KUALA LUMPUR : Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan pada Jumaat menyaksikan buat pertama kalinya Perdana Menteri melantik seorang menteri penuh bagi urusan hal ehwal agama Islam setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
Ia adalah mengikut Perkara 2(1)(c) Peraturan Baru Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) 2022 yang diisytiharkan pada awal tahun ini susulan ketetapan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-258 pada 9 hingga 10 Mac 2022.
Pada pengumuman khas itu, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Mohd Na'im Mokhtar dipilih menerajui portfolio agama dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
DAPATKAN LIPUTAN KERAJAAN PERPADUAN DI LAMAN MIKRO INI
BACA: Ahmad Zahid, Fadillah dilantik TPM. Ini senarai penuh Kabinet Perpaduan pimpinan PM Anwar
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-81 pada 17 Oktober 1968 telah memperkenankan penubuhan sebuah badan di peringkat Persekutuan bagi menyelaraskan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia dalam bidang perundangan, pendidikan Islam dan pentadbiran Islam yang dinamakan MKI.
Bagi merealisasikan keputusan tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah dipertanggungjawabkan sebagai sekretariat kepada MKI.
Peraturan MKI 1968 telah melalui 7 kali pindaan kecil iaitu pada tahun 1971, 1973, 1976, 1980, 2010, 2011 dan 2018. Pada Mac 2022 tahun ini Peraturan MKI yang baharu diisytiharkan, membatalkan Peraturan MKI 1968 yang lama.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-249 pada 10 Julai 2018 telah menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan (JKT) yang dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, manakala Datuk Afifi al-Akiti, Felo Pusat Pengajian Islam Oxford, sebagai Timbalan Pengerusinya, serta dianggotai lima tokoh Islam lain berwibawa daripada pelbagai latar belakang, termasuk wakil dari Sabah dan Sarawak.
Fungsi JKT selama dua tahun bersidang adalah untuk mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, bidang kuasa serta keberkesanan institusi-institusi Islam sedia ada termasuk institusi perundangan dan kehakiman syariah.
Laporan JKT, setebal dua jilid yang mengandungi 157 syor-syor mengenai cadangan penambahbaikan institusi-institusi Islam di peringkat Persekutuan, telah dipersembahkan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-256 pada 18 Februari 2020.
Ia termasuklah cadangan membuat pindaan terhadap MKI khususnya dari segi struktur dan keanggotaan.
Astro Awani
Fri Dec 02 2022
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Mohd Na'im Mokhtar dipilih menerajui portfolio agama dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar/ Bernama
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Kanak-kanak Gaza terperangkap dalam kitaran kesakitan - UNICEF
Hari demi hari kita melihat kesan ngeri serangan udara harian dan operasi ketenteraan ke atas kanak-kanak Palestin.
Tumpuan Sabtu – 19 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ConsiderThis: Budget 2025 (Part 2) — Balancing Progress & Prudence?
Budget 2025 was tabled in Dewan Rakyat today, and now the crucial evaluation begins. Does #Belanjawan2025 successfully balance progress and prudence? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Danial Rahman, CEO of Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), and Doris Liew, Economist & Assistant Research Manager at IDEAS Malaysia's Public Finance Unit.
Pasukan pengaman disasarkan secara sengaja di selatan Lubnan - Jurucakap UNIFIL
"Kedudukan kami telah berulang kali diserang di Lubnan, meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya."
10 Berita Pilihan - (18 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belanjawan 2025: Cuepacs seru penjawat awam tingkat komitmen perbaiki sistem penyampaian
Penjawat awam diharap memberi komitmen penuh dalam memastikan iltizam kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Kadar gaji minimum RM1,700 beri manfaat bagi pekerja dan majikan
Peningkatan kadar gaji minimum adalah usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja terutama mereka yang berpendapatan rendah lebih terjamin.
Messi tidak tolak kemungkinan beraksi di Piala Dunia 2026
Messi menekankan bahawa dia lebih fokus untuk mengekalkan prestasi terbaiknya berbanding risau tentang pencapaian masa depan.
RUU Mufti WP: Jika Menteri Agama benar, buktikan beliau faham sebelum paksa rakyat – Dr MAZA
Mufti Perlis, Dr MAZA mengkritik keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024.
Dakwaan RUU Mufti digubal tergesa-gesa tidak benar - Mohd Na'im
Dakwaan kononnya Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 digubal secara tergesa-gesa dan dipengaruhi pihak tertentu adalah tidak benar.
Isu berbangkit berhubung RUU Mufti dijawab Mohd Na'im - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan sebarang isu berbangkit berhubung RUU Mufti hanya akan dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Bacaan kali kedua, ketiga RUU Mufti dibentang pada sidang Parlimen - Mohd Na'im
Kabinet bersetuju agar RUU Mufti ini dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam sidang Parlimen kali ini.
YAPEIM umum pelantikan 10 Ahli Lembaga Pemegang Amanah baharu
Lapan daripada mereka adalah lantikan semula termasuk Pengerusi LPA YAPEIM Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
GISB sesat atau tidak? Pandangan hukum sudah ada, tunggu perkenan Majlis Raja-Raja - Mohd Naím
Selepas Majlis Raja-Raja beri perkenan kepada pandangan hukum terbabit, maka negeri-negeri akan bawa pandangan hukum itu kepada jawatankuasa fatwa negeri dipengerusikan oleh mufti negeri masing-masing
Belanjawan 2025: Mohd Na'im mohon peruntukan tambahan bagi kebajikan guru Kafa
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memohon kepada Kementerian Kewangan (MOF) agar mempertimbangkan peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2025.
Bacaan RUU Mufti kali kedua, ketiga diteruskan pertengahan Oktober - Mohd Na'im
Kerajaan merancang meneruskan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada 16 atau 17 Okt ini.
TH tubuh Rajih tingkat kecekapan, kajian isu manasik haji
Mohd Naim berkata, Rajih akan bertindak mengurus dan meneliti kajian-kajian semasa yang melibatkan hal ehwal manasik haji.