Fasa pertama proses pemilihan PKR peringkat Selangor yang mempunyai keanggotaan paling ramai disahkan layak mengundi iaitu 249,850 orang, berlangsung hari ini di sembilan daripada 22 cabang di negeri itu.
Sembilan cabang berkenaan ialah Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Serdang, Kelana Jaya, Subang, Kapar, Kota Raja dan Sepang yang mempunyai lebih 108,000 anggota layak mengundi.
Sabak Bernam mempunyai 4,983 anggota, Sungai Besar (6,243), Hulu Selangor (19,913), Serdang (8,597), Kelana Jaya (10,595), Subang (12,051), Kapar (19,578), Kota Raja (15,640) dan Sepang (11,257).
Proses pengundian menggunakan kaedah 'e-voting' atau e-undi itu akan berlangsung dari 9 pagi sehingga 5 petang.
Baki 13 cabang lagi akan menjalankan pengundian pada 21 Okt melibatkan Puchong, Gombak, Petaling Jaya (PJ) Utara, PJ Selatan, Kuala Langat, Klang dan Selayang manakala pada 28 Okt melibatkan Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Rashid Din berkata pemilihan parti di Selangor dipecahkan kepada tiga fasa berikutan keanggotaannya yang terlalu ramai.
"Memandangkan petugas dan peralatan kita terhad kita terpaksa pecahkan kepada tiga hari iaitu 14, 21 dan 28 Okt. Pusat mengundi pun kita pilih yang luas dan selesa supaya proses pengundian berjalan lancar," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mengenai aspek keselamatan semasa proses pengundian, beliau berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis dan menempatkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di setiap pintu masuk pusat pengundian selain menambah jumlah petugas.
Selain itu, Rashid berkata pegawai tempat mengundi juga dipilih dalam kalangan mereka dari luar Selangor bagi mengelakkan berlakunya 'pilih kasih'.
"Kita juga hadapi masalah bila ada 'cai' (senarai calon-calon), jadi kita akan pastikan dalam dewan mengundi sesiapapun tidak dibenarkan berkempen atau mengedarkan cai, tambahan pula kita tahu di Selangor 'panas'," katanya.
"Kita juga nak nasihatkan anggota parti supaya berhemah, kita lawan secara adil. Menang atau kalahpun orang Keadilan (PKR) juga, kita adik-beradik jadi kena bertolak ansur, jangan sampai bergaduh," katanya menambah keputusan dijangka diketahui seawal 7 malam.
Selain mempunyai keanggotaan paling ramai, Selangor turut menjadi tumpuan pada pemilihan kali ini dari segi perebutan jawatan timbalan presiden memandangkan negeri ini dikatakan kubu kuat penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Pengerusi PKR negeri dan bekas Menteri Besar Selangor.
Selain Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, jawatan nombor dua parti diintai Naib Presidennya Mohd Rafizi Ramli.
Namun, Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat Syed Badli Shah Syed Osman yang juga bekas Setiausaha AMK Selangor dilaporkan berkata kesemua 22 cabang di negeri itu telah menyatakan sokongan kepada Rafizi.
Media sebelum ini melaporkan, keputusan undi di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan memihak kepada Rafizi sementara Mohamed Azmin berjaya menguasai Pulau Pinang dan Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 14 2018
![Pemilihan PKR peringkat Selangor bermula di sembilan cabang hari ini Pemilihan PKR peringkat Selangor bermula di sembilan cabang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41537263228_DatukRashidDin.jpg)
Rashid berkata pemilihan parti di Selangor dipecahkan kepada tiga fasa berikutan keanggotaannya yang terlalu ramai. - Gambar fail
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
28 cedera akibat rempuhan kereta di Munich
Insiden rempuhan kereta di Munich, Jerman mencederakan 28 individu setakat ini.
DeepSeek bakal lonjak AI di Malaysia, tingkat produktiviti PKS - Fadillah
Malaysia sedia meneraju kecerdasan buatan (AI) di rantau ini dengan kemajuan chatbot dari China, DeepSeek yang membolehkan industri digital negara berkembang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kos DeepSeek yang lebih murah dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengadaptasi AI dalam operasi mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kos DeepSeek yang lebih murah dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengadaptasi AI dalam operasi mereka.
Penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pegawai penguat kuasa di negeri ini disyaki terlibat menerima rasuah bagi melupuskan minyak diesel bernilai RM87,400.00 dibawah harga pasaran.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan Negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Datuk antara 4 suspek terlibat tender jual tanah RM2.6 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu melibatkan dua pengarah syarikat termasuk seorang bergelar Datuk dan dua naib presiden kanan syarikat.
Sumber berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
Sumber berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
SPRM tonggak utama kerajaan pertahan tadbir urus berintegriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi antara tonggak utama kerajaan untuk mempertahankan sistem tadbir urus yang berintegriti sekali gus menyelamatkan negara daripada masalah rasuah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelamatkan negara daripada masalah rasuah, beliau telah memberi kuasa penuh kepada SPRM untuk bertindak tanpa halangan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam salah guna kuasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelamatkan negara daripada masalah rasuah, beliau telah memberi kuasa penuh kepada SPRM untuk bertindak tanpa halangan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam salah guna kuasa.
![Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737905846_indoindia.jpg)
Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.
![IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736374194_TeoNieChingIRC.jpg)
IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital
IRC 2025 telah membuktikan bahawa kerjasama mampu menjadi pemangkin penciptaan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan.
![RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733503397_AnwarIbrahim.jpg)
RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk tujuan latihan bidang keusahawanan dan digital untuk anak muda Liga Muslim Pulau Pinang.
!['Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan 'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733116379_tbUNIFIBUSINESSPM.jpg)
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
![TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724683712_MenaraTM.jpg)
TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital
TM percaya langkah itu akan memacu transformasi digital Malaysia, kesalinghubungan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang merentasi sektor.
![Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730066068_GobindSinghDeoMe.jpg)
Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital
Kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman.
!['Belanjawan 2025 perlu tumpu pemulihan sistem pendidikan pasca pandemik' 'Belanjawan 2025 perlu tumpu pemulihan sistem pendidikan pasca pandemik'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728789462_tbPendidikanTVET.jpg)
'Belanjawan 2025 perlu tumpu pemulihan sistem pendidikan pasca pandemik'
Anuar berkata, antara perkara yang perlu dipertimbang ialah meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan digital di sekolah.
![Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81727949526_gobindsighdeo.jpg)
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
![ASEAN lancar inisiatif celik AI disokong geran Google bernilai AS$5 juta ASEAN lancar inisiatif celik AI disokong geran Google bernilai AS$5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51727883257_ASEANSekretariat.jpg)
ASEAN lancar inisiatif celik AI disokong geran Google bernilai AS$5 juta
Inisiatif dipimpin Yayasan ASEAN dan disokong geran AS$5 juta daripada Google.org, dilancarkan pada Forum Peluang AI Asia Tenggara pada Rabu.
![Jurang digital dirapatkan dengan CONNECTme, inisiatif e-dagang dan telekesihatan – MEASAT Jurang digital dirapatkan dengan CONNECTme, inisiatif e-dagang dan telekesihatan – MEASAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724922819_MEASAT.jpg)
Jurang digital dirapatkan dengan CONNECTme, inisiatif e-dagang dan telekesihatan – MEASAT
Teknologi satelit telah digunakan untuk merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai infrastruktur ketersambungan asas.