkah ke Istana Negara bagi memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka tidak pernah dibincangkan bersama 11 bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH).
Wakil rakyat DAP, Low Chee Leong yang juga bekas ADUN Kota Laksamana berkata, tindakan bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee kononnya mewakili semua ADUN PH juga tidak boleh diterima.
BACA BERITA PENUH DI SINI
UMNO cetuskan ketidakstabilan di Melaka, perlu dihukum - Sofi Abd Wahab
Timbalan Pengerusi Amanah Melaka, Datuk Mohd Sofi Abd Wahab yakin rakyat Melaka akan kembali kepada Pakatan Harapan (PH) setelah UMNO mencetuskan kekalutan politik di negeri itu.
Katanya, pertelingkahan sesama mereka dalam parti menyebabkan seluruh rakyat negeri itu terpaksa berdepan kemungkinan diadakan pilihan raya ketika negara masih sedang bangkit perlahan daripada bencana COVID-19.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tidak wajar PRN ketika pandemik COVID-19 - Wanita PN
Wanita Perikatan Nasional menyifatkan pilihan raya negeri (PRN) tidak sesuai dilakukan di Melaka ketika ini lantaran risiko jangkitan COVID-19 masih tinggi.
Menerusi satu kenyataan,
Wanita PN turut menegaskan, walaupun negara kini sudah hampir mencapai sasaran imunisasi 90 peratus populasi dewasa, risiko jangkitan dikhuatiri meningkat jika ratusan ribu rakyat Melaka keluar mengundi.
BACA BERITA SELANJUTNYA DI SINI
Adly, 14 ADUN Melaka rayu campur tangan Pemangku Yang di-Pertuan Agong
Bekas Ketua Pembangkang Melaka, Adly Zahari hari ini memohon Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk campur tangan dalam urusan pembubaran DUN Melaka.
BERITA PENUH DI SINI
Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat
ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mendakwa telah dihalang menggunakan fasiliti kerajaan, sehingga menyukarkannya berkhidmat kepada rakyat yang diwakilinya.
Beliau mendakwa, terdapat arahan kerajaan negeri yang memaksa beliau dan dua lagi bekas Exco untuk memulangkan kenderaan rasmi serta menghalang mereka menggunakan pusat khidmat masyarakat.
BERITA PENUH DI SINI
PKR tolak PRN dan darurat, desak Kabinet nilai keputusan pembubaran DUN - Shamsul Iskandar
PKR berharap Kabinet yang akan bermesyuarat esok, dapat melihat kembali keputusan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam berhubung pembubaran DUN, yang disifatkan tergesa-gesa.
Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohd Shamsul Iskandar Md Akin berkata, terdapat beberapa peristiwa pertukaran Menteri Besar seperti Perak dan Kedah, serta pertukaran Perdana Menteri, yang tidak memerlukan pembubaran DUN atau Parlimen, sehingga menyebabkan pilihan raya.
BERITA PENUH DI SINI
UMNO mungkin cadang PM nasihat Agong isytihar darurat - Ahmad Maslan
UMNO tidak menolak kemungkinan mengesyorkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar menasihat Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat bagi menangguh pelaksanaan PRN Melaka.
Bagaimanapun Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata, beliau yakin perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
BERITA PENUH DI SINI
Kes bolot projek, royalti pasir Melaka: SPRM panggil Idris Haron
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendapatkan maklumat lanjut daripada bekas ketua menteri Datuk Seri Idris Haron berhubung dakwaan berlaku penyelewengan projek di negeri itu.
SPRM berkata pihaknya memandang serius dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang itu mengenai pembolotan projek ekonomi dan penipuan terhadap kerajaan persekutuan berhubung royalti pasir di Melaka.
BERITA PENUH DI SINI
Bukan pertikai kuasa TYT - Adly
Langkah membawa isu pembubaran DUN ke mahkamah bukan bermakna mempertikaikan kuasa Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
Menurut Pengerusi PH Melaka Adly Zahari, kuasa Yang di-Pertua Negeri Melaka selaras dengan peruntukan Perkara 19 (2) Perlembangaan Negeri Melaka.
