KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan menyusun semula parti itu bagi mengikuti senario politik semasa, termasuk mengalikhkan fokusnya dalam memberi penekanan kepada generasi muda.
Presiden PBS Datuk Seri Maximus Ongkili berkata program akan dianjurkan di bawah Pergerakan Pemuda Bersatu (BYM) dalam usaha menarik minat pengundi baharu memandangkan golongan belia memainkan peranan besar semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lepas.
Beliau berkata parti bercadang untuk melaksanakan program secara penglibatan langsung golongan muda dalam peranan sebagai pemimpin dan penglibatan praktikal dengan pemimpin parti.
"Malah, terdapat beberapa aktiviti sedia ada turut dijalankan di bawah BYM dan Akademi Kepimpinan Bersatu (Akademi Kepimpinan Bersatu), yang akan direka bentuk semula untuk menepati senario politik semasa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ongkili, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) turut menegaskan PBS akan terus memperjuangkan hak negeri dan rakyat seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata perkara berkaitan MA63 yang dipersetujui untuk dipulihkan boleh dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Kabinet," katanya.
Ongkili berkata masalahnya ialah kebanyakan perkara berkaitan dengan hak Sabah tidak begitu mudah, kerana ia berkait dengan beberapa isu lain terutamanya dalam soal undang-undang, dasar dan pelaksanaan.
Beliau berkata, dahulunya sukar untuk memulihkan hak tersebut kerana apabila melibatkan soal pelaksanaan, sektor berkaitan itu perlu bertindak berdasarkan persetujuan dan bukannya secara tunggal, tambahnya.
"Sebelum ini, kita telah berusaha dan mendapati bahawa satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah itu ialah membentuk satu jawatankuasa tunggal, dengan semua pihak duduk dan membuat keputusan bersama-sama berhubung pelaksanaan...ia tidak boleh dikendalikan secara berasingan," kata Ongkili.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2022

Datuk Seri Maximus Ongkili berkata program akan dianjurkan di bawah Pergerakan Pemuda Bersatu (BYM) dalam usaha menarik minat pengundi baharu. - Foto fail/BERNAMA

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.

Maximus Ongkili dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah
Datuk Seri Maximus Ongkili dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah, berkuat kuasa hari ini.

Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini sebulat suara mengundi untuk mengekalkan Datuk Seri Maximus Ongkili bagi terus menerajui parti itu sebagai Presiden.

PBS, PH sokong rang undang-undang antilompat parti di DUN Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH) akan menyokong rang undang-undang anti lompat parti apabila ia dibentangkan pada Persidangan DUN Sabah.

Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.

GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi
Mesyuarat turut memutuskan gabungan itu menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil.

Penstrukturan semula PBS, fokus ke arah generasi muda
Parti bercadang untuk melaksanakan program secara penglibatan langsung golongan muda dalam peranan sebagai pemimpin.

PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi
Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PBS akan terus bersama-sama menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk memajukan Sabah.

PRU15: Selepas 27 tahun, Maximus Ongkili tewas di Kota Marudu
Wetrom memperolehi undi sebanyak 24,318, sementara Ongkili meraih 16,144 undi dalam saingan enam penjuru.

PRU15: Saya telah tunaikan tanggungjawab, kini giliran anda - Ongkili
Ongkili yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam misi mempertahankan kerusi Kota Marudu bagi penggal ketujuh kali ini atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).