Thu Mar 20 2025
LKIM ambil tindakan tegas sekiranya berlaku penyelewengan minyak
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil menegaskan antara tindakan yang bakal diambil terhadap nelayan yang terlibat menyeleweng minyak termasuk membatalkan lesen dan menutup premis jeti jualan nelayan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama GeeGee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Sekolah bertingkat diperkenal bantu masalah kepadatan
- KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Sekolah bertingkat diperkenal bantu masalah kepadatan
- KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya
#AWANIpagi #AWANInews
Kesalahan Trafik: Pemandu lori ditahan memandu lawan arus
Seorang pemandu lori ditahan selepas dikesan memandu secara melawan arus di Jalan Persiaran Mahkota Residence, Kajang dalam kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.
Perdana Menteri Serbia sah letak jawatan
Susulan tekanan yang meningkat untuk berundur, Perdana Menteri Serbia, Milos Vucevic letak jawatan sekali gus bermulanya 30 hari untuk pembentukan sebuah kerajaan baharu di negara bekas Soviet itu.
Konflik di Ukraine: EU ikrar terus sokong Ukraine
Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) menyatakan komitmen untuk terus menyokong Ukraine.
Protes Di Turkiye: Rakyat Turki turun bantah penahanan Datuk Bandar Istanbul
Ribuan rakyat Turki protes membantah penahanan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, yang dianggap sebagai tindakan tidak demokratik.
Parlimen Indonesia: Lulus Pindaan Ruu Ketenteraan, cetus protes besar-besaran
Parlimen Indonesia luluskan undang-undang membolehkan pegawai tentera jawat jawatan dalam sektor awam sekaligus cetus protes.
Trump tandatangani perintah eksekutif kurangkan peranan Jabatan Pendidikan
Presiden A.S. Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mengurangkan peranan Jabatan Pendidikan Persekutuan, menyerahkan kawalan kepada kerajaan negeri dan lembaga tempatan. Perintah ini turut menyusuli keputusan memberhentikan hampir separuh kakitangan jabatan tersebut. Langkah ini sebahagian daripada usaha Trump untuk membentuk semula kerajaan dan mengurangkan saiz birokrasi persekutuan, namun mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penyokong pendidikan liberal.
Kekejaman Zionis: Bayi umur sebulan diselamatkan dari runtuhan Gaza
Bayi perempuan dikeluarkan dari runtuhan bangunan akibat serangan ganas zionis Israel.
Bencana Banjir: Mangsa di tiga negeri meningkat kepada 8,882
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sabah dan Sarawak meningkat kepada 8,882 orang setakat jam 5 pagi, pada Jumaat.
Hamas dakwa lancar roket ke Tel Aviv
Sayap bersenjata Hamas menerbitkan video yang didakwa menunjukkan serangan roket ke Tel Aviv, mendakwa ia sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel di Gaza. Sekurang-kurangnya 91 rakyat Palestin terbunuh selepas Israel menyambung semula serangan udara dan operasi darat, sekaligus menamatkan gencatan senjata selama dua bulan. Tentera Israel mengesahkan siren amaran berbunyi di beberapa kawasan selepas laporan pelancaran roket dari Gaza.
Kekejaman Zionis: Israel menggila, ragut 91 lagi nyawa rakyat Palestin
Sekurang-kurangnya 91 rakyat Palestin terkorban dalam serangan ganas Israel, pada Khamis.
Kekejaman Zionis: Keganasan di Gaza jauhkan peluang bebaskan tebusan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan serangan ganas Israel di Gaza membuatkan proses membawa balik tebusan dengan selamat semakin jauh.
Raja Muda Kedah sampaikan sumbangan Aidilfitri 2025
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah, menyampaikan sumbangan Aidilfitri 1446 Hijrah kepada 2,950 penerima di Dewan Lestari, Guar Chempedak. Baginda berharap sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberikan kegembiraan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Penjimatan Kos: PM saran KKR teruskan penggunaan teknologi terkini
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar Kementerian Kerja Raya (KKR) meneruskan penggunaan teknologi terkini yang sesuai dan menjimatkan kos bagi perancangan, penyediaan serta pembinaan untuk memastikan setiap projek dapat dilaksana dengan lebih cekap dan segera.
Yayasan Sultan Ibrahim Johor sumbang 630 kit bantuan
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbang 630 kit bantuan bencana kepada mangsa banjir di Johor. Sumbangan termasuk 1,000 selimut dan 800 lampin pakai buang disampaikan kepada JKM.