BERITA PENUH DI SINI
Projek tambak laut dilaksanakan ketika pemerintahan Idris - Mohamad Ali
Projek tambak laut di pesisir pantai Melaka sudah dijalankan ketika pentadbiran Datuk Seri Idris Haron sebagai Ketua Menteri Ke-10 sebelum ini.
Demikian ditegaskan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, yang mendakwa kenyataan Idris hanya untuk mengelirukan rakyat.
BERITA PENUH DI SINI
Surat bubar DUN diserah sehari sebelum empat ADUN tarik sokongan
Surat pembubaran DUN dihantar ke pejabat Tun Mohd Ali Rustam sehari sebelum empat bekas ADUN mengumumkan menarik sokongan kepada kerajaan negeri.
Demikian didedahkan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad hari ini.
BERITA PENUH DI SINI
Fokus utama PH bawa isu pembubaran DUN ke mahkamah
Pakatan Harapan Melaka tidak merancang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam masa terdekat.
Pengerusinya Adly Zahari berkata, fokus utama gabungan itu adalah untuk membawa isu pembubaran Dewan Undangan Negeri ke mahkamah.
BERITA PENUH DI SINI
Fungsi kerajaan Melaka diteruskan - Setiausaha Kerajaan Negeri
Fungsi, dasar dan pelaksanaan agenda kerajaan negeri Melaka berjalan seperti biasa tanpa campur tangan mana-mana parti politik susulan pembubaran DUN.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kamel Mohamad berkata, produktiviti perkhidmatan awam negeri itu juga dipertingkatkan bagi memberi fokus kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN).
BERITA PENUH DI SINI
Jangan aibkan orang, Idris sila buktikan dakwaan - Mohamad Ali
Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mengingatkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron agar membuktikan segala dakwaan yang dilemparkan kepada Kerajaan Negeri Melaka.
Jelasnya, tindakan memburuk-burukan UMNO dan individu tertentu bukan satu politik matang yang diamalkan di negeri itu.
BERITA PENUH DI SINI
Politik Melaka: Henti putar belit, saya cabar Idris bertanding lawan saya - Mohamad Ali
Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mencabar Datuk Seri Idris Haron bertanding di kawasan sama sekiranya Pilihan Raya Negeri dijalankan.
Tegas Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu itu, Idris seharusnya sedar tindakannya disifatkan sebagai mengkhianati jentera UMNO yang telah memenangkan beliau sebagai wakil rakyat.
BERITA PENUH DI SINI
Tiada rancangan menghadap Agong setakat ini - Adly Zahari
Jangan menangguk di air keruh, bekas ADUN beri amaran kepada Norhizam
Bekas wakil rakyat DAP Low Chee Leong menafikan semua 11 wakil rakyat Pakatan Harapan bersama empat ADUN yang menyokong parti itu akan mengadakan pertemuan mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Katanya, kenyataan Datuk Norhizam Hassan Baktee itu bersifat dangkal memandangkan perkara itu tidak pernah dibincangkan bersama pimpinan PH negeri.
BERITA PENUH DI SINI
Kerjasama dengan Bersatu, UMNO akur keputusan kepimpinan
UMNO Melaka akur sekiranya pucuk kepimpinan tertinggi parti itu memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata meskipun UMNO negeri mengalu-alukan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), namun parti itu juga bersedia untuk bertanding bersendirian.
BERITA PENUH DI SINI
Boleh isytihar darurat tangguh PRN - Pakar Perlembagaan
Proklamasi darurat boleh diisytiharkan di seluruh Melaka bertujuan untuk menangguhkan pilihan raya negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) jika terdapat kebimbangan terhadap jangkitan pandemik COVID-19 negeri atau di seluruh negara.
Pakar Perlembagaan Prof Datuk Shamrahayu Ab Aziz berkata walaupun PRN Melaka perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas pembubaran DUN berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, namun di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, darurat boleh diisytihar bagi kawasan berkenaan untuk mengelak daripada penggunaan perlembagaan secara normal.
BERITA PENUH DI SINI
Pas mesyuarat malam ini, sedia jika PRN berlaku
Pas akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan polemik politik di Melaka termasuk persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN), malam ini.
