PUTRAJAYA: Ahli Parlimen di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia, yang tidak menyokong Perdana Menteri dalam apa-apa usul berkait usul percaya, pembekalan, atau apa-apa usul berbentuk prosedur, perlu mengosongkan kerusinya serta-merta.
Perkara itu merupakan antara yang tergaris dalam dokumen perjanjian persefahaman Kerajaan Perpaduan Malaysia yang ditandatangani ketua-ketua parti terlibat di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.
Menurut dokumen itu, Parti-Parti dan pihak berkenaan hendaklah mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan.
“Kegagalan, keengganan atau kecuaian dari berbuat demikian hendaklah diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab Ahli Parlimen secara individu kepada Parti itu, yang dianggap sebagai perletakkan jawatan dan/atau pemberhentian daripada menjadi Ahli Parlimen dan bahawa kerusi beliau dikosongkan dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan.
“Parti Ahli Parlimen tersebut hendaklah mengeluarkan notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat atas pengosongan tersebut menurut Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi notis kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengadakan pilihanraya kecil,” menurut dokumen itu lagi.
Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan, perjanjian itu ditandatangani Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Openg, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.
Dalam pada itu, dokumen itu turut menggariskan keperluan penubuhan sebuah Majlis Perundingan yang dianggotai oleh wakil-wakil yang diperakukan oleh parti-parti utama iaitu PH, BN, GPS, GRS dan Warisan yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia.
PANTAU KERAJAAN BAHARU DI SINI!
“Majlis ini berperanan untuk memastikan segala terma-terma yang dipersetujui dalam Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini dapat dilaksanakan dengan cermat dan teratur .
“Ini bagi memastikan Kerajaan Perpaduan Malaysia dapat beroperasi dengan stabil dan berkesan, tanpa menjejaskan dasar, polisi dan orientasi parti-parti yang bersetuju untuk membentuk kerjasama ini,” menurut dokumen itu.
Sebarang perselisihan dan salah faham, menurut dokumen itu lagi, hendaklah diselesaikan secara harmoni melalui Majlis tersebut.
Firdaus Azil
Fri Dec 16 2022

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (tengah) bergambar selepas menandatangani dokumen Permuafakatan Antara Gabungan Di bawah Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra hari ini. - fotoBERNAMA
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Kurang komunikasi punca Pemuda PH, BN dilihat sering berbalah - Mohd Hasbie
Menurut Mohd Hasbie, kali terakhir sayap pemuda parti gabungan Kerajaan Perpaduan termasuk BN dan PH bermesyuarat adalah pada pertengahan tahun lalu.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula - Fahmi
Mesyuarat Kabinet bersetuju supaya agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan juga berpeluang terus mengekalkan kemenangan jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberi keutamaan.