Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan semua pengundi dan penyokong parti politik agar mengundi secara berdisiplin serta tidak mencetuskan sebarang provokasi semasa hari pengundian esok.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata PDRM akan memantau situasi seluruh proses pengundian, penjumlahan undi dan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga selesai.
Beliau meminta kepada semua pihak agar mematuhi nasihat polis termasuk ketua polis negeri dan ketua polis daerah yang bertanggungjawab di kawasan masing-masing.
"Selain itu, saya juga menasihatkan kepada pengundi agar keluar awal untuk mengundi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di pusat-pusat mengundi yang ditetapkan.
"Mengenai tahap keselamatan, pengundi tidak perlu bimbang kerana di tempat mengundi ada polis yang ditugaskan mengawal keselamatan termasuk lalu lintas," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Zulkifli berkata pihaknya mempunyai pegawai dan anggota yang mencukupi di setiap pusat mengundi, penjumlahan undi dan keputusan pengundian.
"Setakat ini saya tidak melihat sebarang masalah dan mengharapkan kerjasama semua pihak ketika proses mengundi sedang berlangsung," katanya.
Semalam, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab menugaskan sebanyak 10,939 pegawai dan anggota petugas bantuan sumber manusia PDRM untuk melapor diri di 13 kontinjen seluruh negara sempena PRU14.
Kesemua anggota dan pegawai berkenaan adalah dari Bukit Aman, Maktab PDRM Cheras, Pusat Latihan Polis seluruh negara bagi penugasan kepolisan am termasuk kawalan balai polis dan pelbagai urusan pilihan raya.
Sementara itu di LAHAD DATAU, polis Sabah menerima 141 laporan dan menangkap seorang suspek sejak kempen PRU14 bermula pada 28 April hingga malam tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata daripada jumlah itu, 56 kertas siasatan telah dibuka dengan membabitkan 18 jenis kesalahan.
"Ini termasuk membabitkan kesalahan fitnah dan Akta Antiberita Tidak Benar, serta yang paling banyak disiasat adalah kes khianat iaitu 17 kes seperti bakar, koyak dan buang poster.
"Kita ada satu tangkapan di Papar pada 1 Mei, suspek yang menyamar sebagai pegawai polis," katanya kepada pemberita di sini.
Ramli berkata sehingga kini tiada kejadian serius berlaku dan keadaan keselamatan sepanjang kempen PRU14 di Sabah adalah terkawal.
Sebelum ini dilaporkan kira-kira 15,000 anggota PDRM bertugas sepanjang PRU14 di Sabah.
Di SHAH ALAM, polis Selangor membuka 53 kertas siasatan melibatkan pelbagai kesalahan kempen PRU14 setakat ini dengan perbuatan khianat mencatatkan kes tertinggi.
Pegawai Perhubungan Media PRU14 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, ACP Nordin Manan berkata sehingga kini, kertas siasatan bagi 19 kes melibatkan perbuatan khianat dibuka sepanjang tempoh itu mengikut Seksyen 427 dan 435 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata 10 lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pillihan Raya (AKPR) 1954 melibatkan kesalahan penganjuran perhimpunan awam dan ceramah.
"Di samping itu, kita juga mendakwa seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an yang dikesan membawa parang semasa ceramah kempen pilihan raya dengan kes mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Merbahaya 1958," katanya kepada pemberita di sini.
Nordin berkata secara keseluruhan, polis Selangor menerima 114 laporan dari hari pertama kempen PRU14 sehingga kini, manakala 1,878 ceramah politik diadakan sepanjang tempoh berkenaan.
Beliau berkata sejumlah 14,819 pegawai dan anggota polis serta 1,890 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan bertugas esok bagi memastikan kelancaran perjalanan hari pengundian PRU14.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengundi untuk keluar awal dan merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di pusat mengundi.
Beliau berkata polis tidak akan membuat sebarang penutupan jalan di tempat mengundi dan hanya akan membuat lencongan jalan sekiranya keadaan memerlukan.
"Kita juga mengingatkan agar penyokong parti politik tidak menimbulkan sebarang tindakan provokasi, menghalang atau mengugut para pengundi semasa hari pengundian esok," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 08 2018
Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata PDRM akan memantau situasi seluruh proses pengundian, penjumlahan undi dan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga selesai. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Isu sijil halal: Teresa Kok selesai beri keterangan di Bukit Aman
Teresa tinggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas keterangannya direkodkan lebih sejam 30 minit.
Isu sijil halal: Teresa Kok tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan
Teresa ditemani peguam Syahredzan Johan tiba kira-kira pukul 9.42 pagi.
Penjawat awam dipercayai dalang edar dadah antara 10 ditahan
Dadah yang dirampas itu mampu menanggung penggunaan 30,000 penagih dadah.