MELAKA: Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Kamel Mohamad memberi jaminan semua penjawat awam di negeri itu akan bekerja dengan bertanggungjawab dan berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan sepertimana termaktub dalam Ikrar Perkhidmatan Awam.
Kamel berkata beliau sentiasa mengingatkan semua ketua jabatan di negeri itu supaya sentiasa membuat keputusan secara profesional dan mematuhi segala peruntukan undang-undang, peraturan serta pekeliling yang sedang berkuat kuasa.
"Merujuk kepada laporan akhbar dakwaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak dilayan dengan adil, saya akan memastikan semua penjawat awam negeri Melaka, pada setiap masa, akan bekerja dengan tanggungjawab dan berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan sepertimana Ikrar Perkhidmatan Awam.
"Perkhidmatan awam di negeri ini juga komited mendukung konsep berkecuali dan 'Goverment of The Day' sebagai jentera yang akan melaksanakan segala dasar yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi negeri dan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata perkhidmatan awam di Melaka tidak terkesan dengan situasi semasa negeri dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
"Saya juga memberi jaminan bahawa segala perancangan pembangunan yang telah diluluskan akan terus dilaksanakan.
"Malahan semua jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini di arah terus meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam penyampaian perkhidmatan dengan memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi Melaka," katanya.
Sebelum ini muncul dakwaan ada dalam kalangan bekas ADUN 'dibuli' pentadbiran kerajaan negeri selepas menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021

Kamel berkata beliau sentiasa mengingatkan semua ketua jabatan di negeri itu supaya sentiasa membuat keputusan secara profesional. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637355929_SPRbersediaPRN.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR
Pengundi dinasihatkan supaya mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

PRN Melaka: Jentera BN bersedia, harap kematangan politik semua pihak - Ab Rauf
Jentera Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan
Ketika ini keputusan untuk menjalinkan sebarang kerjasama belum dimuktamadkan sehingga maklum balas dan maklumat diperoleh mencukupi.

Politik Melaka: UMNO putus agihan kerusi pada mesyuarat MKT akan datang
Isu agihan kerusi dan kerjasama antara parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang.

Politik Melaka: MKT UMNO sahkan keahlian Idris dan Norazman gugur
Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO pada Khamis malam.

Politik Melaka: UMNO perlu kerjasama banyak pihak - Annuar
Tan Sri Annuar Musa, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata sekiranya kerjasama itu ditolak ia akan merugikan parti.

Politik Melaka: UMNO tidak mampu bergerak solo hadapi PRN- Penganalisis
UMNO perlu mengatasi persepsi negatif terhadap parti itu lantaran terpalit dengan dakwaan sebagai punca kepada krisis politik yang berlaku di Melaka.

Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.

Politik Melaka: Norhizam diminta segera pulang kereta rasmi, aset kerajaan - SUK
Tindakan itu bertujuan menyelesaikan isu berkenaan agar tidak berlarutan sehingga mengganggu tugas penjawat awam.

Politik Melaka: Rakyat berharap Pemangku Agong dapat buat keputusan terbaik
Rakyat Melaka melahirkan kebimbangan kemungkinan berdepan peningkatan semula kes COVID-19 jika pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh terdekat.