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat berkenaan secara dalam talian.
BERITA PENUH DI SINI
Pas mahu kedua-duanya seiring, perkasa MN dan pertahan PN - Mohd Amar
Pas berdiri teguh dengan pendirian memperkasakan Muafakat Nasional dan mempertahankan Perikatan Nasional seperti yang dinyatakan sebelum ini.
Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti itu ingin melihat kedua-duanya bergerak seiring dan mengukuhkan hubungan dalam MN dan PN.
DAP jangan sekongkol dengan 4 ADUN atau sokong jadi KM - MP Kota Melaka
Keputusan empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menarik diri daripada kerajaan negeri Melaka telah mencetuskan krisis politik yang tidak diingini di Melaka.
Dewan Undangan Negeri telah dibubarkan, tetapi krisis politik ini masih belum berakhir.
Keempat-empat ADUN tersebut menarik diri kerana terdapat konflik dalam kalangan kerajaan Perikatan Nasional.
Dua daripada mereka sebelum ini adalah daripada Pakatan Harapan, namun mereka telah mengkhianati kita semasa 'Langkah Sheraton' pada tahun 2020, lalu menyebabkan kerajaan PH di Melaka tumbang.
BERITA PENUH DI SINI
'Saya ingat tak perlu jawab lagi sekarang' - Timbalan Menteri Kesihatan
Kementerian Kesihatan enggan mengulas mengenai kewajaran mengadakan Pilihan Raya Negeri Melaka, yang berkemungkinan memberi risiko kepada peningkatan semula kes COVID-19.
Membahaskan RMK12, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ketika ini fokus kementerian adalah mengenai fasiliti kesihatan, dan bukannya mengenai pilihan raya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PH cabar keabsahan kerajaan sementara - Adly
Pakatan Harapan Melaka akan mencabar keabsahan kerajaan sementara negeri Melaka yang dibentuk susulan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka, pada Selasa.
Pengerusinya, Adly Zahari berkata ketika ini pihaknya masih melakukan beberapa proses perundangan sebelum mengemukakannya ke mahkamah kelak.
BERITA PENUH DI SINI
Politik Melaka: Keputusan PRN akan diteliti sebelum diputuskan - Hishammuddin
Keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Melaka akan diputuskan selepas meneliti kesemua aspek keselamatan dan risiko yang ada.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia perlu melihat dari pandangan segala kepakaran yang akan membabitkan Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Pilihanraya dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
BERITA PENUH DI SINI
'Maafkan kami .. nangis saya bukan main-main' - Nor Azman
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dilihat menangis ketika memohon ampun dan maaf kepada rakyat Negeri Melaka atas kekhilafannya selama ini.
Menerusi satu sidang media di Pantai Kundor pada Rabu, Nor Azman membuat permohonan maaf itu secara langsung disiarkan di Astro AWANI.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Idris, Nor Azman dakwa terima pelbagai tawaran untuk PRN
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang digugurkan keahlian selepas mendakwa hilang kepercayaan kepada kerajaan negeri mendedahkan menerima pelbagai tawaran untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menegaskan beliau bersama ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hasan juga menegaskan tidak akan bertanding atas tiket Bebas dan sedang mempertimbangkan beberapa tawaran.
BERITA PENUH MENYUSUL
Bukan dua singa, tetapi tiga - Nor Azman
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor hari ini mendedahkan terdapat tiga individu pembuat keputusan yang berperanan merosakkan negeri Melaka.
Ia susulan kenyataan awal oleh ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron yang mendakwa terdapat ‘dua singa atas satu gunung’ yang membawa maksud dua pembuat keputusan dalam pentadbiran negeri.
BERITA PENUH MENYUSUL
'Saya salahkan kerajaan Sulaiman, kenapa buat begini?' - Nor Azman
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan tidak menyalahkan Yang di-Pertuan Negeri Melaka berhubung kemelut yang berlaku di negeri itu.
Sebaliknya, beliau mendakwa tindakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah disebabkan kepentingan sendiri pemimpin negeri.
BERITA PENUH MENYUSUL
Melaka Memilih: Saya masih ahli UMNO, saya sayang UMNO - Nor Azman
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan menegaskan bahawa beliau dan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron masih ahli UMNO.
