BANGI: Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan meminta semua pihak agar tidak menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebaliknya jabatan berkenaan diberikan lagi masa berhubung isu permohonan pindaan perlembagaan parti itu.
Beliau berkata pihaknya juga berharap Barisan Nasional (BN) tidak disalahkan kerana telah mendesak jabatan itu untuk memberikan jawapan permohonan.
"Saya tidak mahu ada tindakan salah-menyalahkan, kata RoS tidak dengar cakap BN ke atau sebagainya, jangan sebut begitu.
"Kita berilah lagi masa kepada RoS ...seminggu atau dua lagi," katanya selepas program Wacana Aspirasi Ummah 'NGO Membantu Kestabilan' di Dewan Sri Warisan, Kampung Teras Jernang di sini, hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, tambahan masa itu perlu diberikan untuk membolehkan RoS meneliti dokumen tambahan yang diminta daripada UMNO.
"Oleh kerana permohonan RoS yang meminta sebanyak lapan jenis dokumen tambahan maka itu dianggap sebagai tambahan masa untuk mereka memberikan maklum balas," katanya sambil turut menafikan dakwaan beberapa portal yang melaporkan RoS telah meluluskan pindaan perlembagaan parti berkenaan.
UMNO sebelum ini membuat permohonan pindaan itu bagi membolehkannya menangguhkan pemilihan kepemimpinannya sehingga enam bulan selepas pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU).
Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada RoS pada 17 Mei lepas.
Pada 7 Julai lepas, RoS berkata keputusan berhubung permohonan pindaan Perlembagaan UMNO akan diketahui semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022

Ahmad berkata, pihaknya juga berharap BN tidak disalahkan kerana telah mendesak jabatan itu untuk memberikan jawapan permohonan. - Gambar/ Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.

"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.

Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.