KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa beliau menggunakan sistem perundangan negara untuk membalas dendam terhadap mana-mana individu.
Anwar berkata malah beliau sentiasa menghormati undang-undang negara termasuklah tidak mencampuri tugas-tugas serta keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara dan hakim terhadap sesuatu pendakwaan.
"Kalau benar saya dendam sudah ramai yang terperosok ke Penjara Sungai Buloh, tetapi saya tahu perlunya kita pertahan prinsip keluhuran undang-undang.
Siapa yang mahu disiasat, didakwa itu bukan kuasa saya, kuasa saya terhad kepada pengarahan terhadap institusi keselamatan menjalankan tugas mereka dengan tegas dan berani," katanya ketika berucap selepas menyaksikan pementasan teater "Cikgu Anda" di sini malam ini.
Anwar berkata beliau tidak boleh mengarahkan Peguam Negara untuk mendakwa kerana sesuatu pendakwaan mesti mempunyai fakta yang kukuh.
Anwar juga berkata beliau tidak mahu menjadi seorang pemimpin yang menggunakan kuasa untuk menindas dan menzalimi mana-mana individu.
Perdana Menteri menegaskan selama tujuh bulan memimpin negara, beliau tidak pernah meminda perjawatan institusi kehakiman.
"Apa sahaja yang dikemukakan oleh jawatankuasa membawa kepada Ketua Hakim Negara dihantar kepada saya, saya ikut proses sahaja, tidak ada satupun yang saya pinda. Melainkan kalau hakim itu punyai rekod yang mungkin dipertikai," katanya.
Justeru, beliau berkata sudah tiba masanya tata kelola serta pentadbiran di negara ini dibersihkan tanpa wujud unsur negatif malah politik negara perlu terhindar daripada adu domba atau merendahkan martabat pihak lain.
"Politik itu penting, saya juga mengasaskan dan memimpin parti politik dan antara parti yang bergabung," katanya dan menambah mencari kelemahan pihak lain merupakan politik tidak matang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan selepas pementasan Teater "Cikgu Anda" di sebuah hotel pada Sabtu. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PM Anwar tolak dakwaan amal politik dendam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa beliau menggunakan sistem perundangan negara untuk membalas dendam terhadap mana-mana individu.