Tegas Nor Azman, beliau masih sayang kepada parti itu walaupun menarik sokongan kepada Kerajaan Negeri Melaka.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Sidang media ADUN Pantai Kundor bermula
Sidang media ADUN Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan bermula.
Sidang media ADUN Pantai Kundor
Ikuti sidang media oleh ADUN Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan di saluran 501 dan semua platform Astro AWANI sebentar lagi.
Tiada pilihan selain PRN, harap tidak berlaku penularan COVID-19 - Penganalisis
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terpaksa diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri berkenaan pada Isnin.
Namun, disebalik melihat peluang itu sebagai mentaati konsep demokrasi di dalam negara, pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata diharapkan PRN negeri itu tidak akan mencetuskan sebarang penularan COVID-19 seperti yang berlaku sebelum ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Heret Melaka ke darurat hanya rosakkan pemulihan ekonomi rakyat - Adly
Tindakan mengheret Negeri Melaka ke fasa darurat bagi mengelakkan Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah satu tindakan yang bakal merosakkan ekonomi rakyat dan negeri.
Demikian jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari dalam sidang media di Melaka pada Rabu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bubar DUN dibuat secara terburu-buru - Adly
Pakatan Harapan Negeri Melaka berpandangan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak lagi mempunyai kepercayaan majoriti dan tidak wajar menasihat Yang di-Pertua Negeri bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurut Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, tindakan membubarkan DUN adalah tindakan terburu-buru sebelum mendengar pandangan wakil rakyat pembangkang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Isytihar darurat, elak PRN Melaka boleh cetus persepsi negatif - PH Melaka
Tindakan mengheret Negeri Melaka ke fasa darurat bagi mengelakkan Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah satu tindakan yang bakal merosakkan ekonomi rakyat dan negeri.
Demikian jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari dalam sidang media di Melaka pada Rabu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PRN Melaka boleh jadi contoh untuk PRU15 - Ab Rauf
Kaedah yang akan digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh dijadikan sebagai contoh kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, parti itu yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai dengan keadaan pandemik COVID-19 dalam memastikan PRN Melaka berjalan lancar.
BACA BERITA PENUH DI SINI
UMNO Melaka alu-alukan kerjasama PN, MN hadapi PRN - Ab Rauf
UMNO negeri Melaka mengalu-alukan kerjasama Perikatan Nasional dan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, bagaimanapun pandangan dan cadangan itu akan diperhalusi oleh peringkat tertinggi UMNO.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Rakyat diperbodoh, majoriti dinafikan - Idris Haron
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menegaskan tidak perlu diadakan pilihan raya apabila empat ADUN Melaka termasuk dirinya menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.
Katanya, apa yang patut berlaku hanyalah peralihan kuasa kepada pihak yang memiliki majoriti, iaitu Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 15 kerusi di dalam DUN Melaka tanpa perlu melibatkan rakyat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Keahlian Idris Haron, Nor Azman dalam UMNO gugur secara automatik
Keahlian UMNO Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan tergugur secara automatik di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.
Demikian jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika ditemui pemberita di Masjid Tanah pada malam Selasa.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PRN Melaka: UMNO gerak jentera, belum runding soal calon - Tok Mat
UMNO mula menggerakkan jentera pilihan raya bagi menghadapai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu hari ini.
Pengarah Pilihan Raya parti, Datuk Seri Mohamad Hasan juga berkata, parti itu setakat belum membincangkan soal calon kerana ianya diserahkan melalui rundingan di peringkat bahagian.
BACA BERITA PENUH DI SINI
UMNO belum tentukan kerjasama parti lain bagi hadapi PRN Melaka
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan parti itu belum memutuskan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain termasuk gabungan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Katanya, ia bergantung kepada permohonan UMNO negeri sebelumkan diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bubar DUN: UMNO Melaka adakan mesyuarat tergempar
Kepimpinan tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang diumumkan hari ini.
