KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) meluluskan usul agar tempoh perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu dihadkan kepada hanya dua penggal.
Usul yang dibawa perwakilan Pemuda Amanah Kawasan Balik Pulau, Faizul Shaiffe itu diterima melalui undian dengan lebih suara bersetuju ketika Konvensyen Pemuda Amanah Nasional yang dihadiri 527 perwakilan di Bangsar, pada Sabtu.
Faizul ketika membentangkan usul berkenaan berkata, langkah itu dapat membuka peluang kepada lebih ramai ahli Amanah yang berkelayakan untuk menjadi pemimpin dan mentransformasikan parti, sekali gus menarik sokongan rakyat.
"Transformasi ini dapat memastikan parti menarik minat rakyat untuk terlibat secara langsung dengan Amanah agar parti kita dapat berkembang dalam Pakatan Harapan," katanya.
Beliau berkata, cadangan itu juga dapat memastikan lebih ramai ahli muda memiliki peluang untuk memegang jawatan dalam parti, sekali gus meremajakan Amanah.
Ketika sesi perbahasan, perwakilan Negeri Pulau Pinang, Ghazali Ismail turut mencadangkan pindaan kepada usul itu agar tempoh perkhidmatan Ahli Parlimen dan Senator juga dihadkan kepada dua penggal, namun cadangan pindaan itu ditolak.
Cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan ADUN itu akan dibawa Pemuda Amanah ke Konvensyen Amanah Nasional yang akan diadakan di Klang, Selangor pada 23 dan 24 Dis ini.
Pada konvensyen itu, Pemuda Amanah turut meluluskan 20 usul lain yang tidak dibahaskan, manakala satu ditolak. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023
Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) meluluskan usul agar tempoh perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu dihadkan kepada hanya dua penggal. - Foto Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
Pemuda Amanah cadang ADUN dihadkan dua penggal
Pemuda Amanah meluluskan usul agar tempoh perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu dihadkan kepada hanya dua penggal.
PN tidak serius runding peruntukan Ahli Parlimen punca MP sokong PM - Pemuda Amanah
Amanah Terengganu mendakwa tindakan PN yang tidak serius dalam rundingan peruntukan menjadi punca empat Ahli Parlimen Bersatu mengumumkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan Muhyiddin sentuh 3R, Pemuda Amanah buat laporan polis
Pemuda Amanah hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, yang disifatkan menyentuh sentimen kaum, agama dan institusi diraja (3R).
Pemuda Amanah mohon Agong tarik balik gelaran Tan Sri Hadi Awang
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimohon menarik gelaran Tan Sri yang dianugerahkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Pemimpin Amanah didesak wujudkan pakatan dengan Pejuang
Keputusan menetapkan pendirian itu adalah sejajar dengan usaha untuk menegakkan kembali mandat rakyat dan sistem demokrasi negara.
Sebak saksi ujian dihadapi keluarga susah
Rombongan Pemuda Amanah yang menyertai program Ziarah Kasih Ramadan di sekitar Ipoh pada Sabtu, tidak mampu menahan sebak ketika melihat keadaan masyarakat yang menanggung ujian Allah.
Ahmad Husni dipelawa sertai Amanah
Pemuda Amanah Perak hari ini mempelawa bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk menyertai Amanah.