KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru seluruh ahli UMNO bersama-sama meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.

Bersempena sambutan ulang tahun UMNO ke-76 hari ini, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti itu berharap agar UMNO terus kukuh memayungi dan melindungi seluruh masyarakat di negara ini.

"Hari ini, genap 76 tahun UMNO menjadi sebuah wadah perjuangan orang Melayu dan nakhoda yang sentiasa menabur bakti kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum.

"Selamat menyambut Hari Ulang Tahun UMNO ke-76," katanya menerusi catatan di Facebook rasminya.



-- BERNAMA