Mesyuarat berkenaan diadakan di kediaman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ab Rauf Yusoh di sini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bubar DUN: Keabsahan kerajaan 'caretaker'? PH Melaka akan rujuk mahkamah - Adly
Pakatan Harapan (PH) Negeri Melaka berpandangan adalah tidak wajar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dibenarkan menjadi Ketua Menteri kerajaan 'caretaker'.
Demikian jelas Pengerusinya, Adly Zahari dalam satu kenyataan media pada malam Selasa.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Saya bertindak kerana ingin mengelak UMNO ditolak rakyat kelak - Idris Haron
Datuk Seri Idris Haron menegaskan tindakannya menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka adalah untuk menyelamatkan UMNO daripada ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kata ADUN Sungai Udang itu, beliau tidak boleh lagi menyokong kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) bersama Perikatan Nasional (PN) itu yang dilihatnya penuh dengan kemungkaran maka beliau perlu bertindak.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bubar DUN: Tindakan Ab Rauf gopoh dan tergesa-gesa - Halim Bachik
Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh secara rasmi membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka Keempat Belas hari ini disifatkan sebagai tindakan gopoh dan tergesa-gesa.
Demikian pandangan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Melaka, Datuk Halim Bachik dalam kenyataan media pada Selasa.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tindakan 4 ADUN pentingkan diri, bukan untuk rakyat - Wanita UMNO Melaka
Wanita UMNO Melaka menyifatkan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai mementingkan diri dan bukan untuk kepentingan rakyat.
Menurut Pengerusi Sekretariat Professional Wanita UMNO Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah, pihaknya berasa sedih dan marah dengan tindakan empat ADUN tersebut.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Krisis Melaka: Tidak wajar PRN, Sulaiman tiada kedudukan nasihat bubar DUN - DAP
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berpandangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak wajar diadakan susulan kemelut politik yang melanda negeri itu.
Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Khoo Poay Tiong berkata pilihan raya hanya akan menjejaskan proses pemulihan COVID-19 yang dilihat sedang beransur pulih ketika ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Keahlian Noor Effandi yang berpaling tadah, gugur secara automatik - Mohd Rafiq
Keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu, Datuk Noor Effandi Ahmad tergugur secara automatik selepas terang-terangan menyatakan hilang sokongan dengan kerajaan negeri.
https://www.astroawani.com/berita-politik/keahlian-noor-effandi-yang-berpaling-tadah-gugur-secara-automatik-mohd-rafiq-323669
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, ia susulan tindakan berkenaan bertentangan dengan dasar parti.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PN Melaka sedia runding dengan UMNO - Mohd Rafiq
Perikatan Nasional (PN) Melaka sedia mengadakan rundingan dengan UMNO untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengerusinya, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, ia bagi mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ini amaran Zahid: 'Khianat kerajaan Melaka, sedia terima tindakan'
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Melaka yang dianggap berpaling tadah hingga menyebabkan krisis politik ketika ini.
Dalam sidang medianya, Ahmad Zahid menegaskan mereka yang mengkhianati kerajaan negeri ketika ini untuk bersedia menerima tindakan daripada parti termasuk surat pemecatan kepada mereka.
BACA BERITA PENUH DI SINI
DUN Melaka dibubar - Speaker
Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam telah bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Keempat Belas berkuatkuasa 4 Oktober 2021.
Perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu kenyataan pada Selasa.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: Dua lagi ADUN akan tarik sokongan, dakwa Idris
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron memberi bayangan dua lagi ADUN akan mengambil langkah sama menyatakan hilang kepercayaan dengan kepimpinan kerajaan negeri sedia ada.
Tanpa mendedahkan nama-nama ADUN berkenaan, beliau berkata, perkara itu bagaimanapun masih diperingkat perbincangan dan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam akan diadakan dalam masa terdekat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: Pengumuman khas Speaker DUN dan SUK petang ini
Satu pengumuman khas dijangka akan dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka, Datuk Kamel Mohamad jam 3.00 petang ini.
Perkara itu disahkan Ab Rauf ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mahdzir yakin langkah penyelesaian sedang dilakukan atasi kemelut politik Melaka
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid yakin terdapat usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut politik yang melanda kerajaan Melaka ketika ini.
Tanpa memperincikan usaha itu, beliau berkata kemelut tersebut juga seharusnya dipandang secara serius oleh kepimpinan UMNO khususnya di peringkat pusat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tindakan ahli politik jadikan diri 'komoditi' punca krisis politik tidak berkesudahan - Tok Mat
Sikap ahli politik yang menjadikan diri mereka sebagai 'komoditi' menyebabkan negara berada dalam situasi politik yang amat janggal dan tidak pernah dilalui sebelum ini.
Itu pandangan yang diluahkan oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan atau 'Tok Mat' sambil menambah ahli politik terlibat juga tidak lagi mempunyai kesetiaan kepada parti dan pengundi mereka.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: Kembalikan kepada Pakatan Harapan, realisasi mandat rakyat - Shamsul
Pakatan Harapan (PH) wajar mendapat semula pentadbiran negeri Melaka melalui apa cara sekali pun seiring mandat diberikan rakyat semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berpendapat, ini merupakan peluang kepada kepimpinan PH Melaka menjalin kerjasama yang baik untuk melaksanakan apa juga reformasi yang dirancang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: "Nafsu, kepentingan peribadi atasi akal rasional" - Jailani
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menyifatkan kemelut politik yang berlaku di Melaka ketika ini disebabkan kehendak peribadi dan tuntutan nafsu pemimpin tertentu.
Tegasnya, tindakan beberapa ADUN yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri itu tidak seharusnya berlaku ketika pemulihan ekonomi dan kehidupan rakyat sedang berjalan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: UMNO siap sedia hadapi PRN - Ab Rauf
UMNO Negeri Melaka bersiap sedia untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut sekiranya diputuskan Yang Di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, parti berkenaan juga sudah siap menghadapi sebarang kemungkinan susulan kemelut politik di negeri itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: UMNO, BN serah pada kebijaksanaan Yang Di-Pertua Negeri leraikan kemelut politik
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Melaka menyerahkan kepada kebijaksanaan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam dalam menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.
Menurut Pengerusi UMNO dan BN Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, keputusan itu dibuat selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyatakan secara terbuka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada Isnin.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka berjalan seperti biasa - Sulaiman
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan kerajaan negeri di bawah pimpinannya kini masih berjalan seperti biasa.
Mengakui kecewa dengan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berpaling tadah dengan kepimpinannya, seharusnya setiap rasa tidak puas hati perlu dibawa berunding.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: Sejak bila Bagan Datuk ambil berat tentang pilihan raya? - Khalid Samad
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini menyindir Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan cadangan agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Soal Khalid, yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), sejak bila Ahli Parlimen Bagan Datuk itu 'mengambil berat' tentang pilihan raya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: TYT jalani kuarantin, Istana belum terima sebarang surat
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dilaporkan sedang menjalani kuarantin kendiri bermula 30 September lalu selepas menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19.
Usaha itu dilihat sedikit sebanyak ‘merencatkan’ usaha untuk mana-mana pihak mengadakan sebarang pertemuan dengan Tun Mohd Ali berhubung dakwaan kerajaan negeri sedia ada telah hilang majoriti untuk mentadbir negeri itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: Hubungan saya dengan mereka amat baik - Sulaiman
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengesahkan tidak mempunyai sebarang persengketaan dengan empat wakil rakyat yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya, hari ini.
Beliau berkata, tiga daripada mereka yang juga ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) juga tidak pernah menyuarakan sebarang bantahan atau provokasi pada setiap sesi mesyuarat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Lebih 2 'singa' di Melaka, perpecahan dalaman UMNO jadi punca
Perpecahan dalaman UMNO dilihat sebagai antara punca kemelut politik yang melanda Melaka ketika ini.
Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM), Mohd Tawfik Yaakub berpandangan beberapa formula perlu dilaksanakan bagi memastikan kemelut sebegitu tidak berulang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Lebih 2 'singa' di Melaka, perpecahan dalaman UMNO jadi punca
Perpecahan dalaman UMNO dilihat sebagai antara punca kemelut politik yang melanda Melaka ketika ini.
Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM), Mohd Tawfik Yaakub berpandangan beberapa formula perlu dilaksanakan bagi memastikan kemelut sebegitu tidak berulang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: Sokong PH, keahlian Idris Haron, Nor Azman dalam UMNO gugur - Ab Rauf
Keahlian UMNO Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan tergugur secara automatik selepas mereka menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) secara terbuka.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, tindakan kedua-dua wakil rakyat itu juga jelas bertentangan dengan Perlembagaan parti.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: 'Tak mengapa hilang kerajaan negeri' - Ahmad Zahid cadang bubar DUN
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Jelas beliau, ia bagi membolehkan mandat diberikan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang dirasakan layak menerajui negeri itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: Calon Ketua Menteri di bawah bidang kuasa TYT - Adly Zahari
Pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu terletak di bawah bidang kuasa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, keutamaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini adalah untuk jaminan kestabilan politik kerajaan Negeri Melaka bagi memastikan pemulihan pandemik COVID-19 dan ekonomi dapat diteruskan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: Calon Ketua Menteri di bawah bidang kuasa TYT - Adly Zahari
Pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu terletak di bawah bidang kuasa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, keutamaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini adalah untuk jaminan kestabilan politik kerajaan Negeri Melaka bagi memastikan pemulihan pandemik COVID-19 dan ekonomi dapat diteruskan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: PH Melaka akan menghadap TYT, belum bincang calon Ketua Menteri
Pakatan Harapan (PH) Melaka akan berjumpa Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi mempersembahkan bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sudah hilang majoriti.
Ia susulan tindakan ‘berpaling tadah’ empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang menyatakan hilang kepercayaan kepada pimpinan sedia ada.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: PH Melaka akan menghadap TYT, belum bincang calon Ketua Menteri
Pakatan Harapan (PH) Melaka akan berjumpa Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi mempersembahkan bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sudah hilang majoriti.
Ia susulan tindakan ‘berpaling tadah’ empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang menyatakan hilang kepercayaan kepada pimpinan sedia ada.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: 'Tidak boleh ada dua singa di atas satu gunung' - Idris Haron
Teka-teki ‘gelora’ politik Melaka akhirnya terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Suleiman Md Ali.
Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Melaka tumbang: 'Tidak boleh ada dua singa di atas satu gunung' - Idris Haron
Teka-teki ‘gelora’ politik Melaka akhirnya terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Suleiman Md Ali.
Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Melaka bakal bertukar tangan? PH dijangka adakan sidang media hari ini
Bahang politik Melaka dilihat masih belum reda berikutan Pakatan Harapan (PH) negeri dijangka akan mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, hari ini.
Difahamkan, sidang akhbar dijadualkan pada jam 10 pagi Isnin, bagaimanapun ia terpaksa ditunda berikutan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang didakwa bakal ‘melompat’ membuat pusingan-U saat akhir.
BERITA PENUH MENYUSUL
Melaka bakal bertukar tangan? PH dijangka adakan sidang media hari ini
Bahang politik Melaka dilihat masih belum reda berikutan Pakatan Harapan (PH) negeri dijangka akan mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, hari ini.
Difahamkan, sidang akhbar dijadualkan pada jam 10 pagi Isnin, bagaimanapun ia terpaksa ditunda berikutan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang didakwa bakal ‘melompat’ membuat pusingan-U saat akhir.
BACA BERITA PENUH DI SINI
DUN Melaka bergolak: 'Saya tidak faham mengapa dikaitkan' - Idris Haron
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron yang dikaitkan dengan gerakan untuk menumbangkan kerajaan negeri Melaka, hari ini tampil menafikan pembabitannya.
Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, tidak tahu mengapa namanya dikaitkan sedangkan secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
DUN Melaka bergolak: 'Ahli politik jangan pentingkan diri sendiri' - Rakyat
Sebahagian rakyat Melaka menyifatkan pergolakan politik di negeri itu ketika mereka masih berhadapan kesulitan hidup akibat COVID-19 sebagai tidak sepatutnya berlaku.
Mereka meluahkan rasa kecewa dan bosan dengan tindakan segelintir ahli politik yang disifatkan rakus memperjuangkan kepentingan peribadi untuk memegang jawatan tertentu dalam kerajaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI